• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

TV3 Siar Program Dunia Luar Biasa dalam UNSUNG PLACES

0
  • by Budiey
  • in TV3
  • — 29 Nov, 2012

TEROKAI KEUNIKAN LUAR BIASA
DUNIA DALAM “UNSUNG PLACES”

Bermula 1 Disember, setiap hari Sabtu jam 7.30 malam, TV3 akan mempersembahkan sebuah program jurnal travelogue sebanyak 13 episod, membawa penonton menjelajah dan menerokai destinasi luar biasa penuh dengan tarikan tersembunyi yang menjanjikan pengalaman berbeza!

Pengembaraan merentas garis sempadan ini membawa penonton mendekati karakter setiap lokasi yang dikategorikan sebagai ‘Unsung Places’.

Penjelajahan ‘Unsung Places’ bersama pengembara manis, Thanuja Ananthan, Ratu Cantik Malaysia 2009 akan menyusuri pelbagai lokasi unik di beberapa negara, antaranya, Sri Lanka, Jepun, India, China, Perancis, Sepanyol, Maghribi dan banyak lagi.

UNSUNG PLACES LOGO

Kelainan yang ditampilkan menerusi ‘Unsung Places’ ialah pemilihan destinasi yang jarang-jarang disebut dan diketahui umum, di mana kedudukan lokasi kurang popular di peta industri pelancongan. Sama ada ia sebuah negeri, bandar atau perkampungan tradisional, warna-warni setiap destinasi akan dikongsi menerusi pengalaman pengembara dalam mencari potensi dan keunikan ‘Unsung Places’.

Siri ‘Unsung Places’ memulakan pengembaraan ke sebuah negara pulau iaitu Sri Lanka, dahulu dikenali sebagai Ceylon dan pernah menjadi lokasi persinggahan pelayar ternama, Vasco Da Gama.

Dalam episod pertama ini, penonton akan dibawa meninjau ke sebuah bandar industri dan komersil Sri Lanka iaitu Colombo yang terletak di bahagian Timur negara tersebut. Dari daerah yang mendapat jolokkan ‘mutiara lautan Hindi’, penonton dibawa pula ke sebuah zon pelancongan yang sedang pesat membangun, Semenanjung Kalpitiya dan seterusnya Anuradhapura, sebuah tapak warisan dunia yang berusia ribuan tahun dan daerah Ratnapura, kawasan perlombongan dan pusat dagang batu permata terbesar di Sri Lanka, termahal di dunia.

Selepas Sri Lanka, pengembaraan ‘Unsung Places’ menuju ke negara matahari terbit iaitu Jepun. Di sana, Thanuja akan ke pasar pagi tertua di Takayama untuk melihat bagaimana proses membuat makanan tradisional Miso dan Soba serta menyaksikan binaan bersejarah, sebuah istana yang dibina pada abad ke-16 di bandar Matsumoto.

Tidak tamat di Takayama dan Matsumoto, penonton dibawa pula ke sebuah ladang wasabi terbaik di Jepun yang terletak di Nagano. Ladang yang mempunyai keluasan 15 hektar ini cukup sinonim kerana keindahan sungai dan kincir airnya.

Dari Timur Asia, ‘Unsung Places’ meneruskan perjalanan ke bahagian Selatan Asia iaitu India, negara yang mempunyai populasi kedua tertinggi di dunia dengan jumlah 1.2 billion. Perjalanan Thanuja di sana bermula di Gujarat, berkunjung ke rumah kelahiran pejuang kemerdekaan India, Mahatma Gandhi. Masih di Gujarat, penonton akan dibawa ke sebuah kawasan gurun yang dahulunya ialah dasar lautan namun kini antara lokasi memproses garam. Selain itu, di Gujarat juga penonton bakal melihat industri menternak kerbau dan penghasilan susu kerbau yang memberi hasil pendapatan utama serta proses tenunan produk Banjana.

