in

Ujibakat Hos 8TV Quickie Search 2010

Pencarian hos 8TV Quickie kini bermula…
Adakah anda orang yang kami cari??

Kepada anda yang mempunyai perwatakan menarik, seorang yang ‘happening’ dan petah bercakap. Adakah anda sentiasa hip? Apakah anda tahu cara menjadi seorang bintang? Jika ya, anda merupakan calon yang kami cari!

aud09 pix3

8TV Quickie – rancangan hiburan penuh informasi selama 15 minit ini sedang mencari hos baru untuk bersama-sama dengan 8TV Quickie. Pencarian hos baru ini akan menemui anda dalam slot mini realiti 8TV Quickie Search.

Selain memberi peluang kepada bakat-bakat baru untuk menunjukkan bakat mereka di kaca televisyen, 8TV Quickie Search turut memberikan kuasa mutlak kepada penonton di rumah untuk memilih siapa yang layak untuk turut serta dalam keluarga 8TV.

“8TV telah melahirkan ramai personaliti yang berjaya dan rata-rata mereka telah menempa nama di luar negara. Saya cukup berbangga melihat 8TV Quickie menjadi platfom bagi bakat-bakat baru untuk terus sukses dalam industri hiburan lebih-lebih lagi bidang pengacaraan. Jika anda mempunyai bakat yang kami cari, jangan ketinggalan untuk datang ke sesi ujibakat 8TV Quickie Search! Mungkin ini rezeki anda untuk menjadi sebahagian dari keluarga 8TV!” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

Pencarian hos baru 8TV Quickie Search akan diadakan pada 6 dan 7 November 2010 di Sri Pentas, Bandar Utama. Pendaftaran akan dibuka seawal 8.00 pagi.

Hanya 5 orang finalis akan dipilih untuk menjalani beberapa siri latihan termasuk cara-cara berkomunikasi, berhubung dan penjagaan imej sebelum diuji dengan cabaran-cabaran yang telah disediakan.

Setelah melalui beberapa sesi latihan, finalis-finalis ini akan diberikan tugasan dan cabaran termasuk mejadi pengacara jemputan dalam 8TV Quickie dan membuat liputan untuk acara atau majlis yang dihadiri. Sesi penilaian akan berjalan selama enam (6) minggu sebelum pemenang 8TV Quickie Search akan diumumkan secara LIVE di 8TV pada Januari 2011 sekaligus mempamerkan imej dan set baru 8TV Quickie!

Jangan lepaskan peluang keemasan ini kerana ini merupakan satu-satunya platfom untuk anda menyinar sebagai bintang!

8TV boleh ditonton secara percuma menerusi saluran Astro 708. Anda juga boleh menonton program kegemaran anda menerusi laman sesawang www.8tv.com.my dan www.tonton.com.my setelah 12 jam program disiarkan di kaca TV. Penonton-penonton online juga berpeluang menonton laman-laman eksklusif termasuk aksi belakang tabir, klip-klip ujibakat dan banyak lagi!

Kini anda juga boleh menonton rancangan 8TV kegemaran anda menerusi mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda!

aud09 pix

aud09 pix1

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ujibakat Akademi Al-Quran Musim 5

Peraduan Jom Menonton Filem Skyline – Sensasi Selebriti