in

Uji Bakat Mencari Pengacara Program 3R

[dropcap]3[/dropcap]R (Respek, Relaks, Respon), sebuah program TV yang membincangkan isu-isu berkaitan kaum wanita khususnya golongan remaja secara terbuka dan tanpa berselindung telah diperkenalkan pada tahun 2000 sebelum laman sosial Facebook hadir dalam kehidupan harian kita. Bakal memasuki musim yang ke-14 pada tahun ini, 3R yang sudah bersiaran melebihi satu dekad ini kini kembali dengan konsep dan barisan hos yang baru.

3R pernah membariskan Azah Yasmin Yusof (Azah), Rafidah Abdullah (Rafidah), Low Ngai Yuen (Yuen), Kartini Ariffin (Tini) dan Celina Khor (Celina) sebagai hos. Bermula dengan Azah, Rafidah dan Yuen pada musim pengenalannya, persembahan sketsa yang melakon semula isu atau masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat kita berjaya mengubah persepsi para penonton bahawa isu-isu berkaitan sosial bukanlah sesuatu yang berat dan sukar difahami.

Bagi menghangatkan lagi musim terbaru 3R ini, 3R Media selaku penerbit dengan kerjasama TV3 telah melancarkan pencarian hos baru di kalangan wanita muda yang berumur antara 21 hingga 26 tahun. Tidak dapat dinafikan bahawa personaliti menarik daripada Azah, Rafidah, Yuen, Tini dan Celina telah menjadikan 3R sebuah jenama yang kukuh dalam hati penonton, justeru, hos baru yang bakal menyambung legasi 3R perlu mempunyai faktor X yang dicari.

Uji Bakat Mencari Pengacara Program 3R

Yuen, Tini, Rafidah & Azah)

3r

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pementasan Teater Juta-Juta Kini Dalam 3D

Jehan Miskin Belum Merancang Dapatkan Cahaya Mata