in ,

TV2 Tayang Filem Sweet Home Alabama

Slot Friday Nite On 2 Siar Filem Inggeris Sweet Home Alabama Lakonan Reese Witherspoon Di TV2

Peminat filem aksi romantik komedi pastinya menggemari filem menarik Sweet Home Alabama arahan Andy Tennant yang menyaksikan lakonan berkesan bintang popular Reese Witherspoon di samping Patrick Dempsey, Josh Lucas, Candice Bergen dan Mary Kay Place yang menemui penonton sekitar tahun 2002.

Mengisi slot tontonan ramai Friday Nite On 2, filem ini disiarkan pada 2 Disember 2011, jam 12.00 malam menerusi TV2 yang pastinya memberikan peluang kepada semua berhibur dengan jalan cerita yang mengetengahkan watak seorang wanita muda yang melarikan diri daripada suaminya di Alabama dan berhijrah memulakan kehidupan baru sebagai pekerja sosial di bandar New York.

Babak dalam Home Sweet Alabama

Menghidupkan watak sebagai Melanie Carmichael, lakonan Reese Witherspoon berkembang sebagai pereka fesyen yang semakin meningkat dan menempa nama di New York. Dia telah berjaya memiliki hampir semua yang dimahukan walaupun pada tempoh yang singkat.

Dia mempunyai kerjaya yang hebat dan tunang JFK di bandar New York. Tetapi dia masih ingat asal usulnya dan tidak pernah melupakan keluarganya yang kemudiannya membawanya kembali ke negeri kelahirannya itu.

Namun nasib tidak menyebelahinya kerana secara kebetulan ketika dia merancang mahu pulang ke sana, bekas suaminya seoleh dapat menghidu dirinya telah kembali. Bekas suaminya itu tetap berkeras tidak mahu menceraikannya meskipun proses penceraian telah tujuh tahun berlalu.

Situasi itu membuatkan Melanie begitu bersungguh-sungguh dan kelam-kabut dan pada masa sama dia berharap dapat menyelesaikan masalahnya itu secepat mungkin.

Namun apakah seterusnya yang terjadi apabila sekembalinya ke Alabama tempat kelahirannya. Melanie merasakan apa yang ada di sana menenangkan hatinya. Apatahlagi di sana dia bertemu semula dengan keluarga yang terpisah. Langkahnya berat untuk meninggalkan bumi Alabama.

SWEET HOME ALABAMA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selebriti Popular di Anugerah MAMA 2011

Jehan Miskin dan Nabila Huda Bercinta?