in ,

TV2 Tayang Filem HANSEL & GRETEL : WITCH HUNTERS

English Blockbuster di TV2 Tayang Filem “Hansel & Gretel : Witch Hunters” pada 31 Julai Ini. Siapa yang tidak tahu dongeng Hansel dan Gretel? Paling tidak pun kisah ini pernah diceritakan oleh ibu ayah atau guru sewaktu di tadika. Dikisahkan Hansel dan Gretel, dua beradik terperangkap di rumah tukang sihir yang terbuat dari gula-gula dan coklat. Namun mereka akhirnya dapat melarikan diri dan membunuh tukang sihir tersebut.

Pada tahun 2013 di tangan sutradara Tommy Wirkola, kisah ini difilemkan dalam genre menggabungkan aksi, fantasi, seram dan komedi dengan tajuk “Hansel & Gretel : Witch Hunters” menggandingkan pelakon Jeremy Renner, Gemma Arterton, Fanke Janssen dan Peter Stormare.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan penonton menyaksikan filem menarik ini pada 31 Julai ini, pukul 10.00 malam di TV2.

hansel and gretel

Cerita bermula pada situasi 15 tahun yang apabila dua beradik sengaja ditinggal oleh bapa serta ibu tirinya mereka di dalam hutan rimba. Malangnya mereka dua beradik yang masih kecil tidak dapat menghafal jalan untuk kembali ke rumah mereka.

Namun situasi yang jelas memberi kesan terhadap mereka ketika berdepan dengan ahli sihir keji yang cuba membunuh si abang dalam kisah ini. Mereka terserempak dengan ahli sihir itu ketika berada di sebuah rumah diperbuat daripada gula-gula dan coklat.

Kejadian semasa kecil tersebut membuatkan mereka iaitu Hansel (Jeremy Renner) dan Gretel (Gemma Arterton) trauma. Dalam diam mereka berhasrat mahu membalas dendam serta memburu seluruh ahli sihir jahat di dunia waktu mereka dewasa.

15 tahun sejak perkara itu berlaku, Hansel dan Gretel meningkat remaja dan beralih menjadi sepasang Witch Hunter serta kerap diupah untuk melenyapkan masalah ahli sihir di mana-mana sahaja tempat dalam negara.

Hinggalah satu hari keduanya dipanggil oleh Datuk Bandar Augsburg untuk menangkap serta membunuh seorang ahli sihir jahat bernama Muriel (Famke Janssen). Dia menculik anak-anak di kota tersebut serta merancang mengorbankan mereka untuk jadikan persembahan di dalam ritual Blood Moon.

Konflik semakin serius dengan kehadiran Sheriff Berringer (Peter Stormare). Siapakah sebenarnya Sheriff Berringer? Pastinya keinginan tersebut tidak semudah tugas-tugas pada mulanya. Mampukah Hansel serta Gretel melaksanakan tugasnya?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton program di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MADUKU KALUT RETURNS Teater Wajib Tonton 2015

Jom Dengar Lagu Terbaik UNIC Dalam Album UNIC GREATEST HITS