• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Uchop Juara Vokal Musim Kedua

2
  • by Budiey
  • in TV3
  • — 27 Dec, 2012

Pada malam tadi telah berlangsung program realiti Vokal Bukan Sekadar Rupa (hashtag #vokal2) di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Tahniah diucapkan buat peserta Vokal musim kedua yang berasal dari Kedah, Uchop kerana telah dinobatkan sebagai juara dan berjaya menewaskan satu-satu lawannya, Mar. Wow, bestnya dapat duit RM100ribu. Sape nak kasi? Memang rezeki berpihak kepada Uchop.

Uchop yang masih berusia 28 tahun ini dikatakan mempunyai cara nyanyian yang versatil oleh juri, Hattan dan Ziana Zain sekaligus melayakkan peserta kelahiran Kuala Lumpur itu membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 beserta sebuah trofi.

“Saya bersyukur dan tidak sangka dapat menjuarai pertandingan ini. Moga menerusi wang tunai yang dihadiahkan, saya dapat menggunakannya sebaik mungkin, InsyaAllah.”

Gelaran naib juara pula dimenangi oleh Mar atau nama sebenarnya Marlleynney Fane J.L Paul, 25 tahun, sekaligus menerima hadiah kemenangan sebanyak wang tunai sebanyak RM30,000 beserta sebuah trofi.

Pada pertandingan tersebut, kedua-dua peserta perlu melalui tiga cabaran dimana yang pertama, Mar dan Uchop perlu membawakan persembahan solo.

Mar membawakan lagu medley iaitu Semua Isi Hatimu nyanyian 3 Suara dan Sesuatu Janji (Taufik Batisah). Manakala Uchop menyanyikan lagu Dipenjara Hidup dan Opera Hidup nyanyian penyanyi asalnya, Awie.

Seterusnya, tugasan kedua pula mereka membawakan lagu baru ciptaan khas oleh komposer Ajai iaitu Maafkanlah Cinta (Mar) dan Yuzai pula menghasilkan lagu buat Uchop berjudul Biar Jujurlah Padanya.

Cabaran terakhir pula, Mar dan Uchop mengharungi segmen ‘battle’ dimana kedua-dua mereka akan membawakan lagu pilihan sendiri.

Sementara itu, pentas Vokal turut dimeriahkan dengan persembahan penyanyi hebat iaitu Saleem, Zamani, Hattan dan Ziana Zain.

Sepanjang 12 minggu pertandingan berlangsung, format permakahan Vokal dibahagikan kepada dua iaitu 50 peratus daripada juri manakala 50 peratus lagi menerusi SMS. – Mstar Online.

Konsert tersebut bersiaran menerusi saluran TV3, setiap Rabu, pukul 9 malam.

Uchop yang menyanyikan lagu 'Biasan', lagu asal To'ki

Yus Uchop Semi Finalists

Uchop masa semi final Vokal

Poster Konsert Akhir VOKAL 2

Komen via Facebook

Komen

Share

Tags: awiejuaraMar Vokalmusim keduaUchopUchop Juara Vokalvokal

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Filem 2012 Tutup Tirai Program Countdown 2013 Di TV2
  • Next story Temubual Eksklusif Bersama Elfira Loy Pelakon Muzikal Ali Baba

ENTRI BERKAITAN

  • Abby Fana Hos Program Bual Bicara HATI LELAKI 5 Mar, 2010
  • Ixara Aishah Mandy Chong dalam Drama KERANAMU LAILA 7 Apr, 2011
  • Stylistika Siti Glamorama Hari Raya 25 May, 2010
  • Viewing Party Separuh Akhir EURO 2012 Jerman VS Itali 26 Jun, 2012

2 Comments

  1. Zam says:
    Thursday, December 27, 2012 at 8:10 am

    sebenarnya kannn.. Ucop tak layak jadi juara. Mar lebih menyerlah pada malam final. lagu dipenjara janji, opera hidup dan bujang senang tu dia semua lagu awie. Ucop jadi
    klon awie. paling annoying pada segmen battle.. terang2 ucop kalah malah lagu bujang senang tu mar nyanyi lebih better. haha lagu inggeris tu lagi lah… ucop nyanyi hancur. its very annoying utk final. utk lagu baru…. lagu Mar jauh lagi best lagu ucop.

