in

TV9 Perkenal Slot Terbaru 9X

TV9 MEMPERSEMBAHKAN 9X

Sejajar dengan komitmen TV9 (Saluran 119) untuk mengetengahkan elemen-elemen ekspresi diri dan kreativiti di kalangan remaja dan belia, sebuah slot baru yang diberi nama 9X telah dicipta khusus buat tontonan penonton dalam lingkungan usia 15 – 29 tahun, yang tahu apa yang mereka mahu! Barisan program yang ditawarkan oleh 9X menjanjikan kelainan, pengisian kandungan yang lebih ’muda’, dan menggunakan formula yang tepat bersesuaian dengan penonton sasar kami. 9X akan mula menemui penonton mulai 20 Februari ini pada setiap hari Isnin hingga Rabu jam 10.30 malam.

Menurut Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar TV9, ”9X diinspirasikan melalui hasil pertemuan kami dengan anak-anak muda di acara-acara padang TV9 sekitar tahun 2011. Jumlah remaja yang kreatif, imaginatif dan ekspresif di dalam masyarakat kita adalah di luar jangkaan kami. Sehubungan itu, 9X adalah ibarat ’kotak suara’ mereka di dalam memperkembangkan lagi kreativiti di dalam bidang muzik, kualiti produksi dan ekspresi artistik.”

9X Logo

”Kami berpegang teguh pada tiga perkara iaitu untuk terus menyuntik elemen baru di dalam semua usaha kami; untuk terus memberikan kelainan dan untuk terus menjadi sumber inspirasi kepada penonton kami. Menyedari bahawa adanya keserasian di antara nilai-nilai kami dan komuniti remaja masa kini, ianya menaikkan semangat kami untuk memainkan peranan dalam menyediakan platform bagi mereka untuk mengekspresikan diri di samping menjadikan ia sebagai aspirasi kepada yang lain. Kami yakin 9X bukan sahaja akan menjadi tapak permulaan kepada para remaja untuk berkarya dan berkongsi kreativiti, malah kami turut memberi sokongan serta menggalakkan mereka untuk menceburkan diri dalam bidang produksi yang seterusnya akan disiarkan di TV9 untuk tontonan semua,” tambah Sherina lagi.

Salah sebuah projek di dalam slot 9X ialah 9X Mix Tape yang memaparkan kolaborasi di antara artis atau kumpulan muzik tempatan dengan videografer amatur. Penerbitan program ini bukan sahaja merupakan inisiatif kami dalam mempromosikan industri muzik tempatan tetapi turut memainkan peranan dalam mengasah bakat kreatif dalam bidang produksi. Episod pertama 9X Mix Tape menyaksikan Oh Chentaku bekerjasama dengan Uzair Sawal dalam menerbitkan sebuah dokumentari perjalanan muzik Oh Chentaku dengan mentaliti ’tiada batasan di dalam kreativiti.’

Kegilaan remaja terhadap program realiti bersiri, menarik minat kami untuk mencuba menerbitkan program realiti bersiri tempatan. 9X mempersembahkan Aizat Gegar NZ, program realiti empat episod kisah percutian Aizat dan 30 orang ahli keluarganya di New Zealand. Cabaran krew kamera kami dalam merakamkan aksi realiti mereka akan bersiaran setiap Isnin, jam 10.30 malam.

Barisan program lain di bawah slot 9X termasuk Teenwolf, sebuah drama bersiri Inggeris tentang kisah hidup Scott McCall selepas diserang oleh seekor serigala, yang akan disiarkan mulai 21 Februari, setiap Selasa, 10.30 malam. Pulau, sebuah drama mini bersiri yang mengisahkan tentang sekumpulan pemenang pakej pelancongan ke sebuah pulau misteri yang telah karam di tengah lautan dan tersadai di pulau misteri itu. Lebih mengerikan apabila seorang demi seorang daripada mereka mati dibunuh kejam tanpa mengetahui siapakah gerangan pembunuhnya. Lakonan hebat Sharifah Amani, Bront Palare dan Natasha Hudson di bawah arahan Azma Aizal Yusuff ini akan disiarkan mulai 22 Februari, setiap Rabu, 10.30 malam.

