Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Ujibakat Mencari Pelakon Filem RATU



Salam semua pembaca…

Korang minat nak berlakon tak? Haa, kalau minat dan ada bakat nak jadi pelakon, ni Budiey baru je terima berita yang LineClear sekarang tengah cari pelakon untuk filem baru mereka iaitu RATU. Jom lah join ujibakat ini yea~

LineClear Motion Pictures akan menerbitkan sebuah filem terbaru yang berjudul “Ratu”. Filem ini akan diarahkan oleh Prof Madya A. Razak Mohaideen dan merupakan filem ke 30 arahan beliau.

Filem “Ratu” yang bergenrekan Adventure Thriller ini akan menjalani penggambaran pada pertengahan bulan November ini. Penggambaran ini akan dijalankan disalah sebuah pulau di Malaysia yang merangkumi 70% keseluruhan penggambaran. Penggambaran ini akan mengambil masa selama 30 hari.

Filem Ratu akan dibarisi oleh 8 pelakon utama wanita yang terdiri daripada muka-muka baru dan 4 pelakon pembantu utama yang berpengalaman. Filem Ratu dijangka menelan belanja sekitar 2 juta ringgit dengan menggunakan seramai 50 orang tenaga krew.

Bagi menjayakan Filem Ratu ini, pihak Lineclear Motion Pictures akan mengadakan sesi ujibakat yang akan berlangsung di seluruh tanah air dengan mensasarkan 5 lokasi utama sebagai pusat ujibakat. Lokasi-lokasi tersebut adalah di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor, Kuching dan Kota Kinabalu. Tarikh ujibakat akan bermula seawal minggu pertama bulan oktober ini.

Berikut adalah butiran tarikh dan tempat ujibakat:

GSC Queensbay Mall, Pulau Pinang
Tarikh : 10 & 11 Oktober 2009
Kawasan: Lobi
Masa: 10 PAGI – 5 PETANG

 (Tempat akan diberitahu kelak secepat mungkin.) Kuching, Sarawak
Tarikh : 17 & 18 Oktober 2009
Masa: 9 PAGI – 5 PETANG

GSC 1 Borneo, Sabah
Tarikh : 24 & 25 Oktober 2009
Kawasan: Lobi
Masa: 9 PAGI – 5 PETANG

GSC Pavilion, Kuala Lumpur
Tarikh : 30 & 31 Oktober 2009
Kawasan: Lobi
Masa: 9 PAGI – 5 PETANG

GSC Pelangi Leisure Mall, Johor Bahru
Tarikh : 1 November 2009
Kawasan: Lobi
Masa: 9 PAGI – 5 PETANG

Untuk orang Kuching: Ujibakat di Kuching Sarawak akan diadakan pada 17 dan 18 Okt 09 jam 9pagi hingga 5 ptg bertempat di MBO The Spring Cineplex, Kuching. 

Kriteria pemilihan untuk ujibakat ini adalah seperti berikut:

Gadis berumur 18-25 tahun
Ketinggian 5 kaki 5 inci
Fasih berbahasa melayu
Rakyat Malaysia dari semua keturunan dan mempunyai kriteria sebagai Ratu.

Untuk pendaftaran sila taip: infosms<jarak>ratu<jarak>nama anda<jarak>no ic dan hantar ke 32886

Peserta yang ingin hadir untuk ujibakat diminta membawa profile diri serta beberapa keping gambar. Calon-calon yang terpilih akan diberi peluang mengikuti kursus latihan lakonan dibawah bimbingan tenaga pengajar yang bertauliah dan berpengalaman yang diketuai oleh Prof Madya A. Razak Mohaideen. Calon-calon pelakon ini akan ditawarkan berlakon dalam filem “Ratu” dan ditawarkan kontrak sebagai artis naungan Lineclear Motion Pictures.

Prof Madya A.Razak Mohaideen telah pun mencungkil ramai artis-artis baru sebelum ini dan ramai diantara mereka telah berjaya mencipta nama sebagai artis popular contohnya Farid Kamil, Faezah Md Elai, Elmy Nadia, Ainul Aishah, Fouziah Gous dan ramai lagi. Disamping komitmen mencungkil artis-artis baru, Pihak Lineclear juga mewujudkan peluang lakonan kepada lebih ramai pelakon dalam usaha menggerakkan industri perfileman tanah air.