    namun begitu mungkin tahun ni nk menangkan peserta lelaki. xkan wanita je yg menang kan. utk Mar… kau punyai vocal yg unik. cuma perlu lebih yakin. lepas ni praktis cara utk komunikasi dgn peminat dan ofkos wartawan.

    ok.

    satu lagu… sgt menyampah cara azmeer jadi penasihat vocal. booo. hahahaha

  2. vokal says:
    Thursday, December 27, 2012 at 10:16 am

    setuju ngn ko zam. aku pun rasa si Mar lg best kot. ikut kriteria as a singer. setakat uchop yg boleh nyanyi high notes je. jerit2..bila nyanyi lgu omputih kelaut weh! langsung aku x phm. cmtu Hattan boleh ckp forget it about diction. come on la…omputih tgk mau kne gelak weh.cmne nk pegi lagi jauh kalo cmni. even Mus May sing in English pun lg sedap tau..boring la si uchop tu. i prefer Mar. hope she can go further as a singer. dia lg versatile. bg je nyanyi lagu pe pun. dia boleh bwk kot.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • KONSERT MEGA BINTANG

    RadiGlow

    KONSERT MEGA BINTANG

    Tempat: Resort World Convention Centre, Singapura

    Tarikh: 8 Jun 2013 (Sabtu)

    Masa: 8 malam

    Info Tiket: www.sistic.com.sg atau hubungi +65 6348 5555

    Budiey.com Sebagai Blog Rasmi Konsert Mega Bintang

  • SEARCH

  • TERKINI

    • Lebih 20 Selebriti Jayakan Festival Hari Belia 2013
    • Maxis Umum Pelaksanaan Program Rintis Maxis Ekelas
    • Senarai Program Menarik Sempena Cuti Sekolah di TV3
    • Belia Hangatkan Jom Heboh Putrajaya
    • One Nite Only With Nash Lefthanded
    • Telemovie Kisah Fantasi Mesin Masa Cinta Atuk
    • ntv7 Anjur Kempen Will & Kate & The Royal Baby
    • Senarai Filem Menarik di Cuti Sekolah Di TV1
    • AirAsia Foundation Awards Sabah Social Enterprise with Micro Hydro Grant
    • Thirty Seconds To Mars Exclusive Album Preview Party
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • nashOne Nite Only With Nash LefthandedSaturday, May 25, 2013
    • Bintang-Mencari-BintangAchey Juara Konsert Penentuan Kumpulan A Bintang Mencari BintangWednesday, May 22, 2013
    • konsert-mega-bintangPeraduan Menangi Tiket Konsert Mega BintangTuesday, May 21, 2013
    • anuar-dayangGambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala LumpurWednesday, May 15, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • nura on:Bapa Afiq Muiz Diminta Tampil Jadi Orang Tengah Selesai Kemelut
    • nina on:Datuk Seri Najib Orang Pertama Dapat Kad Kahwin Beego & Linda
    • nina on:Gambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala Lumpur
    • nina on:Gambar Nubhan & Mila Jirin Berkaraoke Lagu Cinta Kasih di Red Box
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • AFTER EARTH MULAI 6 JUN

    After Earth
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    18Jun2013

    Konsert Mega Bintang

    Rossa, Ungu, Afgan & Ramai Lagi

    Dari 20:00 hingga 23:30

    di Resorts World Convention Centre, Singapura

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Lebih 20 Selebriti Jayakan Festival Hari Belia 2013
    • Maxis Umum Pelaksanaan Program Rintis Maxis Ekelas
    • Senarai Program Menarik Sempena Cuti Sekolah di TV3
    • Belia Hangatkan Jom Heboh Putrajaya
    • One Nite Only With Nash Lefthanded
    • Telemovie Kisah Fantasi Mesin Masa Cinta Atuk
    • ntv7 Anjur Kempen Will & Kate & The Royal Baby
    • Senarai Filem Menarik di Cuti Sekolah Di TV1
    • AirAsia Foundation Awards Sabah Social Enterprise with Micro Hydro Grant
    • Thirty Seconds To Mars Exclusive Album Preview Party
    • Afiq Muiz Mengaku Hilang Kerja & Dibanned Stesen TV
    • Kontrak Maya Karin Jadi Duta Tilam Vono Dilanjut Setahun Lagi
    • Bapa Afiq Muiz Diminta Tampil Jadi Orang Tengah Selesai Kemelut
  • KALENDAR

    May 2013
    M T W T F S S
    « Apr    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.