in ,

Two Weeks Notice & Music and Lyrics

Dua Filem Menarik Di Bulan Julai
POPCORN & WEDNESDAY
Relaks, tonton dan berhibur

Malas beratur untuk mendapatkan tiket wayang? Kenapa perlu memenatkan diri untuk beratur panjang sedangkan anda boleh menonton secara percuma di tempat kediaman anda dengan selesa!

Sediakan popcorn, tempat duduk yang empuk, dan tontonlah filem komedi romantik ringan, menggelikan hati dan menyentuh perasaan anda hanya di stesen hip 8TV pada bulan Julai ini!

Two Weeks Notice
Tarikh Siaran: 21 Julai 2010
Waktu: 10.00 pm
Pelakon: Sandra Bullock, Hugh Grant

Two Weeks Notice mengisarkan mengenai Lucy Kelson yang merupakan Ketua Penasihat di Syarikat Wade Corporation. Bagi Lucy berkerja di salah satu syarikat pemaju hartanah yang ternama itu tidak menggembirakan beliau.

Bukan pekerjaan itu yang menjadi masalah tetapi bosnya sendiri yang bernama George Wade. Lucy lebih dilayan seperti seorang pengasuh, walhal, Lucy merupakan graduan pengajian undang-undang dari Harvard. Wade akan menghubunginya setiap masa dan saat untuk setiap perkara yang remeh temeh. Dari menguruskan hal makan dan pakaian, hinggalah hal penceraian Wade.

Akhirnya, selepas setahun berkerja dengan lelaki yang tampan, menarik, dan tidak kurang egonya, Lucy berkeputusan untuk meletak jawatan. Tetapi bagi Wade, dia tidak mahu melepaskan Lucy. Pelbagai cara digunakan untuk menghalang Lucy pergi termasuk berkomplot dengan syarikat lain untuk tidak menerima Lucy berkerja di syarikat mereka. Bagaimanakah nasib Lucy? Adakah dia akan bebas dari lelaki jutawan yang tidak matang itu, atau sebaliknya?

Lihat kesudahan cerita yang mencuit hati dan perasaan ini yang dibintangi oleh pemenang Golden Globe Hugh Grant, dan Academy Award dan pemenang Golden Globe Sandra Bullock dalam Two Weeks Notice.

Music and Lyrics
Tarikh TX: 28 Julai 2010
Waktu: 10.00 pm
Pelakon: Hugh Grant, Scott Porter, Drew Barrymore

Music and Lyrics berkisar mengenai Cheery Alex Fletcher yang merupakan pasangan penyanyi tersohor bersama Collin Thompson pada tahun 80-an. Namun ia berakhir selepas rakannya membuat keputusan untuk menarik diri dari bidang nyanyian.

Untuk terus menyara hidup setelah album solonya tidak mendapat sambutan, Alex meneruskan kariernya sebagai penyanyi di taman hiburan, majlis sekolah dan di majlis makan malam.

Namun, lama kelamaan, kariernya semakin menurun dan kerana itu, Alex telah bersetuju dengan pengurus yang juga rakannya, Chris Riley untuk menggubah lagu untuk Cora Corman, bintang remaja yang terkenal.

Sebagai pulangan Alex juga dapat mempromosikan dirinya kembali. Walau bagaimanapun Alex menghadapai masalah apabila beliau sebenearnya tidak berbakat dalam menulis lirik tetapi berbakat dalam menggubah melodi sahaja.

Dengan kehadiran Sophie Fisher, pelajar yang kreatif dalam penulisan, Alex telah meminta pertolongan Sophie untuk menyelesaikan masalahnya. Saksikan filem komedi romantik ini yang pastinya akan membuatkan para penonton tersenyum.

“Malam rabu anda pastinya akan kembali ceria! Kami mempunyai program-program menarik yang semestinya bakal mengeletek hati penonton.” Kata Pengurus Besar 8TV, Cik Lam Swee Kim. “Kedua-dua filem romantik humor yang kami tawarkan bulan ini bakal menyempurnakan malam anda dan sudah tentu membuat anda melekat depan skrin tv.” Tambah Kim lagi.

Semua ini, anda hanya dapat saksikan semuanya secara eksklusif hanya di 8TV. 8TV juga bersiaran di Astro di saluran 708.

Jangan lupa, anda juga boleh menyaksikan rancangan kegemaran kamu di laman sesawang 8tbv dengan menaip www.8tv.com.my atau menerusi telefon genggam melalui mobile.8tv.com.my.

Selamat menonton!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Celcom Futsal Championship Grand Final

Tips Chef Kamarul dalam Sarjan Saji