in

TV3 Siar Program Bual Bicara Motivasi Positif Pagi

Sempena tahun baharu 2014, TV3 mempersembahkan sebuah program bual bicara motivasi ‘Positif Pagi’ mulai 3 Januari, pada setiap hari Jumaat jam 9.30 pagi. Dengan slogan “Buat Tanpa Tapi, Lakukan Tanpa Nanti”, ‘Positif Pagi’ menyediakan 3 jenis hidangan ‘vitamin’ (segmen) utama iaitu ‘Vitamin Hati’, ‘Vitamin Iman’ dan ‘Vitamin Minda’. ‘Positif Pagi’ diolah dengan formula lengkap untuk menyuntik kesedaran tentang moral dan nilai-nilai positif yang kini kian pudar di kalangan masyarakat.

Positif Pagi

Menjana Hati, Iman Dan Minda Dalam Positif Pagi

[dropcap]P[/dropcap]rogram bual bicara ‘Positif Pagi’ menampilkan panel-panel hebat yang dikenali sebagai “Agen Perubahan Insan”, antaranya, ialah Prof. Dr Muhaya Muhamad, Dr. Azizan Osman, Cikgu Yaser, Ustaz Zul Ramli Razali, Ustaz Mohd Ilyas Ismail, Ustaz Amran Yusuf, Ustazah Nik Salida dan ramai lagi.

Mereka akan menyampaikan setiap pengisian dengan penuh santai dan segar di lokasi-lokasi kafe terpilih. Penonton akan mendengar, memahami dan mempelajari kisah-kisah yang dipetik dari tokoh-tokoh terkenal dunia Islam mahupun bukan Islam.

[pullquote]Dalam episod pertama minggu lalu, Dr. Muhaya Mohamad telah mengupas mengenai topik ‘Mencari Bahagia’. Di antara bahagia dan membahagiakan, yang manakah lebih kita harapkan? Isunya bukanlah memberi bahagia dan menerima bahagia tetapi kebenaran hati manusia yang sememangnya mencintai kebahagiaan. Memberi bahagia tentunya lebih mulia daripada menerima bahagia.[/pullquote]

Kerana hati yang memberi itu melakukan dengan rela hati dengan penuh rasa kasih dan cinta untuk melihat mereka bahagia. Pun begitu, apakah maknanya bahagia? Mengapa begitu sukar untuk merasa bahagia? Bersama Dr. Muhaya Mohamad untuk mencari kebahagiaan yang hilang.

Di episod seterusnya, Ustaz Zul Ramli akan berbicara tentang topik ‘Dia Idolaku’. Apakah makna idola sesungguhnya? Siapakah pula idola kita? Carilah cerita akhlak, cerita tentang idola yang hilang dari hati kita, cerita tentang Rasulullah Muhammadku. Dr. Azizan Osman pula akan menyampaikan topik mengenai ‘Hidup Untuk Memberi’.

Tanggungjawab manusia kepada manusia yang lain bukan sahaja aspek materialistik seperti wang ringgit, rumah, kereta malah juga aspek kasih sayang, perlindungan, pendidikan dan lain-lain. Memberi dan terus memberi. Sedarkah kita hidup memberi lebih besar ertinya daripada yang menerima? Namun, mengapa kita semakin takut untuk memberi? Adakah dengan memberi, kita akan semakin miskin?

Pelbagai lagi topik bakal dikupas oleh barisan panel tersohor ini, seperti “Kenali Dirimu” (Haji Yasim Mohamed), “Bebaskan Belenggu” (Cikgu Yaser), “Sebarkan Salam” (Ustaz Amran Yusuf), “Jutawan Akhirat” (Dr. Azizan Osman), “Akulah Generasi Y” (Cikgu Yaser) dan banyak lagi sepanjang 26 episod ‘Positif Pagi’.

‘Positif Pagi’ diterbitkan oleh Primeworks Studios yang terajui oleh Siti Zuraihan Abd. Rashid selaku Penerbit. Saksikan program bual bicara terbaru ‘Positif Pagi’ pada setiap hari Jumaat jam 9.30 pagi di TV3!

Positif Pagi

Positif Pagi

Positif Pagi

Positif Pagi

Positif Pagi

Positif Pagi

Positif Pagi

Positif Pagi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

U Mobile Takes On The East Malaysian Market

Pharrell Williams for UNIQLO UT 2014 Spring Summer Collection