Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Ujibakat My Starz LG Musim 3 Kembali



LG ELECTRONICS & TV3 MEMPERSEMBAHKAN MY STARZ LG, MUSIM 3   

LG Electronics Malaysia dan TV3 sekali lagi melakukan pencarian bakal-bakal bintang berusia antara 18 hingga 25 tahun bagi mengambil bahagian dalam musim ketiga salah satu program realiti TV paling terkemuka dalam kategorinya – My Starz LG.  

Sesi uji bakat bakal berlangsung pada 1 & 2 Ogos di Queensbay Mall (Pulau Pinang) dan Centrepoint (Kota Kinabalu); 8 & 9 Ogos di Aeon Bukit Indah (Johor Bahru) dan Tun Jugah Mall (Kuching) serta berakhir di Kuala Lumpur pada 3 & 4 Oktober. Dua belas individu berbakat yang dipilih dari sesi uji bakat bakal bersaing bagi merebut hadiah utama.  

12 peserta yang terpilih dalam pencarian dari seluruh negara ini bakal mengorak langkah bagi membuat persembahan dalam episod mingguan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, di hadapan para peminat mereka dan barisan panel hakim eksklusif.     

Wana, juara My Starz LG musim ke 2

Pengarah Urusan merangkap CEO LG Electronics (M) Sdn Bhd, T.Y. Ko dalam ucapannya di acara tersebut berkata,

“Kami berbesar hati kerana dapat menjadi penaja utama bagi program yang amat unik dan menghiburkan ini buat tahun ketiga berturut-turut. Dengan gandingan TV3, sekali lagi kami melakukan pencarian bagi mendapatkan individu berbakat yang berusia antara 18 hingga 25 tahun. Seperti produk LG yang direka dengan gaya dan dilengkapi dengan teknologi terkini, pemenang ini juga merupakan seseorang yang hadir bersama pakej lengkap, yang tampil menarik secara zahir dan mempunyai berbilang bakat secara dalaman.”  

“Kami berbangga kerana mendapat kesempatan untuk bekerjasama sekali lagi dengan stesen TV yang paling banyak ditonton di negara ini. Peluang menjadi rakan kongsi TV3 juga adalah satu kesempatan hebat buat LG kerana ia membantu meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap jenama LG dan pelbagai produknya,” tambah beliau.    

Dato’ Amrin Awaluddin, Ketua Pegawai Operasi MPB menjelaskan,

“Dalam usaha secara terus-menerus yang kami laksanakan untuk menjadi rangkaian yang serba-boleh dan saling melengkapi sepenuhnya, TV3 komited dalam membawakan buat para penontonnya program-program yang berada di kedudukan teratas terutamanya seperti yang ini. Kami amat teruja dengan kemunculan rancangan ini kerana My Starz LG memberi kelebihan unik kepada TV3 dengan meningkatkan bilangan tontonan serta merangsang penyertaan hadirin. Dengan potensi besar untuk menjadi salah satu program yang mendapat rating tertinggi, tidak lama lagi para penonton boleh mula menandakan di kalendar mereka hari di mana kami akhirnya akan sedia untuk memperkenalkan 12 orang peserta bertuah yang berjaya tercatat dalam senarai terpilih pada musim ini.”     

Para peserta terpilih bakal mendapat tunjuk ajar dan nasihat profesional selain sokongan latihan dari para mentor yang terdiri daripada penghibur dan penerbit terkemuka di Malaysia. Pasukan mentor berbakat ini dipilih dengan teliti bagi memastikan yang para peserta My Starz LG menerima latihan terbaik.    

Pemenang pertandingan My Starz LG berpeluang memenangi wang tunai RM 100,000, kontrak rakaman dengan Warner Music, produk LG yang bergaya dan inovatif, dan semestinya laluan menjadi bintang terkenal!   

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang My Starz LG, sila layari http://www.lge.com.my , http://www.lgblog.com.my atau http://www.mystarzlg3.com

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Ujibakat GangStarz Musim Kedua Kembali Lagi
  • Siapa Pemenang Final My Starz LG Musim Ke-2?
  • Gambar Sekitar Ujibakat My Starz LG di The Curve Damansara
  • Konsert Gang Starz Pertama Malam Ini di TV3
  • Wana My Starz LG Lancar Album Pertama
  • Gambar Pengacara MyStarz LG Naz Habibur Rahman
  • Showcase My Starz LG
  • My Starz – Program Realiti TV Terbaru TV3
  • Rossa, Faizal Tahir, Mawi di Malam Final My Starz LG
  • Ujibakat Idola Kecil Musim Ke-3



  • 16 Komen untuk entri “Ujibakat My Starz LG Musim 3 Kembali”

    1. taeone kata:

      tak abih lg upenye,yg dulu punyer pun tenggelam..

