in

TV3 Umum Senarai Mentor Musim Ke-6

Selepas kejayaan mencatat rating 3 juta (setiap minggu) pada musim lalu, program realiti pencarian bakat, Mentor kembali! Memasuki musim ke-6, program yang sinonim dengan tagline ‘Tunjuk Ajar Ku Sifu’ kali ini menampilkan barisan mentor terdiri daripada artis hebat tanah air. Menariknya, mereka di kalangan penghibur otai dan anak seni tanah air dengan profil-pengalaman-spektrum genre yang berbeza. Rasanya tidak perlu di perkenalkan lebih-lebih kerna mereka ini sedia di kenali…

Apa yang pasti, ke enam – enam mentor ini bakal menyahut cabaran! Dengan berbekal pengalaman dan bakat masing-masing, mereka kini bersiap siaga melaksana misi serta menyusun strategi untuk menjadi sifu- kepada protoge-protoge yang bakal menyinari dunia hiburan tanah air, tak lama lagi.

Mentor 6

“Inilah barisan enam yang terbaik yang kami dapat kumpulkan untuk musim ini. Ada banyak faktor kami memilih mereka sebagai mentor. Berdasarkan kualiti yang dimiliki dari segi berpengalaman luas dalam bidang nyanyian. Serta, komitmen yang ditunjukkan mereka menjadikan mereka seorang yang berkaliber sebagai tenaga pengajar”, ujar Penerbit Eksekutif /Penerbit Mentor 6, Muhamad Sufian Isa di sidang media bertempat di Sri Pentas, Bandar Utama, semalam.

Seperti mana lima musim terdahulu, peranan ke enam-enam mentor ni memberi tunjuk ajar kepada para protoge berkaitan bidang nyanyian, seni persembahan dan memperlengkapkan diri sebagai penghibur. Selain, inilah masanya untuk mereka menunjukkan kemampuan sebenar bergelar sifu setelah berjaya dalam perjalanan karier masing-masing.

Apa kata mentor-mentor musim ke-6 ni? Kriteria protoge yang bagaimanakah yang mereka cari? Dan paling mustahak, korang dah bersedia nak sahut cabaran mereka?! Siapa yang nak jadi protege Ella, Faizal Tahir, Fauziah Ahmad Daud aka Ogy, Ramlah Ram, Adam dan Ferhad, persiapkan diri anda dengan ciri yang di tetapkan ini, sebelum ke ujibakat.

Mentor 6

ELLA

“Saya tak kisah lelaki ker perempuan. Janji dia mempunyai suara yang unik (yang Ella tak pernah dengar katanya).Punya penampilan menarik dan bergaya dan… boleh bermain alat muzik tak kisah apa pun. Tak kisah calon yang datang tu dia Rock ker balada ker etnik kreatif pun tak per. Lagi bagus kalau dia pandai main alat muzik, sebab atleast dari situ kita boleh tahu apa yang dia boleh buat dan mampu buat”. – Ella

Mentor 6

RAMLAH RAM

“Saya bukan nak cari orang yang boleh jadi macam saya. Tapi seorang yang saya nak asah bakatnya menjadi seorang penyanyi profesional yang hebat. Tak kisah lelaki atau perempuan. Rupa paras tu tak penting tapi kalau dia datang dengan pakej yang baik itu bonus lah. Dia mesti memiliki vokal yang bagus. Ada kesungguhan yang tinggi. Paling penting, dia tak klon mana-mana penyanyi dan ikhlas nak berkerja (mendapat bimbingan) dari saya” – Ramlah Ram

Mentor 6

OGY AHMAD DAUD

“Akak tak kisah dik, lelaki ok. Perempuan pun ok. Akak mencari seorang yang boleh bermain alat muzik dan lagi bagus kalau dia pandai membaca notasi muzik. Seorang yang sukakan cabaran. Tak mahu klon mana-mana penyanyi. Seorang yang menpunyai mental dan fizikal yang kuat. Kesungguhan yang tinggi. Dan… boleh menyanyikan lagu wajib “Macarthur’s Park oleh Richard Harris, dengan baik”, – Kak Ogy

Mentor 6

ADAM

“Saya mencari seorang yang pandai menari dan menyanyi. Kerana misi saya adalah untuk mencari pelapis-seseorang yang boleh menjadi seperti saya. Sekaligus dapat meneruskan apa yang saya perjuangkan selama ini iaitu genre Pop dance. Tak kisah lelaki atau perempuan. Tapi saya prefer lelaki. Dia mestilah mempunyai disiplin yang tinggi” – Adam (AF)

Mentor 6

FERHAD

“Saya mencari seoranga yang versatil- boleh menyanyi lagu moden, tradisional, rancak dan balada dengan baik. Boleh menari. Berbangsa Melayu. Boleh bermain sekurang-kurangnya satu alat muzik. Seorang yang berkeyakinan tapi rendah diri. Boleh berbahasa Inggeris. Dan saya mencari seorang protoge lelaki” – Ferhad

Mentor 6

FAIZAL TAHIR

Faizal Tahir @ FT, menyatakan dia sangat terkejut di pilih sebagai mentor musim ini. Malah ketika Ally Iskandar selaku hos mengumumkan namanya, pelantun lagu Coba ni muncul dan terus mengatakan “Sebenarnya saya tak nak jadi mentor, saya nak jadi juri”. Apapun dia menerima pemilihan ini dan akan cuba yang terbaik. Serta yang pasti, dia mahu cari seseorang yang lebih daripada seorang juara.

Sementara itu, sesi uji bakat akan bermula di negeri Sabah dan Sarawak iaitu pada tarikh 13 Januari depan di Hotel Promenade, Tawau dan 15 Januari (Hotel Promenade, Kota Kinabalu), 20 Januari (Hotel Imperial, Miri) serta 22 Januari di Hotel merdeka Palace , Kuching.

Bersambung pada bulan Februari, uji bakat bersama setiap mentor akan diadakan di Sri Pentas TV3 mulai jam 10 pagi hingga 5 petang iaitu Ogy (4 Februari), Faizal Tahir (5 Februari), Ramlah Ram (11 Februari), Ferhad (12 Februari), Ella (18 Februari) dan Adam AF (19 Februari). via Malaysian Digest

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Deborah Henry Elaine Daly Daphne Iking Hos BELLA 2012

Gambar Faizal Tahir di Sidang Media Mentor 6