TV3 Menghentikan Siaran 24 Jam Mulai 1 Julai
TV3 MENGHENTIKAN SIARAN 24 JAM MULAI 1 JULAI
Petaling Jaya, 29 Jun 2009 – Sistem Televisyen Malaysia Berhad, (TV3), stesen swasta no. 1 Malaysia di bawah Rangkaian Televisyen Media Prima Bhd. akan menghentikan sementara siaran 24 jamnya mulai 1 Julai 2009. Penghentian ini berikutan perlaksanaan tugas-tugas penyelenggaraan dan menaiktaraf sistem yang dijalankan oleh stesen berkenaan.
Penghentian awal waktu siaran akan berkuatkuasa setiap hari sehingga tempoh yang akan diberitahu kelak. Berikut adalah jadual siaran TV3 mulai 1 Julai 2009:
|
RANGKAIAN |
HARI |
WAKTU SIARAN |
|
TV3
|
Isnin-Jumaat & Ahad Sabtu |
6.30pagi – 1.30pagi 6.30pagi – 2.30pagi |
Langkah penghentian awal siaran ini perlu bagi membenarkan siri ujian dijalankan untuk memastikan peningkatan terhadap sistem penyiaran yang ada sekarang.
Tags: TV3Baca artikel lain yang berkaitan:









June 30th, 2009 at 2:43 pm
alamak!!saya harap ini tak akan berlaku terlalu lama.saya slalu tonton tv3 karana susah nak tido.tv3lah yg menjadi teman saya.