    2. afiq kata:

      aiyooo such a waste of mani…….tah ape2….
      produce nothing but smpah….

    3. herry kata:

      kuala lumpur dekat mana nanti??

    4. zafri kata:

      publisiti sangat kurang jika dibandingkan program seumpamanya. Seperti di anak tirikan oleh TV3. Langsung tak ada ulangan semasa konsert mingguan musim 2. Lebih teruk Grand Final yang best tak di ulang siaran. Nak kata spnsor kedekut dak juga atau mungkin orang yang menerbitkannya kurang bijak kut. Kalau tanya saya masih belum terlambat jika ulang balik konsert pilihan mingguan musim 2 lalu dan jangan miss tayang grand final yang sempoi tu. Kesian mereka yang dah berjaya tak dipromosikan lebih lanjut. Padan muka bila Tasya(juara musim 1) senyap sepi. Baru menyemarakkan lagi sambutan musim ke 3 nanti. Lagi elok dari TV3 asyik ketandusan modal tayang rancangan lain berulang kali.

      Buka la minda terima komen dan cadangan saya ini secara terbuka dari buat kerja endah tak endah. Jangan jadikan program ini tempat menang duit aje. Bakat peserta yang menang tak di hargai.

      Mystarzlg sebuah rancangan yang tidak kurang menariknya cuma ianya tidak dipromosikan secara adil dan bijak.

    5. sha kata:

      harap2 peserta yang tepilih seterusnya nie lebih baik dari sebelumny,industri nak cari yang lain dari yang lain,bukan nak yang klon mcm2 artis….buan karan jo……

    6. faz kata:

      umo 16 tak boleyh ker???
      xda peluang ke??

    7. Snitch kata:

      rase nk join.. tp klu sy try the audition n luckily go to the next round, can i still cont with my studies? atau setiap peserta kene stop studies baru bley join?

    8. ipin emo kata:

      kuala lumpur buat kat mna??. .
      pkul brape???

    9. rumpot kata:

      assalam ape nak kene bawak time ujibakat??
      x de pown??
      i mean cd kew?ic potostet kew?.gamba kew?sijil lahir kew??heheh

    10. Johan Arrif As'ari kata:

      Tasha juara1
      Wana juara2
      Oyan adalah juara seterusnya…. wakaka ;-)

    11. wan kata:

      yang KL kat mana? kul Brapa?ari apa?

    12. mustaqim(designer batik canting) kata:

      assalamualaikum…
      saya hendak bertanya”,
      kalau saya hendak ujibakat tetapi saya tidak dapat hadir ujibakat tersebut tetapi hati saya teringin hendak mencuba?
      kalau saya hantar video saya,boleh tak?
      saya suka dunia hiburan dan macam2 lagi tapi hajat dihati ingin menyanyi belum ditunaikan….
      saya hendak sangat dengar komen dari juri2 tentang pembawaan lagu yang saya ingin nyanyikan,..
      boleh tak saya hantar cd player sahaja?
      kalau tidak boleh,saya redha,..dan terima kasih…..

    13. shadam92 kata:

      sy x berapa setuju dgn penyingkiran farid baru2 ni,suara dia sedap tau berbanding dgn 3 org jejaka lain yg x termasuk azam.pihak anda telah kehilangan suara yg penuh kelunakan n merdu……dah la pandai menari.disini juga sy ingin memberi komen tentang cara pemakaian kaum hawa iaitu lida yg berpakaian gaun merah,sy rasa pakaian 2 x sesuai dgn dia……..malah mencacatkan penampilan dia,bahkan klau menari kangkang2,nampak kurang sopan la kak.ini pada pendapat sy je..

    14. Donovond_SaBaH kata:

      hi, untuk ujibakat my star lg yang berikutnya, iaitu musim ke empat..jangan lupa bagi siar kat TV ye…kitorang tak sabar nak gi ujibakat ne.Semoga terus maju…

    15. shaidi mazlan kata:

      boleh kah saya mahu tanya dimanakah sesi ujibakat ini akan diadakan sebab saya ada di kota kinabalu sabah..lokasi di sabah dimana yer..sebab saya baru pertama kali ingin join dalam bidang nyanyian…

    16. azman mazlan kata:

      saya ingin mau ikut uji bakat lg kerana saya minat sangat sama my star lg nie kerana sangat menarik hati saya…… semoga balas kasian puan terima saya jadi uji bakat mystar lg nie……. ku mohon sama tuan puan……

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK