in

TV3 Kids Parade & Cake Day 2011

Sempena sambutan Hari Kanak-kanak SeDunia peringkat kebangsaan, acara tahunan TV3 KIDS PARADE & CAKE DAY kembali buat kali ketiga. Bertemakan “Karisma Kanak-kanak”, TV3 KIDS PARADE & CAKE DAY menjadi platform bagi penonton dari semua lapisan umur dan masyarakat untuk beriadah sambil berhibur bersama keluarga.

kids parade tv3

Antara tarikan di TV3 KIDS PARADE & CAKE DAY tahun ini ialah perarakan kanak-kanak 1Malaysia oleh pra-sekolah, sekolah, pasukan beragam, rumah kebajikan, barisan artis yang pernah menjayakan program School Attack seperti Syazwan Zulkifli, Adam Shah, Talha Harith, Dedeq, Mimie Harris, Adi Mentor 4 dan Salma Mentor 5, ramah-mesra bersama karakter kartun seperti BoBoiBoy, Upin & Ipin, Supertots, Tamagotchi, Armor Hero, persembahan pasukan sorak, bag pipe, brass band dan persembahan artis kanak-kanak; Dayana Idola Kecil 2, Puteri & Harris Idola Kecil 3. Sharifah Sakinah, Wan Sharmila, Hairi Safwan, Saiful Nizen, Amyza Adnan, adik Izuan Fikri dan adik Mia Sara Nasuha turut hadir untuk memeriahkan aktiviti CAKE DAY seperti pertandingan menghias kek dan lelongan kek.

Tetamu kehormat acara ini ialah YB Senator Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Senator Heng Seai Kei, Timbalan Menteri, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Encik Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad.

Kepada pembaca budiey.com yang ingin turut serta, bolehlah hadir ya:

Program : TV3 KIDS PARADE & CAKE DAY
Tarikh : 22 Oktober 2011 (Sabtu)
Masa : 8.30pagi – 12.00tengahari
Tempat : Perkarangan Sri Pentas
Bandar Utama, Petaling Jaya

kids parade tv3

ITINENARY TV3 KIDS PARADE & CAKE DAY

8.30pagi Ketibaan YB Senator Heng Seai Kei,

Timbalan Menteri, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

8.45pagi Ketibaan YB Senator Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil,

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

9.00pagi Pendaftaran Pertandingan Menghias Kek

9.30pagi Nyanyian lagu ‘Negaraku’ dan lagu tema Hari Kanak-kanak

Ucapan Aluan oleh En. Ahmad Izham Omar

Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad.
Ucapan Perasmian oleh YB Senator Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil

9.45pagi Perarakan Kanak-kanak bermula (Siaran Langsung)

10.00pagi Lawatan YB Senator Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil ke gerai-gerai

Demonstrasi & Bengkel Menghias Kek

11.00pagi Pertandingan Mengkias Kek bermula

11.15pagi Ramah mesra bersama karakter kartun

11.25pagi Persembahan Kanak-kanak Pra-sekolah dan Sekolah

11.35pagi Penyampaian hadiah Perarakan Kanak-kanak

1.00tengahari Ramah mesra bersama personaliti dan artis jemputan

1.30tengahari Persembahan artis kanak-kanak – Puteri Idola Kecil 3

2.00petang Dekorasi cup cakes bersama kanak-kanak

2.20petang Persembahan artis kanak-kanak – Harris Idola Kecil 3

2.30petang Sesi Lelongan Kek

3.00petang Penyampaian Hadiah Pertandingan Mengkias Kek

Persembahan artis kanak-kanak – Dayana Idola Kecil 2

4.00petang Tamat

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Peserta MasterChef Malaysia

Malam Inspitari 2011