in ,

TV3 & TV9 Lancar Kempen Ramadan Syukur Selalu 2016

Kempen Ramadan dan Raya anjuran Media Prima Rangkaian Televisyen merupakan acara yang dinanti-nantikan oleh kalangan peminatnya khususnya TV3 dan TV9 setiap kali menjelang bulan Ramadan dan Syawal.

Selain menghidangkan program – program baharu yang merangkumi genre drama, variasi, masakan dan dokumentari, TV3 dan TV9 juga menyediakan aktiviti padang yang bakal menemukan peminat dengan barisan artis popular serta program tanggungjawab korporat sosial sepanjang bulan Ramadan nanti.

Pelancaran Syukur Selalu Ramadan 2016

TV3 & TV9 Perkukuh Tradisi Dominasi Penonton Di Kempen Ramadan & Raya

[dropcap]M[/dropcap]enurut Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama & Rancangan TV3 & TV9, “Tahun ini, tema Syukur Selalu diteruskan untuk memeriahkan kempen Ramadan dan Raya yang diadakan menerusi rangkaian televisyen dan juga online portal, Tonton.

Kempen ini turut disokong oleh rangkaian radio, media cetak, Media Prima Labs, CJ Wow Shop dan Studio 8 di bawah naungan Media Prima.”

“Syukur Selalu mengingatkan kita bahawa kita perlu sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan dan melahirkan keinsafan di atas ujian yang diberikan oleh Allah (SWT). Menarik tentang kempen Syukur Selalu 2016 ini, kesemua program dan aktiviti padang ini menerapkan tiga elemen utama iaitu Famili, Ilmu dan Amal Jariah, yang merupakan simbolik keutuhan ikatan sebuah keluarga. Famili melambangkan keutuhan, kerohanian dan kebahagiaan hubungan kekeluargaan, Ilmu mencerminkan kecerdikan dan kecekapan dalam menjalankan tugasan serta Amal Jariah pula mewakili kesederhanaan, kejujuran dan kebaikan dalam aspek keagamaan,” jelas Sherina lagi.

Kempen Syukur Selalu 2016 menampilkan tujuh selebriti popular sebagai duta. Antaranya, Amar Asyraf, Fattah Amin, Fasha Sandha, Hafidz Roshdi, Janna Nick, Raja Afiq, dan Uqasha Senrose yang bakal menjayakan siri promosi kempen di kaca TV, papan iklan, pesanan khidmat masyarakat dan juga turun padang ke dua aktiviti padang iaitu Bazar Syukur Selalu dan Jom Masjid.

Nantikan kemunculan tiga iklan pendek Syukur Selalu iaitu Famili, Ilmu dan Amal Jariah yang dijayakan oleh barisan duta bermula 6 Jun 2016. Iklan pendek ‘Amal Jariah’ memaparkan kesulitan Fasha Sandha yang berhadapan dengan kereta rosak dalam perjalanan pulang ke rumah menjelang waktu berbuka puasa. Mujur dia dibantu oleh Fattah Amin yang kebetulan lalu di situ. Lebih manis lagi apabila mereka diberikan air, kurma dan kuih oleh pengguna jalan raya yang lain kerana sudah hampir memasuki waktu berbuka puasa.

Iklan pendek ‘Ilmu’ pula menampilkan Janna Nick, Amar Asyraf dan Hafidz Roshdi. Iklan tersebut mengisahkan kecerdikan dan kesungguhan Amar Asyraf dalam menjalankan bisnes baju raya manakala Janna Nick pula seorang peniaga tudung yang tidak pandai untuk memikat hati pelanggan. Amar Asyraf tidak lokek ilmu untuk membantu Janna Nick melariskan jualannya. Akhirnya, mereka berdua bergabung untuk memberikan pakej hebat kepada Hafidz Roshdi (pelanggan) yang ingin membeli baju raya dan tudung untuk keluarganya.

Bagi iklan pendek ‘Famili’ yang dilakonkan oleh Uqasha Senrose dan Raja Afiq pula mengisahkan Uqasha yang tidak dapat menunaikan janji untuk berbuka puasa dengan kakak dan anak saudaranya sebab terlalu sibuk dengan urusan kerja. Anak saudaranya tidak rasa kecewa sebaliknya mengajak ibunya untuk membawa juadah berbuka puasa ke pejabat ibu saudaranya. Akhirnya, mereka bertiga berbuka puasa di pejabat dengan rakan-rakan sekerja Uqasha.

