in ,

Ujibakat Idola Kecil Musim 4 di Sri Pentas

Idola Kecil adalah sebuah pertandingan nyanyian kanak-kanak yang berusia 8 hingga 12 tahun. Nama pertandingan diambil sempena nama pertandingan realiti di Indonesia iaitu Idola Cilik. Pertandingan ini bertujuan untuk mengasah bakat-bakat muda dalam bidang tarik suara. Petandingan ini merupakan pertandingan nyanyian kanak-kanak yang terhangat di Malaysia. TV9 merupakan siaran yang akan menyiarkan konsert bersiri setiap minggu. Juara bagi rancangan ini akan digelar sebagai idola kecil.

Pejam celik pejam celik, kini rancangan popular Idola Kecil semakin hampir memasuki musim keempat! Pencarian bakat-bakat muda berumur 9 hingga 12 tahun telah pun bermula sejak bulan lepas di tiga negeri iaitu Pahang, Johor & Pulau Pinang. Sambutan ujibakat Idola Kecil 4 (IK4) ini begitu memberangsangkan apabila ratusan adik-adik cilik menyertainya. Lokasi ujibakat terakhir pula bakal diadakan di Sri Pentas pada minggu ini.

Kepada adik-adik yang berminat untuk ikuti ujibakat Idola Kecil musim baru ini, bolehlah datang pada:

Tarikh: 8 & 9 Oktober 2011 (Sabtu & Ahad)
Masa: 10 pagi – 6 petang
Tempat: Sri Pentas, Bandar Utama.

Sesi ujibakat ini akan turut memuatkan satu mini showcase istimewa menampilkan peserta Idola Kecil musim-musim yang lalu seperti Dayana, Harris, Hadi, Puteri dan ramai lagi.

Hidup Penuh Semangat dengan Idola Kecil 4!

Facebook rasmi Idola Kecil 4: www.facebook.com/IdolaKecil4

peserta ujibakat Idola Kecil 4

Antara peserta ujibakat Idola Kecil 4

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Putri Yang Ditukar

Fizz Fairuz Pilih Irma Hasmie Sebagai Isteri?