in

Ujibakat Make The Pitch Ganjaran Setengah Juta

SETENGAH JUTA MENJADI REBUTAN!
Jayakan idea perniagaanmu dalam program realiti ntv7 terkini

Pelbagai idea dihasilkan setiap hari tetapi berapa banyak idea yang boleh membuahkan setengah juta ringgit sebagai ganjaran bagi idea yang telah dihasilkan? Terkini Saluran Ceria Anda bukan sahaja menyediakan sebuah landasan bagi para usahawan membentangkan idea perniagaan mereka melalui program realiti ntv7 – Make The Pitch – tetapi juga turut diberi ganjaran pembiayaan bernilai sehingga RM500,000 kepada pemenangnya.

Make The Pitch merupakan sebuah kerjasama antara stesen televisyen ntv7 dan MyEG. Ia dibuka kepada individu yang berumur 18 tahun dan ke atas yang mempunyai syarikat berdaftar di atas nama mereka. Persatuan yang berdaftar atau pertubuhan NGO yang mempunyai idea yang inovatif juga dialu-alukan. Organisasi tersebut hendaklah diwakili oleh seseorang yang mempunyai kewibawaan yang tinggi serta mampu membuat perubahan terhadap organisasi itu.

Program ini yang dijadualkan bersiaran pada 12 Oktober, setiap hari Rabu pada jam 8.30 malam telah dibuka untuk sesi uji bakat. Lokasi pertamanya juga telah dimulakan pada hari Ahad yang lalu di Cititel Hotel, Pulau Pinang. Maklumat lokasi ujibakat seterusnya adalah seperti berikut:

Ahad (24 Julai) – Persada Johor International Convention Centre, Johor Baru
Sabtu & Ahad (30 & 31 Julai) – Sri Pentas, Bandar Utama

Selain itu, sesiapa yang berminat untik menyertai rancangan ini juga boleh menghantar penyertaan mereka di laman web rasmi Make The Pitch di www.myeg.com.my/makethepitch. Penyertaan dibuka mulai 1 Julai 2011 hingga 27 Julai 2011. Pemohon dalam talian yang disenarai pendek akan dihubungi melalui telefon untuk menghadiri satu lagi sesi ujian.

Peserta yang telah disenarai pendek semasa uji bakat akan dijemput ke sesi rakaman di mana mereka dikehendaki menyampaikan idea mereka kepada barisan panel yang merupakan pelabur yang berpotensi membiayai mereka. Peserta yang berjaya dalam pusingan ini akan diberi tugasan pemasaran dan wang modal untuk menghasilkan sebuah kempen bagi mempromosikan idea mereka kepada orang ramai. Peserta yang berjaya akan menerima sejumlah wang pelaburan yang dimohon dan diberi butiran senarai pelabur yang berpotensi untuk tindakan susulan selepas program tersebut berakhir.

Sekumpulan pelabur yang komited untuk membantu usahawan baru merealisasikan idea-idea inovatif mereka telah pun dikenal pasti dan mereka akan melaburkan wang mereka sendiri ke dalam syarikat usahawan tersebut.

Bagi mereka yang mempunyai idea perniagaan yang hebat tetapi tidak mempunyai modal, pastikan anda hadir ke sesi uji bakat yang akan datang pada 24, 30, dan 31 Julai yang merupakan peluang emas buat sepanjang hidup anda! Untuk maklumat lanjut mengenai terma dan syarat-syarat, sila layari laman web rasmi Make The Pitch di www.myeg.com.my/makethepitch.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ANA & AirAsia to Form AirAsia Japan

Jejak Rasul Musim ke 17 Jejaki Legasi Nabi Muhammad