Bazar Syukur Selalu akan dilangsungkan di dua lokasi iaitu pekarangan Amanjaya Mall, Sungai Petani, Kedah pada 11 Jun 2016 dan Angsana Johor Bahru, Johor pada 18 Jun 2016. Turut serta dalam aktiviti padang ini ialah duta-duta Syukur Selalu serta barisan pelakon yang menyinari rancangan sepanjang bulan Ramadan di TV3 & TV9. Selain berpeluang beramah mesra dengan barisan duta Syukur Selalu dan artis-artis popular di bazar, para pengunjung juga berpeluang membeli juadah berbuka puasa di gerai-gerai yang disediakan. Hasil jualan yang diterima pada hari tersebut akan disumbangkan terus kepada rumah kebajikan yang terpilih di negeri yang dikunjungi.

Satu lagi inisiatif baharu yang ditampilkan menerusi kempen Syukur Selalu iaitu Jom Masjid di mana kami ingin mengajak umat Islam mengimarahkan masjid pada bulan Ramadan. Keunikan Jom Masjid ialah mengetengahkan amalan moreh yang diadakan selepas solat terawikh pada bulan puasa. Selain daripada berbuka puasa dan solat magrib berjemaah, Jom Masjid juga menyediakan moreh untuk pengunjung yang hadir. Lebih menarik, para pengunjung berpeluang untuk menyertai aktiviti ilmiah seperti rakaman program Al-Kuliyyah, bacaan ayat suci Al – Quran, tazkirah, solat Isya, berterawikh serta sesi tadarus di dua lokasi iaitu Masjid Ridzwaniah, Kuala Kangsar, Perak (22 Jun) dan Masjid Cina Al Muttaqim, Krubong, Melaka (26 Jun).

Anda boleh mengikuti perkembangan dan info terkini tentang Syukur Selalu dengan muat turun aplikasi mudah alih #SyukurSelalu yang disediakan oleh Media Prima Labs secara percuma. Selain memaparkan program menarik di TV3, TV9, Tonton dan Hot FM, doa harian dan mutiara kata, paparan waktu bersahur dan berbuka puasa, kiblat, lokasi masjid, info terbaharu tentang Bazar Syukur Selalu dan Jom Masjid, profil duta Syukur Selalu, tips fesyen dan resipi istimewa yang disediakan oleh Berita Harian dan Harian Metro turut dimuatkan di dalam aplikasi ini.

TV3 dan TV9, saluran Nombor Satu dan Dua di sepanjang bulan Ramadan sentiasa menyediakan program-program menarik khusus buat penonton setianya dan memberi pilihan kepada mereka menerusi pelbagai genre. Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton program di TV, mereka turut berpeluang menontonnya menerusi online portal Tonton (tonton.com.my).

Antara program menarik yang bakal disajikan kepada penonton setia TV3 sepanjang bulan Ramadan ialah Jejak Rasul As Salam 2016, Qari Jr., Projek Da’i, Madrasah, Sembang Sahur, Moreh, Apa Nak Makan Ni?, drama bersiri slot Samarinda ‘Lambaian Ramadan’, slot Akasia ‘Seindah Takdir Cinta’, slot Lestary ‘Ketupat Palas Mr Handsome’ dan ‘Bibik-bibikku’ untuk slot siaran 12.30 tengah hari. Seperti biasa, slot Cerekarama tidak ketinggalan untuk menyediakan drama yang sarat dengan pengajaran dan menyentuh emosi iaitu Calon Syurga, Mek Kelate, Tetamu Ramadan dan Ramadan Terindah.

Sementara itu, paparan program menarik di TV9 pula ialah Sounds of Muslims, Tanyalah Ustazah Ramadan, Ramadan Sana Sini, Jalan Jalan Bazar Ramadan 2016, Bila Bujang Masuk Dapur dan lima judul istimewa menerusi slot Skrin Di 9 iaitu Ku Haramkan Susu Itu, Ayah Mertuaku, Pergilah Air Mata Ramadan, Muazzin dan Aisha & Projek Dapur Ramadan.

Kempen Syukur Selalu turut dimeriahkan dengan program-program menarik yang disediakan oleh tonton, Studio 8, CJ WOW SHOP, Media Prima Labs, rangkaian radio Media Prima dan media cetak Kumpulan The New Straits Time Press.

