in

TV3 Kids Parade & Cake Day

BERTEMAKAN ‘PERSAHABATAN’
BERIADAH BERSAMA KELUARGA DI HUJUNG MINGGU

Bersempena sambutan Hari Kanak-kanak dan Ulangtahun ke 26, TV3 sekali lagi menganjurkan TV3 KIDS PARADE dan CAKE DAY untuk kali kedua sejak diperkenalkan pada tahun lepas.

kids parade tv3

Objektif TV3 KIDS PARADE dan CAKE DAY diadakan untuk menemukan pelbagai kelompok kanak-kanak berserta dengan keluarga mereka dalam satu acara istimewa bertemakan ‘Persahabatan’ bagi memupuk muhibah tanpa mengira bangsa dan agama dikalangan semua yang terlibat seiring dengan konsep 1Malaysia.

Seawal jam 8.00 pagi, TV3 KIDS PARADE, bermula dengan acara pembukaan iaitu perarakan kanak-kanak ‘KIDS PARADE’ di mana kontinjen-kontinjen yang terlibat terdiri daripada pasukan beragam, sekolah, rumah anak yatim dan banyak lagi (dilampirkan senarai penuh kontinjen sebagai rujukan).

Tiga hadiah untuk pasukan terbaik disediakan dimana hadiah utama bakal diberikan kepada pasukan terbaik iaitu wang tunai bernilai RM5,000 manakala tempat kedua bakal meraih RM 2000 dan tempat ketiga bernilai RM1000. Pemenang akan dinilai dari segi rekaan kostum, kreativiti dan persembahan keseluruhan.

kids parade tv3

Sempena sambutan Hari Kanak-kanak & Ulangtahun TV3 ke 26, telah berlangsung acara “Kids Parade & Cake Day” semalam bermula dari jam 8 pagi dan berakhir pada jam 6 petang.

Pemenang bagi acara Kids Parade seperti berikut:

  1. SK Jalan 3, Bandar Baru Bangi
  2. SK Seafield, Subang Jaya
  3. SK (J) Cina Lick Hung, Subang Jaya

Pemenang bagi acara Cake Day seperti berikut:

  1. Syahrul Azlan Shahar (34 Tahun)
  2. Zam Akmal Abd. Halim (24 Tahun)
  3. Azlin Roslan (32 Tahun)
  4. Mohd Adika Abdullah (33 Tahun) – Pilihan Juri

Ketua Kumpulan Pengurusan Jenama TV9, Feisal Abdul Malik berkata, “Melihat kepada kejayaan tahun lalu, TV3 KIDS PARADE diteruskan lagi pada tahun ini. Acara ini menunjukkan betapa penonton kanak kanak juga menjadi keutamaan kami.

TV3 KIDS PARADE sesuai dijadikan platform untuk kanak-kanak berkumpul dan beramah-mesra sesama mereka seterusnya berkongsi pendapat serta minat yang sama”.

Selain perarakan kanak-kanak ini, para pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti dan persembahan serta berpeluang memenangi pelbagai cenderamata dan permainan eksklusif.

Antara aktiviti yang diadakan di TV3 KIDS PARADE ini ialah sesi beramah mesra bersama karakter kartun seperti Upin & Ipin, Bakugan dan Armor Hero, persembahan brass band, pertunjukan silap mata oleh Amar, persembahan teater kanak-kanak, pertandingan pakaian beragam, melukis kaca, bengkel mewarna, sudut bacaan, Movie Magic dan banyak lagi.

TV3 KIDS PARADE edisi kali ini dirasmikan oleh Datuk Wira Kamaruddin Siaraf, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, diiringi Datuk Johan Jaafar, Pengerusi Media Prima Berhad dan Dato’ Sri Farid Ridzuan, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad.

kids parade tv3

Disamping berhibur, pengunjung dialu-alukan menyumbangkan buku sempena Kempen Membaca di Sudut Membaca ‘Reading Room’ ini. Buku-buku ini boleh diletakkan di tempat yang disediakan di bahagian lobi Sri Pentas. Buku yang telah disumbangkan ini akan diedar ke sekolah-sekolah, rumah-rumah anak yatim dan perpustakaan yang terpilih.

