in

Ujibakat Pencarian Bakat Ceria All Stars

Stesen televisyen terkemuka, Astro meneruskan misi pencarian bakat-bakat cilik tanahair menerusi sebuah rancangan realiti terbaru, Ceria All Stars. Menerusi saluran yang didedikasikan khas untuk kanak-kanak, Astro Ceria sekali lagi tampil dengan konsep baru yang lebih segar dalam meneruskan usaha mereka mengenengahkan bakat-bakat anak muda di Malaysia.

 photo Rozita-Che-Wan-featured1.jpg

PENCARIAN BAKAT CILIK LUAR BIASA & SERBA BOLEH PERTAMA DI MALAYSIA
Ceria All Stars beri peluang untuk kanak-kanak Malaysia tonjolkan bakat unik & tersendiri

Bertitik-tolak dari kejayaan Ceria Popstar dan Ceria Superstar sebelum ini dalam menonjolkan bakat nyanyian dan tarian adik-adik cilik kita, Ceria All Stars membuka peluang lebih luas lagi dalam mempamerkan kepelbagaian bakat generasi muda tanahair melalui formatnya yang lebih terbuka. Ceria All Stars mempunyai misi penting bagi mengupas bakat-bakat luar biasa yang ada di Malaysia.

Peserta boleh hadir ke sesi ujibakat Ceria All Stars dan menampilkan apa sahaja bakat yang mereka ada. Tidak kira dari genre apa sekalipun, Ceria All Stars bersedia memberikan peluang buat adik-adik kita ini mempamerkan kelebihan masing-masing.

Dari nyanyian sehinggalah lakonan, aksi akrobatik dan kelincahan di pentas tari, ketangkasan dalam seni mempertahankan diri seperti karate dan taekwondo, silap mata mahupun kemahiran bermain alat muzik; semuanya dijemput menghadiri ujibakat ini. Pendek kata, apa sahaja bakat yang unik dan menarik! Ujibakat akan diadili selebriti-selebriti ternama yang akan memilih 20 calon yang akan layak ke peringkat seterusnya. Inilah masanya untuk menyerlahkan bakat terpendam adik-adik!

Program pertama seumpamanya di Malaysia ini bukan sahaja mencungkil bakat generasi muda tanahair, malahan mengangkat kepelbagaian bakat yang ada di negara kita. Di samping hadiah lumayan menanti pemenang, Ceria All Stars menjanjikan pengalaman tontonan program pencarian bakat cilik terbaik yang akan anda saksikan di Malaysia.

 photo Pak Nil.jpg

Tarikh Ujibakat Lokasi Ujibakat Juri Lokasi Masa Pendaftaran
 

17 & 18 Oktober 2015

 

AEON AU2 Keramat, Kuala Lumpur Datuk Aznil Haji Nawawi

Rozita Che Wan

10.00 pagi – 4.00 petang
Kompleks Megamall, Pulau Pinang Shuib Sepahtu 10.00 pagi – 4.00 petang

Syarat- Syarat Penyertaan
1. Terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 15 tahun dan ke bawah;
2. Penyertaan individu ataupun berkumpulan tidak melebihi 10 orang;
3. Bebas dari sebarang kontrak;
4. Bawa bersama salinan kad pengenalan atau surat beranak berserta dokumen asal;
5. Gambar profil berukuran 3R / 4R; dan
6. CD Minus One/ Lagu sendiri bagi persembahan berkaitan muzik.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Macklemore & Ryan Lewis Bakal Perform di MTV EMA 2015

Restoran Cina Muslim Amber Bakal Berada di Terengganu