Bersempena dengan kempen Syukur Selalu, tonton menawarkan pilihan drama terbaik untuk VIP tonton dan menariknya semua drama-drama ini boleh ditonton dimana jua sama ada di telefon bimbit, tablet ataupun komputer. Saksikan pelakon-pelakon hebat seperti Saharul Ridzwan dan Amyra Rosli dalam drama terbaharu mereka Seindah Takdir Cinta, Hanna Aqeela dan Johan As’ari dalam Mr. Tanda Soal serta Fattah Amin bersama Mira Filzah dalam Ketupat Palas Mr Handsome. tonton menjanjikan pengalaman #tontonMacamVIP kerana drama-drama hebat ini boleh disaksikan satu episod awal dari siaran TV!

Imbau kenangan masa lalu anda dengan seleksi retro di tonton dengan drama bersiri dan filem Melayu yang pernah popular seketika dulu seperti kesemua musim siri Kopitiam, Mr.Os, Awang Spanar dan siapa boleh lupa filem 80-an seperti Azura, Ali Setan dan Gila-Gila Remaja.

Sepanjang Ramadan, tonton juga akan berada di dua lokasi Bazaar Syukur Selalu dan aktiviti-aktiviti lain. tonton akan melancarkan kad VIP edisi “Syukur Selalu” yang terhad, dimana ia hanya boleh didapati di semua aktiviti on-ground kami sepanjang Ramadan ini.

Studio8 juga menyediakan program-program menarik di Youtube Quickie Official, We Hatch You dan Hello Launch Pad. Hatch akan memaparkan beberapa program original menarik seperti – 7 Hari Sebelum Puasa, sebuah program istimewa memaparkan makanan-makanan menarik yang perlu dinikmati sebelum bulan puasa bermula. Clever Param diinspirasikan daripada program Clever Girl yang mencari peniaga Pasar Ramadan pintar untuk menjawab soalan yang diajukan. Sebagai ganjaran, barang jualan mereka akan dibeli dan kemudiannya akan didermakan kepada golongan yang memerlukan.

Selain itu, ikuti Param Heroes sebanyak empat episod yang mencari Pasar Ramadan terbaik di sekitar Lembah Klang. Min Tuds with Attitude pula akan memaparkan kisah gadis bertudung yang tampak biasa dari segi luaran namun sebaliknya mempunyai cerita dan bakat luar biasa. Quickie terus memaparkan berita dan info terkini pop culture di sepanjang Ramadan dan juga Raya dan akan turut berkongsi video yang dimuat naik dalam LongShorts seperti How to be a good friend during Ramadan, Things People Say During Fasting Month, dan Things People Only Do During Raya. Launchpad memaparkan video-video menarik sepanjang Ramadan dan Raya dengan tema berbeza iaitu Beats, Space, Frames dan Lingo.

Melalui kempen Syukur Selalu, Rangkaian Radio Media Prima iaitu Hot FM dan Kool FM turut menghidangkan pengisian istimewa sepanjang Ramadan dan Syawal nanti. Ramadan di Hot FM akan menyiarkan kata-kata motivasi dan nasihat melalui “Mutiara Ramadan Hot Bersama Ustaz Hariyanto”. Manakala di Kool FM pula, seleksi kisah-kisah para nabi bakal diperdengarkan oleh peserta cilik dari program Qari Junior melalui segmen “Himpunan Kisah-Kisah Nabi”.

CJ WOW SHOP yang merupakan rangkaian membeli-belah dari rumah secara inovatif menerusi platform-platform telefon mudah-alih dan atas talian akan menawarkan pelbagai produk istimewa sempena bulan Ramadan iaitu My Qalam Al-Quran, Udani Foam Sejadah 3 in 1 set, Upin Ipin Quran Junior set, Quran Ensiklopedia, Siti Khadijah Telekung Melati Klasik dan Ariani Plain Tudung 6+1 Set.
Saluran CJ WOW SHOP boleh disaksikan menerusi TV3 (6 pagi – 7 pagi), ntv7 (6pagi – 1 petang), 8TV (6 pagi – 9 pagi) dan TV9 (10 pagi – 12 tengah hari, 12.30 tengah hari – 4 petang) pada setiap hari. Pembelian produk boleh dibuat melalui panggilan telefon, secara online di laman sesawang ataupun aplikasi mudah alih yang disediakan oleh CJ WOW SHOP. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian bebas tol : 1800-18-0808 atau layari laman sesawang www.cjwowshop.com.my

The New Straits Times Press, melalui akhbar-akhbarnya, Harian Metro, BH dan New Straits Times menyediakan beberapa pengisian tambahan sempena kedatangan Ramadan dan sebagai tanda sokongan kepada kempen Syukur Selalu.

