in ,

TV2 Tayang Filem Yes Boss Lakonan Shah Rukh Khan

Filem romantik komedi “Yes Boss” yang popular tahun 1997 arahan Aziz Mirza pastinya masih diingati peminat setia filem-filem Bollywood apatahlagi yang meminati gandingan Shah Rukh Khan dan Juhi Chawla.

Penuh dengan babak-babak cinta yang mewarnai perjalanan ceritanya, filem bakal menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) ini disiarkan pada 19 Februari depan; pukul 10.00 malam menerusi saluran TV2.

Filem ini turut dibintangi oleh Aditya Pancholi (Sidharth Chaudhry), Khasmira Shah (Sheela Chaudhry) dan Kulbushan Kharbanda (Kulbushan Kharbanda).

Penonton diajak menghayati perjalanan kisah berlaku di India terdapat banyak orang miskin yang ingin cepat menjadi kaya. Seorang wanita bernama Seema merupakan salah seorang daripadanya. Dia sangat cantik dan memiliki peminat fanatik bernama Sidharth. Sidharth miliki identiti seorang individu yang sangat kaya dan ingin berkahwin dengan Seema.

Begitu pun penipuan status Sindarth yang sememangnya sudah beristeri akhirnya terbongkar. Seema yang terkejut dan sedih menerima cerita itu terpaksa menerima kenyataan tentang pembohongan Sindarth. Dia kemudiannya dengan berat hati memutuskan untuk meninggalkan pemuda itu kerana tidak mahu melukakan hati isteri Sindarth.

Sementara itu Sindarth tidak putus asa. Dia cuba sedaya upaya untuk meyakinkan gadis yang dicintainya itu bahawa dia tidak mencintai isterinya dan memberikan alasan mereka berkahwin pun kerana terpaksa. Sidharth juga mengatakan bahawa dia akan segera menceraian isterinya untuk menikahi Seema.

Cerita pun beralih pada orang pemuda miskin bernama Rahul. Rahul juga merupakan peminat setia Seema. Namun sayangnya Rahul bekerja untuk Sidharth. Rahul yang masak benar dengan sifat buruk Sidharth melihat bahawa majikannya itu tidak mustahil akan mengkhianati dan memiliki hubungan cinta dengan wanita lain.

Di sisi lain, Rahul juga tahu bahwa Seema bercita-cita tinggi untuk menjadi kaya dengan segera. Rahul akhirnya menjadi bingung bagaimana cara meyakinkan Seema tentang Sidharth. Pada masa sama Rahul juga bimbang sekiranya dia membuka rahsia Sindarth dia akan dibuang kerja dan hidup melarat. Rahul pun takut akan tetap menjadi orang miskin selamanya jika Sidharth mengetahui bahawa Rahul berniat menghalangi niatnya untuk mendapatkan Seema. Saksikan kesudahan filem menarik ini hanya di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Dato Siti Nurhaliza Live in KLCC Malam Ini & Esok

Sambutan Luar Biasa Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun di Penang