Watak-watak yang di cari dalam filem Ratu adalah bersesuaian dengan jalan cerita dalam skrip filem Ratu. Antaranya adalah watak sebagai bekas pelacur, bekas perubatan, gadis sopan santun dan lain-lain watak yang memerlukan lakonan dan komitmen yang sangat tinggi.

Untuk itu pihak Lineclear Motion Pictures akan mengadakan sesi ujibakat secara nationwide demi untuk mencungkil bakat yang benar-benar cemerlang. Disamping sentuhan pengarah Box-Office Prof Madya A. Razak Mohaideen dan kekuatan tenaga produksi maka adalah diharapkan filem ini akan dapat menjalani penggambaraan dengan berjaya dan dapat menghasilkan sebuah filem yang cukup kualiti dan berjaya dipasaran tempatan dan Luar Negara.

Tags: ,

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Ujibakat Program Realiti Terbaru ntv7
  • Ujibakat Mencari Pelakon Drama Bersiri TARI TIRANA
  • Ujibakat Filem Muzikal Terbaru Tayangan Unggul
  • Elemen Program Realiti dalam RATU THE MOVIE
  • Pertandingan Ratu Jumbo 2010 di Sungei Wang Plaza 26 Oktober
  • Ujibakat Teater Muzikal The Secret Life of Nora
  • Ujibakat Idola Kecil Musim Ke-3
  • Ujibakat Akademi Fantasia 6: Tarikh & Tempat Audition
  • Ujibakat Teater Muzikal Terima Kasih Cinta
  • Sesi Ujibakat Anak Wayang di Shah Alam



    • http://profiles.friendster.com/dalwiang dAlwi

      nak ikuT juGA saYA mmG sukA sanGAt bErlakon..
      jAdi pElakOn tamBAhan X kisahLAh..

      kaLAu aDe nk Guna peLAkon Ambil sayEE… sayA pErnah bElakon TeatEr di uniVersiTy so sayA aDa lah cKIt penGalamaN… huhuhu

      0132648653
      latAr bElakang sayE di FRiendSter… dalwi_cun@yahoo.com

    • http://obefiend.blogspot.com Obefiend

      hahahh

      razak mohaideen carik pelakon kaaaa.. caghi the next kayu?

    • melissa tan

      saya pun berminat utk ujubakat tp umur saya masih muda dan ketinggian saya melebihi 5″ 5′.saya pernah berlakon dlm beberapa drama,telemovie.saya pun pernah mengikuti latihan berlakon di FINAS.Rasa rasa boleh tak saya pergi ujibakat tu.

    • http://www.yahoo.com.my pondan

      mmm…watak sopan santun\……baik ambik fida pantene tak pon aida gadis melayu….mmg pure sopan n cute plak tu

    • ratu

      saya ingin menghadiri ujibakat tersebut. tapi saya ingin tahu gambar macam mana yang diperlukan. adakah gambar tersebut mesti penuh dari hujung rambut hingga hujung kaki atau tak kesah jika separuh badan sahaja…? saya sangat hargai jika budiey dapat membantu..

    • http://www.budiey.com Budiey

      Ratu: bersabit gambar mana mana pun ok,tapi kalau ada dua dua lagi elok.

    • norhayati bt mohd aisa

      assamlammualaikum….saya yati dari damansara….saya minat sgt dengan tawaran ujibakat filem ratu ini kepada semua rakyat malaysia yang secara langsung mempunyai ciri2 dan boleh membawa watak sebagai ratu ini..saya ingin mencuba nasib untuk membintangi filem ini kerana saya mempunyai minat dalam watak tersebut…saya mempunyai pengalamam berlakon dari sekolah rendah sampai menengah dan saya penah menghadiri ujubakat anak wayang pada tahun 2009 ini…first time saya berhadapan dgn camera dalam ujibakat anak wayang kerana sebelum ini saya hanya berlakon di sekolah2 yang hanya di hadiri oleh kawan2 dan cikgu2 yg mengenali diri saya…jadi pada kali ini saya ingin mencuba nasib saya di dunia lakonan yang betul2 menjadi realiti dalam hidup saya..saya yakin ramai peserta yang yakin dan minat untuk merebut watak dalam filem ratu ini…insyaallah….boleh ker umur lebih dari 25 tahun menghadiri ujibakat tersebut jika ia betul2 berbakat dalam bidang lakonan dan mempunyai ciri2 seorang ratu????

    • melissa eliziah

      ketinggian saya kurang dari 5 kaki 5 inci bole join x?

