in ,

Ujibakat Mentor Bersama Ramlah Ram & Ferhad

Mentor dan Protege — kata panggilan popular bagi program realiti pencarian bakat baru bidang seni suara tempatan. Dengan satu objektif iaitu melahirkan bakat baru, program ini terkenal kerana ia memfokuskan kepada kekuatan vokal protege-protege yang bertanding.

Tampil sempena musim ke-6 dengan semangat padu dan lebih mantap, kali ini Mentor memperkenalkan Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy), Ella, Faizal Tahir, Ramlah Ram, Ferhad dan Adam sebagai barisan Mentor. Pemilihan para peserta berdasarkan kriteria Mentor yang sendirinya akan turun padang menghadiri sesi uji bakat sekaligus memilih protege mereka masing-masing.

Berikut sesi uji bakat yang akan dikendalikan oleh Ramlah Ram & Ferhad:

Hari/Tarikh : Sabtu, 11 Februari 2012
Waktu : 10.00pagi – 5.00petang (sesi uji bakat untuk orang awam)
Tempat : Theatrette, Sri Pentas, TV3
Mentor : Ramlah Ram

Ramlah Ram

Hari/Tarikh : Ahad, 12 Februari 2012
Waktu : 10.00pagi – 5.00petang (sesi uji bakat untuk orang awam)
Tempat : Theatrette, Sri Pentas, TV3
Mentor : Ferhad

Ferhad

Kepada pembaca yang berbakat, dipersilakan hadir untuk menguji bakat anda. Selamat Maju Jaya!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

LMFAO Fan Gathering Ticket Launch Pre-Sale

FOURtunate Shoppers Get Over RM100,000