in

TV3 Lancar Program Qari Junior Sempena Ramadan

Jika sebelum ini TV3 sering menyajikan program realiti yang berbentuk hiburan seperti Mentor dan Vokal Bukan Sekadar Rupa, kali ini buat pertama kalinya bersempena kehadiran Ramadhan, TV3 bakal tampil dengan sebuah program realiti terbaru berbentuk keagamaan untuk kanak-kanak, iaitu ‘QARI JUNIOR’.

Dihoskan oleh Ustaz Zhafran Zainuldin, program ini akan mencungkil dan menggilap bakat kanak-kanak berusia 7-12 tahun dalam mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan sekaligus dapat menarik minat penonton untuk mendekatkan diri dengan Al-Quran.

Satu sesi rakaman untuk tatapan media turut diadakan untuk tujuan promosi program ini yang akan diadakan di Studio Glenmarie NTV7, Shah Alam nanti dengan artis jemputan oleh Devotees & Muhram.

Jom layan lagu dari Devotees – Mahar Cinta:

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Muse Survival Official Song London 2012 Olympic Games

Lirik Lagu Drama Band Cerita Dia