Alami dan nikmati keunikan luar biasa ‘Unsung Places’ bersama pengembara, Thanuja merentasi beberapa negara lain pada setiap hari Sabtu jam 7.30 malam bermula 1 Disember ini di TV3. Penonton juga boleh menyaksikan siri ‘Unsung Places’ di www.tonton.com.my yang turut memuatkan sorotan sebalik tabir.

Unsung Places - Wasabi Farm

Unsung Places - Sri Lanka

Unsung Places - Sri Lanka (2)

Unsung Places - Sri Lanka (2)

AWR144

Unsung Places - Mahatma Gandhi House, Gujarat, India

Unsung Places - Istana Matsumoto

Komen via Facebook

Komen

Share

Tags: TV3UNSUNG PLACES

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Vince Lebih Matang Dengan Album Terbaru With You This Christmas
  • Next story Telefilem Di Mana Ku Cari Ganti Lakonan Faezah Elai dan Arja Lee

ENTRI BERKAITAN

  • Program 3R Respek Relaks Respon Kembali di TV3 11 May, 2013
  • Joget Lambak Bersama Fara TV3 Hari Raya Pertama 12 Oct, 2007
  • Apa Ada Pada Drama Tahajjud Cinta 30 Jun, 2011
  • Persembahan Hebat Bowl Power Ungguli Bintang Mencari Bintang 18 Apr, 2013

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • MAYA KARIN – BINTANG SYURGA

    Bintang Syurga
  • SEARCH

  • TERKINI

    • Muat Turun Aplikasi Rexona Move & Menang iPad Mini
    • Peraduan Jom Menonton Filem MAN OF STEEL™
    • Betul Ke Faizal Tahir Digam oleh Media Prima?
    • Photos World War Z Live In Sunway Lagoon
    • Peluang Kedua Buat Peserta Ceria Popstar Yang Tersingkir
    • Kemewahan Bali di Nusa Dua Beach Hotel & Spa
    • Sinopsis Filem Dampak
    • Ulasan Konsert Mega Bintang Trinity All-Star
    • Tarikan Hotel Naumi Liora di Singapura
    • Noraniza Idris Lancar Program Pelancongan Sanggar Budaya
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • konsert-mega-bintangUlasan Konsert Mega Bintang Trinity All-StarTuesday, June 18, 2013
    • linkinKonsert Jelajah Dunia 2013 Linkin Park Living Things Di MalaysiaMonday, June 17, 2013
    • sharifah-ainiSebab Kenapa Malam Amal Bersama Tiga Diva DitundaFriday, June 14, 2013
    • pesawatGood Vibes Festival 2013Wednesday, June 12, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • Mistazam on:Gambar Emma Maembong di Anugerah Blokbuster 2
    • nura on:Najwa Latif Sambung Belajar di Unitar International University
    • muhammad aisy aniq nabihan bin ahmad fadzil on:Ujibakat Soccer Kids di TV3
    • muhammad aisy aniq nabihan bin ahmad fadzil on:Ujibakat Soccer Kids di TV3
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    22Jun2013

    G-Dragon World Tour: One of a Kind

    Dari 08:00 PM hingga 11:30 PM

    di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

    Find out more...

    23Jun2013

    Showcase Dayang Nurfaizah @ The Venue

    Dari 08:30 PM hingga 10:30 PM

    di The Venue, Pavilion KL

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Muat Turun Aplikasi Rexona Move & Menang iPad Mini
    • Peraduan Jom Menonton Filem MAN OF STEEL™
    • Betul Ke Faizal Tahir Digam oleh Media Prima?
    • Photos World War Z Live In Sunway Lagoon
    • Peluang Kedua Buat Peserta Ceria Popstar Yang Tersingkir
    • Kemewahan Bali di Nusa Dua Beach Hotel & Spa
    • Sinopsis Filem Dampak
    • Ulasan Konsert Mega Bintang Trinity All-Star
    • Tarikan Hotel Naumi Liora di Singapura
    • Noraniza Idris Lancar Program Pelancongan Sanggar Budaya
  • KALENDAR

    June 2013
    M T W T F S S
    « May    
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan Di Sini

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.