Di Sudut Membaca ‘Reading Room’ ini ada pelbagai aktiviti di sediakan. Antaranya ialah aktiviti ‘Mari Bercerita’ oleh Kakak Shadiya dan ‘Bengkel Mewarna’ yang akan dikendalikan oleh Abang Uneh. Sudut Membaca ‘Reading Room’ telah dirasmikan oleh Puan Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 & TV9.

Sementara anak-anak mereka sibuk berhibur dan beriadah dengan pelbagai aktiviti kanak-kanak, para ibu-ibu juga pastinya tidak mahu ketinggalan menyertai acara CAKE DAY yang juga di mulakan acaranya seawal jam 8.00 pagi.

Antara aktiviti CAKE DAY yang diadakan ialah Pertandingan Menghias Kek yang menawarkan 3 hadiah bernilai wang tunai RM800 untuk hadiah pertama, RM500, untuk hadiah kedua, RM300 untuk hadiah ketiga dan RM200 untuk hadiah saguhati pilihan juri. Objektifnya ialah untuk memberi peluang kepada kaum wanita menunjukkan bakat dan berkongsi pengetahuan berkenaan ilmu pastri.

Tepat jam 2.00 petang, CAKE DAY telah dirasmikan oleh Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama TV9 dan Cik Hayati Sulaiman, Pengurus, Pemasaran & Promosi TV3 & TV9.

Selain pertandingan menghias kek, aktiviti lain yang turut diadakan adalah demonstrasi menghias kek oleh Chef Phillip dan Chef Collin dari Silver Spoon International College kepunyaan Chef terkemuka Chef Zam.

Acara dimeriahkan lagi dengan lelongan kek yang telah dihias oleh personaliti dan artis tempatan seperti Ahmad Fedtri Yahya, Sharifah Shahira, Wan Sharmila, Fizz Fairuz, Dynas Mokhtar dan pelakon cilik, Mia Sara Nasuha kepada pengunjung yang hadir. Hasil lelongan akan disalurkan ke Tabung TV3 Bersamamu.

Bagi menghangatkan lagi suasana, TV3 KIDS PARADE dan CAKE DAY diakhiri dengan sebuah konsert mini pada sebelah petang, menampilkan barisan kumpulan independent tempatan dan artis terkenal tanahair, antaranya, Kumpulan Angelica, Joanna & Co., Funky Girls, Dayana Idola Kecil 2 dan Shila OIAM.

Senarai Kontinjen KIDS PARADE
1. SMK Victoria, Jalan Hang Tuah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
2. Media Prima kids
3. Tabika Kemas, Petaling Jaya
4. Young Thinkers, Mutiara Damansara
5. SK Bukit Rahman Putra, Sg. Buloh, Selangor
6. SK Seri Selangor, Subang Jaya, Selangor
7. SK (J) Cina Lick Hung, Subang Jaya, Selangor
8. SK Puncak Alam, Selangor
9. SK Shah Alam, Selangor
10. SK USJ 12, Subang Jaya, Selangor
11. SK Bandar Sri Damansara 1, Selangor
12. SK Seri Bintang Utara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
13. Rumah Kasih Harmoni, Sg Buloh, Selangor
14. SK Pandan Indah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
15. SK Seafield, Subang Jaya, Selangor
16. SK Jalan 3, Bandar Baru Bangi, Selangor
17. Rumah Nur Hikmah, Kajang, Selangor
18. Kids Scuba, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor
19. SMK Tinggi Klang, Selangor
20. Motorcade (TV3 Kids, School Attack, MyTV3, K9)

kids parade tv3

kids parade tv3

kids parade tv3

kids parade tv3

kids parade tv3

kids parade tv3

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Audition Ultimate Power Star 2011

Mari Menari Singkir Pasangan Dita