in ,

TV9 Siar Drama Korea Terbaru LOVERS OF MUSIC

Siapa sangka Jung Eun-ji yang kini seorang penyanyi dan pelakon berjaya di Korea Selatan dahulunya seorang jurulatih marathon? Selain itu, cerita hangatnya yang tidak diketahui adalah Eun-ji dahulu pernah bermusuhan dengan pelakon dan penyanyi kacak Ji Hyun-Woo hanya kerana Hyun-Woo pernah mengelat dalam satu marathon di Korea. Semestinya kita tidak mengetahui semua ini kerana begitulah sedikit babak menarik dalam drama Korea terbaharu di TV9 dalam slot Chamsarang, berjudul Lovers of Music.

Lovers of Music ini mengisahkan seorang penyanyi yang berbakat besar, Jang Joon-Hyun (Ji Hyun-Woo). Dia sering memandang rendah terhadap muzik bergenre Trot (irama tradisional Korea). Di samping itu, Choi Choon-Hee (Jung Eun-ji) mempunyai banyak pekerjaan separuh masa semata-mata untuk menyara ayah dan adik perempuannya. Sungguhpun dengan kehidupannya yang serba kekurangan, Choon-Hee mewarisi bakat nyanyian mendiang ibunya yang dahulunya seorang penyanyi Trot. Karma dan takdir memainkan peranannya apabila kedua-dua individu ini semakin rapat dan menjalin cinta.

Namun begitu, kedua-dua individu ini sebenarnya sedang bergelut demi kehidupan masing-masing. Setelah Joon-Hyun terlibat dengan satu fitnah skandal yang besar, kerjayanya runtuh. Hanya dengan bantuan syarikat Shine Star, Joon-Hyun boleh menghidupkan kembali kerjayanya tetapi dengan satu syarat, yakni melatih Choon-Hee untuk menjadi penyanyi Trot yang berjaya. Pada waktu yang sama, ayah Choon-Hee telah meminjam wang dari sekumpulan pemiutang haram dan terus hilang tanpa dikesan. Kini adalah tanggung jawab Choon-Hee untuk membayar hutang ayahnya dan menyara adiknya. Kehidupan Choon-Hee dan Joon-Hyun hanya dapat dikembalikan dengan menjayakan misi “Making a Trot Queen Project” yang diberikan oleh presiden Shine Star.

Dapatkah dua individu ini mengembalikan kehidupan mereka? Berjayakah mereka jadikan Choon-Hee seorang penyanyi Trot berjaya di Korea Selatan? Saksikan perjalanan kehidupan Jang Joon-Hyun dan Choi Choon-Hee dalam drama Lovers of Music di TV9 dalam slot Chamsarang, setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 6.30 petang hingga 7.30 malam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kuala Lumpur International Hijab Fair (KLIHF) 2015

BREAKOUT Buka Cawangan Kedua di NU SENTRAL