Harian Metro akan memaparkan jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak, Fadilat Ramadan, Menu Ramadan dan Salam Perantau. Akhbar BH akan menyediakan Katalog Ramadan, Sajian Ramadan dan Balik Raya, di samping Waktu Berbuka Puasa dan Imsak dan Fadilat Ramadan. NST turut memuatkan Jadual Berbuka Puasa dan Imsak serta Ucapan Selamat Berpuasa dari serata dunia.

Pengisian program berbentuk Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) dijalankan melalui program Titipan Kasih Harian Metro (TKHM), Semarak Ramadan BH dan Kotak Rezeki Harian Metro. TKHM akan diadakan di dua tempat; Serendah, Selangor pada 18-19 Jun dan Melaka 25-26 Jun. Program ini melibatkan aktiviti gotong-royong bersama penduduk setempat untuk menyediakan juadah berbuka puasa, penyerahan sumbangan kepada keluarga miskin, pembelian kelengkapan hari raya untuk anak-anak yatim dan program tazkirah di masjid berkenaan.

Semarak Ramadan BH akan dijalankan pada 17-18 Jun di Jerantut, Pahang melibatkan aktiviti seperti pembahagian cenderahati kepada pengunjung bazar Ramadan, gotong-royong menyediakan jamuan berbuka puasa di masjid dan penyerahan duit raya kepada anak-anak yatim di kariah berkenaan.

Program Kotak Rezeki Harian Metro akan dilancarkan pada 1 Jun dengan pengagihan kotak-kotak makanan sumbangan syarikat korporat dan pengiklan bermula pada minggu pertama Ramadan ke seluruh tanahair.

Kempen Syukur Selalu dimeriahkan lagi dengan kolaborasi Media Prima bersama rakan-rakan penaja iaitu F&N dan Nivea. Kempen Syukur Selalu bersama F&N – Beraya & Beramal Bersamamu mengajak rakyat Malaysia untuk sama-sama menghayati kesucian bulan Ramadan dan Raya ini sambil menyumbang kepada Tabung Bersamamu bagi meringankan beban mereka yang di dalam kesusahan. Menerusi kempen ini, F&N berganding bahu dengan rangkaian televisyen Media Prima Berhad (MPTVN) yang kreatif dalam produksi dan menjadi pilihan utama penonton Melayu untuk mencapai matlamat mengumpul dana di pelbagai platform tidak kira melalui siaran televisyen, aktiviti padang ataupun penggunaan media digital bagi menceriakan sambutan Ramadan dan Raya.

Kempen Syukur Selalu Bersama Nivea – Setulus Belaian Kasih mempunyai matlamat untuk menggalakkan masyarakat memberi perhatian dan memberi sumbangan buat keluarga yang kurang bernasib baik untuk sama-sama menyambut Ramadan dan Hari Raya. Menggabungkan kepakaran MPTVN yang telah berjaya menyentuh hati jutaaan rakyat Malaysia dengan beberapa kempen kesedaran sebelum ini, kini Nivea mempersembahkan sebuah drama pendek membariskan Siti Elizad Sharifuddin dan Puteri Balqis Azizi sebagai pelakon utama. Drama bersiri ini menceritakan seorang kanak-kanak perempuan yang mengenal erti suka duka kehidupan melalui ibunya. Siri mini ini akan disiarkan di program TV3 yang popular iaitu Sembang Sahur dan Wanita Hari ini (WHI).

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.tv3.com.my dan www.tv9.com.my. Muat turun aplikasi mudah alih #SyukurSelalu dan ikuti info terkini kempen #SyukurSelalu. Hangatkan perbualan di laman sosial dengan menggunakan hashtag SyukurSelalu (#SyukurSelalu).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Teater DATO’ SERI Lakonan Radhi Khalid

Siapa Juara Konsert Kemuncak Ceria Popstar 2016