in

TV9 Tayang Siaran Langsung Piala Asia AFC 2015

Mengembalikan tradisi bola sepak Asia, Piala Asia AFC kembali buat siri ke 16 pada tahun 2015. Piala Asia AFC kali ini menampilkan Australia sebagai tuan rumah buat julung kalinya. Seperti siri-siri sebelumnya, selain demi meraih gelaran Juara, pertempuran 16 buah negara Asia di Piala Asia AFC 2015 ini juga adalah demi menempa tempat Piala Konfederasi FIFA 2017. Acara berprestij benua Asia ini akan disiarkan secara ekslusif di TV9 selama 18 episod bermula 9 Januari hingga 31 Januari 2015.

Menurut Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Encik Ahmad Izham Omar, “Alhamdulillah, siaran TV9 membuka tirai dengan menyiarkan satu acara berprestij selain menjadi siaran rasmi Liverpool Football Club TV. Piala Asia AFC 2015 ini merupakan salah satu acara bola sepak yang dinantikan seluruh benua Asia kerana pasukan Juara akan mara ke Piala Konfederasi FIFA pada 2017 kelak. Dengan menyiarkan acara berprestij dunia ini, TV9 sekali lagi akan dikenali dunia sebagai salah satu penyiar rasmi Piala Asia AFC, lantas membawa nama Malaysia juga.”

“Kami pihak Media Prima amat berbesar hati dalam memikul tanggungjawab ini. Sebagai sebuah syarikat penyiaran saluran tidak berbayar, kami akan sentiasa memberikan yang terbaik dalam memastikan rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam apa-apa informasi dunia.” Ujarnya lagi.

Piala Asia AFC 2015 bukan sahaja mendapat Australia sebagai tuan rumah sebagai kali pertama, malah ini juga merupakan kali pertama acara ini diadakan di luar benua Asia. Piala Asia AFC ini bakal berlangsung di lima buah stadium di lima buah bandar di Australia, Sydney, Melbourne, Brisbane, Canberra dan Newcastle. Dengan menjadi tuan rumah Piala Asia AFC 2015 ini, Australia secara automatik telah melayakkan dirinya ke perlawanan akhir bersama Jepun dan Korea Selatan.

TV9 akan menyiarkan 17 episod secara siaran tertunda bermula 9 Januari 2015 pada jam 11.30 malam hingga 1.30 pagi dan hanya perlawanan akhir disiarkan secara langsung pada 31 Januari 2015 pada jam 5.00 petang hingga 7.00 petang.

Jangan ketinggalan acara berprestij dunia, Piala Asia AFC 2015 di TV9 bermula 9 Januari hingga 31 Januari 2015. Upacara pembukaan pada 9 Januari akan menampilkan penyanyi, DJ dan penari Australia, Havana Brown dan beberapa gimik lain. Pastinya acara ini akan disambut hebat oleh penggemar bola sepak dunia. Saksikan juga siaran ulangannya di portal video Tonton di www.tonton.com.my dan ikuti perkembangannya di Hot FM selaku penyiar radio rasmi Piala Asia AFC 2015.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Teater Muzikal Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta Bantu Mangsa Banjir

Busking Jalanan Elizabeth Tan Sempena Anugerah Juara Lagu 29