Maklumat lanjut tentang 9X boleh didapati di laman web rasmi www.tv9.com.my/9X yang akan menjadi medan interaksi untuk para remaja berkomunikasi, selain di laman sosial www.facebook.com/tv9dihatiku dan www.twitter.com/tv9malaysia

LOGOONLY

Aizat Gegar NZ
Mulai 20 Februari, Setiap Isnin, 10.30 malam

Program realiti empat episod ini merakamkan detik-detik percutian Aizat dan 30 orang ahli keluarganya di New Zealand menaiki caravan. Saksikan aksi-aksi bertenaga, cemas dan mencuit hati adik-beradik dan sepupu-sepupu Aizat yang menjalankan aktiviti-aktiviti mencabar seperti menaiki speedboat di tengah lautan, terjunan bungee dan mencuba tarian kaum asli Mouri di sana.

teen-wolf-logo-600x317

Teenwolf
Mulai 21 Februari, Setiap Selasa, 10.30 malam
Drama bersiri Inggeris ini mengisahkan kehidupan seorang remaja bernama Scott McCall yang telah menjadi seekor ’manusia serigala’ akibat diserang seekor serigala. Perubahan dirinya ini hanya diketahui oleh dua sahabat baiknya yang juga merupakan ’manusia serigala’ iaitu Stiles Stilinski dan Derek Hale yang membantu dirinya untuk menjalani kehidupan barunya. Keadaan menjadi sukar apabila keluarga teman wanita Scott, Alison Argent, adalah pemburu serigala. Lakonan Tyler Posey, Dylan O’Brien, Tyler Hoechlin, Crystal Reed.

Pulau

Pulau
Mulai 22 Februari, Setiap Rabu, 10.30 malam
Drama mini bersiri 8 episod ini mengisahkan tentang sekumpulan remaja yang telah memenangi pakej pelancongan ke Pulau Sanggar. Bot yang dinaiki mendapat kemalangan, dan menyebabkan mereka terdampar di pulau itu tanpa sebarang keperluan asas. Lebih mengerikan ialah apabila seorang demi seorang daripada mereka mati dibunuh kejam tanpa mengetahui siapa pembunuh sebenar di antara mereka. Misteri pulau ini dan setiap kematian di situ makin lama makin terungkai apabila masing-masing yang masih hidup nampak apa signifikasi setiap kejadian yang berlaku. Lakonan Sharifah Amani, Bront Palare, Natsha Hudson, Amyza Adnan, Chomatt Samad, Sufian Mohamed dan Fazlina Dato’ Hj Ahmad Daud.

Soundcheck_Logo

SOUNDCHECK
Mulai 19 Mac, Setiap Isnin, 10.30 malam
Rakaman siaran langsung persembahan daripada kumpulan-kumpulan tempatan terkenal dan juga penyanyi yang sedang menempa nama di persada tanahair. Antaranya adalah Hujan, Aizat Amdan, Shila Amzah, Awi Rafael, Tomok, Monoloque, Oh Chentaku dan Azlan and the Typewriter. Juga turut dimuatkan perjalanan hidup suka duka mereka sebelum dan selepas menjadi artis.

MixTape_logo

9X MIX TAPE
Mulai 5 Mac, kapsul 2 minit (di antara 10.30 malam – 11.30 malam)
Kapsul 2 minit ini merupakan salah sebuah projek 9X yang memaparkan kolaborasi di antara artis atau kumpulan muzik tempatan dengan videografer amatur. Penerbitan program ini bukan sahaja merupakan inisiatif kami dalam mempromosikan industri muzik tempatan tetapi turut memainkan peranan dalam mengasah bakat kreatif dalam bidang produksi. Episod pertama 9X Mix Tape menyaksikan Oh Chentaku bekerjasama dengan Uzair Sawal dalam menerbitkan sebuah dokumentari perjalanan muzik Oh Chentaku dengan mentaliti ’tiada batasan di dalam kreativiti.’

Soundcheck

teen_wolf

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia’s First Big Sale for 2012

MURAHSAJE Collections Koleksi Trendy & Elegan