    • http://www.yahoo.com Nuramalina Binti Md Nor

      saya lina berminat dalam tawaran pencarian ratu iu tp saya sudah berumah tangga dan mempunyai seorang anak adakah saya layak dan saya ingin tahu mcm mana watak dan peranan yang di perlukan saya beminat dan kalau di beri peluang saya akan laku kan yang terbaik ini semua kerana impian dan demi keluarga.

    • http://www.yahoo.com Nuramalina Binti Md Nor

      saya lina berminat dalam tawaran pencarian ratu iu tp saya sudah berumah tangga dan mempunyai seorang anak adakah saya layak dan saya ingin tahu mcm mana watak dan peranan yang di perlukan saya beminat dan kalau di beri peluang saya akan laku kan yang terbaik ini semua kerana impian dan demi keluarga.
      kerana harapan saya dan keluarga
      dan impin yang saya ingin kan saya pasti akan tercapai…

    • Lyne

      Buddiey…ketinggian kurang boleh join ke??
      Lyne 5 kaki 2 inci je…..

    • http://www.yahoo.com Nuramalina Binti Md Nor

      saya lina dan saya nak tau jawapan semula drpd jawapan saya harap pihak tuan ,puan dapat jawap soalan yang telah saya serta kan,,,,
      jika saya sudah berumah tangga dan mempunyai cayahaya mata dan saya masih 22 tahun adakah saya terpilih untuk salah satu watak yang mereka perlukan. saya tertanya2 jawapan nya harap ada pihak ang menjawap persoalan saya di ismaazlina@yahoo.com email saya saya perlu jawapan….
      kerana saya meminati tawaran yang telah di beri,,,,,

    • zarina kamal

      alamak…macam best tp terikat dgn komitmen keje plak…bukan senang nk apply cuti….

    • http://onghin@hotmail.com RINA NAWI

      saya kecewa dengan ciri2 yang dikehendaki oleh pihak ujibakat.Saya amat berminat dalam dunia lakonan tapi ketinggian hanya 5″,umur 35 tahun.Saya pernah berlakon depan kamera dalam drama tv tapi watak pembantu saja.Saya memang boleh berlakon watak yang dikehendaki sebagai bekas pelacur amat menarik minat saya sebab watak itu memang saya suka.Saya pernah di anugerahkan sebagai pelakon teater wanita terbaik negeri pahang pada 1998,1999,2001,2007,2009.Apa budi bicara budiey boleh ke saya mengikuti sesi ujibakat?

    • chacha

      x ya susa2 jdi artis la…bgus lg jadi petani moden dpt berbakti kpd tanah.. hahaha…lau jadi artis pun asyik buat pakara2 yg tak baik wat pa.. tambah panas la dunia ni

    • chacha

      sedar2 la diri tu x da bakat…x paya kecewa…korang kan memang x pandai berlakon..kesian..

    • http://yahoo.com.my nana

      salam sejahtera,sy ni berumur 26thn bolehkah sy mengikuti ujibakat lakonan ratu,sy berserah je pd budi bicara pihak penganjur jika mahu memilih gadis muda2,sy terus terang katekn umur sy mmg 26thn tahun 1983.sy gadis melayu yg serba boleh.terima kasih.

    • http://yahoo.com.my nana

      kepada rkn2 yg hantar komen tu,jgnlah anggap dunia artis ni murah sgt,takanlah buruk sgt nak jadi artis kan,oleh itu pandai2lah kite sebagai wanita ni mencorakn diri n maruah diri itu je pesan pd rakan2 yg komen banyak ni,terpulanglah pd indivudu tersebut,ada yg nakan nama n popular,tpi yg pentig bakat mesti ada jgn mudah mengalah,sy pn mcm anda semua juga ingin mencuba jadi pelakon,tpi dsbbkn umur sy 26thn,pihak penganjur nakan yg lebih muda,xpelah dah xda rezeki..k salam sejahtera semua..!!

    • shasha

      saye suka berlakon…tau…itu pon ada perluang…kalau ada…..tp semenjak darjah 1 mmg suka berlakon …..skrg pon masuk kelab seni dan budaya……ia ada berlakon….dan sebagainye…l
      issyaallah….kalau blh cari saye nye kalau ada baelakon……tp issyaallah….blh ke x buat……he,he…..

    • http://donnyien.com donnyien

      tahniah kepada semua yang berjaya terpilih!

    • http://sabahanselebriti.com sabahanselebriti

      ss teringin juga ikut ujibakat ni tapi ss lelaki …haha



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK