in

Ujibakat Mentor Musim Ke-4 Mencari Protege Bertaraf Bintang

Mesti ramai pembaca dah tengok promo Mentor kat TV3. Dalam salah satu promo tu, kat hujungnya, Mas Idayu ada nyanyi lagu, “Pilihlah Aku Jadi Mentor mu…”

Ye, Mas Idayu masih tak nak pencen jadi mentor. Dengarnya, Mas Idayu dipilih kerana kontroversi yang tercetus baru-baru ni. Tapi apa yang penting, komitmen yang diberikan oleh Mas membuatkan bekas mentor kepada Black ini terpilih.

Nak berguru dengan Mas Idayu, kena tahan telinga la kena maki sebab Mas Idayu ni memang garang dan tegas. Laser! Kalau tak, adegan Black kena rotan tak mungkin berlaku.

Cakap pasal Black, di majlis sidang media Mentor 4 baru-baru ini, Black turut diundang untuk menyanyikan lagu Aku Cinta Sayang Kamu.

Kewibawaan Black selepas menang Mentor musim ke-3 terus menyerlah. Bukti jelas, vokal Black muncuk sebagai Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu 24.

Jadi, nak kata Mentor ni indah khabar dari rupa adalah satu tanggapan yang salah.

Dan yang pasti, banyak lagi drama yang akan di’lakon’kan oleh Mentor bersama dengan protege mereka kali ini. Segalanya berlaku secara spontan. Selain itu, Mentor diharap dapat menyumbang sebagai program yang mampu mengilap bakat baru.

Seperti kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung, masakan dapat sagunya! Betul tak?

Walaupun masih lama lagi nak mula iaitu 11 April depan, setiap Ahad, pukul 9 malam tapi ujibakat untuk cari protege dah pun bermula.

Dan kepada peminat Mentor, jangan jemu-jemu untuk menatap wajah hos top ten TV3 ni iaitu Ally Iskandar yang akan menjadi hos Mentor 4.

ally iskandar

Bintang popular yang berkilauan tak hadir dengan semena-mena. Ianya perlu dicari dan digilap untuk terus bersinar. Tengok contoh paling jelas, Dato’ Siti Nurhaliza yang pada awalnya dicungkil dari pertandingan bakat baru seperti Bintang RTM 2005.

Itulah strategi paling utama program realiti pencarian bakat baru seperti Mentor musim 4 ini.

Sidang media baru-baru ini memperkenalkan enam mentor dalam program tersebut membariskan

  1. penyanyi Mas Idayu
  2. penyanyi dan pelakon Ziana Zain
  3. komposer Azmeer
  4. penyanyi Mus (May)
  5. penyanyi Joe Flizzow
  6. penyanyi Dayang Nurfaizah.

Azmeer mencari protégé yang boleh menyanyi, mempunyai suara yang sedap tanpa mengira rupa paras.

Mus menginginkan protégé lelaki atau perempuan, boleh menyanyi dengan baik, lebih diutamakan adalah bergenre rock, mempunyai karektor yang disukai ramai tanpa mengira rupa paras.

Joe pula tidak mencari seorang rapper sebaliknya mahukan penyanyi yang boleh menyanyi lagu R&B, berbakat, boleh menyanyi, menghayati lagu dan menari.

Ziana memfokuskan protégé yang benar-benar berbakat, boleh menyanyi dan menari, ‘bertelinga kebal’ tahan kena marah dan menepati masa. Ish Ish, garang gak Kak Ziana ni ek?

Mas memilih protégé yang boleh menyanyikan pelbagai rentak lagu termasuk dangdut dan asli tanpa mengira jantina lelaki atau wanita.

Dalam pada itu, Mas berkata tidak salah untuk dia mencuba sekali lagi. Lantas sebab itu dia mengambil masa yang tidak terlalu lama untuk bersetuju menerima tawaran itu.
“Saya menghargai TV3 kerana sudi memujuk dan memberikan peluang kepada saya. Pada mulanya saya enggan menerima tawaran ini kerana takut dipandang serong lagi,”

Dayang memfokuskan protégé yang versatil, boleh menyanyi pelbagai genre muzik, berdisiplin tinggi, serius dalam nyanyian, sentiasa ingin memajukan diri dan bonus bagi yang pandai bermain gitar atau piano.

Sesi ujibakat Mentor 4 akan bermula pada 21 Februari sehingga 21 Mac ini bermula pukul 10 pagi hingga 5 petang.

Dua destinasi di Malaysia Timur telah dilakukan secara berasingan iaitu di Promenade Hotel, Kota Kinabalu (21 Februari) dan Merdeka Palace, Sarawak hujung bulan ni (28 Februari).

Seterusnya, ujibakat Mentor 4 akan berlangsung di Sri Pentas, TV3 dimulai dengan mentor pertama Ziana Zain pada 6 Mac, Mas Idayu (7 Mac), Mus May (13 Mac), Azmeer (14 Mac), Joe Flizzow (20 Mac) dan Dayang Nurfaizah (21 Mac).

Peserta yang menghadiri ujibakat harus membawa kad pengenalan, gambar berukuran pasport dan 4R serta membawa minus one lagu-lagu yang akan dipersembahkan kepada mentor pilihan mereka.

Menurut Sufian, enam mentor ini terpilih mengikut kualiti tersendiri seperti mempunyai pengalaman luas dalam bidang nyanyian dan berkaliber sebagai tenaga pengajar.

Ziana menjelaskan dia mahukan seseorang yang boleh menerima teguran sepertinya.

“Saya seorang yang bertelinga kebal dan boleh menerima kritikan. Kalau nak berjaya, jangan malu untuk selalu belajar benda yang baru walaupun sudah bagus,” jelasnya.

Bercerita mengenai penerimaan tawaran itu, dia berkata Mentor bukanlah program realiti pertama yang menawarnya.

“Sebelum ini saya pernah mendapat tawaran untuk menyertai program seperti ini tetapi selalu tolak kerana sibuk dan tahun lepas saya mengandung. Jadi kali ini saya perlu terima kerana sudah berjanji dengan mereka. Lagipun saya dapat tahu ramai peserta ujibakat yang suka menyanyikan lagu saya sebelum ini. Saya tak kisah jika mereka hendak meniru gaya saya asalkan mereka mempunyai asas nyanyian dan identiti sendiri.Cantik mana pun, kalau tiada bakat tak ke mana juga. Saya berharap yang datang ke ujibakat itu nanti adalah yang betul-betul sudah bersedia untuk menyanyi,” – Ziana Zain

Kepada pembaca yang berminat untuk ujibakat, Budiey ucapkan bersedialah lebih awal, cipta imej tersendiri dan yang penting, pakaian kena ada aura.

Good luck semua!

joe flizzow

“Saya bukan cari rapper tapi penyanyi yang berkaliber!” – Joe Flizzow

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Parti 8TH Annual Boh Cameronian Arts Awards Nominations

Majlis Penyampaian Hadiah SAMSUNG Color Me Corby Colour Me Challenge