in

Ucapan Sempena Pelancaran Koleksi Kebebasan Scholl 2010

Saya rasa sungguh gembira kerana dapat berada di sini pada petang ini untuk mengalu-alukan hadirin sekalian ke Pelancaran Koleksi Kebebasan Scholl 2010.

Pada zaman sekarang, industri kasut perlu memperlihatkan inovasi dari segi rekaan dan ciri, untuk menunaikan kehendak pengguna yang sentiasa berubah dan memberikan yang terbaik kepada pelanggan di pasaran. Sebagai salah satu jenama kasut yang terkenal di Malaysia dan di seluruh dunia kerana 7 ciri keselesaan yang unik dan menjadi ikon, Scholl akan terus membekalkan kasut yang bergaya, selesa dan berkualiti kepada pelanggan kami. Inilah yang telah kami lakukan selama ini.

Falsafah teras perniagaan kami tidak pernah berubah, iaitu untuk menambah baik kesihatan, keselesaan dan kesejahteraan insan menerusi kaki mereka. Sejak 50 tahun yang lalu, kami telah membawa prinsip untuk memberikan gaya dan keselesaan bersama kami ke Malaysia, dan kami berbangga menyatakan bahawa kami telah mencapai satu kejayaan besar. Untuk merayakan kejayaan ini dan untuk mengukuhkan komitmen kami, pada tahun ini kami membawakan “Koleksi Kebebasan Scholl 2010” dengan tema “Kebebasan untuk Bergerak”.

“Kebebasan untuk Bergerak” diilhamkan oleh ingatan kami kepada pelanggan; kami mahu memberitahu pelanggan kami bahawa bila mereka memakai sepasang kasut Scholl, mereka akan rasa begitu selesa hinggakan mereka mempunyai segala kebebasan untuk bergerak tanpa sebarang sekatan.

Scholl berusaha sedaya upaya untuk membawakan gaya yang terbaik dari segi rekaan, dan pada masa yang sama, tidak mengorbankan tahap keselesaan. Justeru itu, kasut kami selalunya boleh didapati dalam pelbagai rekaan dan warna, untuk disesuaikan dengan gaya hidup aktif pengguna. Koleksi baru ini pasti memberi keselesaan yang diingini oleh kaki, sambil menjaga dan menjamin kesihatannya.

Di Scholl, kami sentiasa berusaha untuk membawa evolusi ke dalam rekaan kami, menjamin keselesaan yang selama ini diakui, dan memperkenalkan teknologi paling canggih yang terdapat dalam industri kasut kepada pelanggan kami. Sudah tentulah, semua rekaan kami menepati falsafah kami, gaya dengan keselesaan.

Tanpa berlengah lagi, izinkan saya mengucapkan terima kasih kepada hadirin sekalian kerana bersama kami di sini pada hari ini untuk menyaksikan pelancaran Koleksi Kebebasan Scholl 2010. Marilah kita bersama-sama saksikan pratonton kasut aneka warna, yang bergaya lagi inovatif, dengan sentuhan kelainan yang pasti menarik perhatian.

Terima kasih.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Amy Mastura di Majlis Penutup Malaysia Jom Lebih Sihat

Fouziah Gous Cari Cinta Sejati dalam Terlebih Sudah