in

TV2 Siar Telemovie Khas Hari Wanita Antarabangsa

Telemovie Khas Hari Wanita Antarabangsa : Walit Walid Terbitan RTM di TV2

Di sebalik kejayaan seseorang lelaki itu pasti ada seorang wanita di belakangnya. Begitu besar erti hadirnya seorang wanita dalam kejayaan seorang lelaki itu. Keindahan dan kecantikan seseorang wanita itu terletak pada sejauh mana dia dapat menjaga maruahnya manakala kebijaksanaan wanita pula terletak pada hatinya.

Khas meraikan Hari Wanita Antarabangsa yang di sambut 8 Mac saban tahun dan menyatakan penghargaan kepada golongan di muliakan ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan drama bertajuk “Walit Walid” pada 12 Mac 2013, jam 10.00 malam mengisi slot Citra di TV2.

Walit Walid

Drama diterbitkan Unit Drama TV RTM yang menampilkan pelakon Erry Putra, Sharifah Anis Syed Zainal Al Idrus, Aznah Hamid, Mas Muharni, Livonia dan Adam Shah ini berkongsi kisah mengenai rahsia kejayaan usahawan wanita, terutama yang melibatkan perhubungan dengan suami yang banyak menyumbang kejayaan dalam karier mereka.

Menjalani pengembaraan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Merbok Sungai Petani, Kedah, ianya mengangkat perjalanan watak Natasha yang bercita-cita tinggi sejak di bangku sekolah lagi sehingga setelah berkahwin dengan Walid, lelaki yang banyak menyokongnya sejak zaman persekolahan lagi sehingga berjaya membina kerjaya sendiri.

Sebelum berkahwin dengan Walid, perkahwinan mereka ditentang oleh Mak Salma, ibu kepada Walid. Ini kerana Mak Salma berasakan Natasha lebih bijak berbanding dengan anaknya. Akhirnya Natasha dan Walid berkahwin dan Natasha berharap dapat bekerja sendiri berbanding bekerja di pejabat milik suaminya. Walid menghadiahkan Natasha sebuah rumah burung Walit. Dia mahu melihat kejayaan isterinya perniagaan yang semakin diterima ramai itu.

Tanpa diduga, ketika Natasha sedang sibuk dengan perniagaan yang baru dibina, Mak Salma jatuh sakit dan Diana yang merupakan adik kepada Walid telah menuduh Natasha tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang menantu. Ekoran itu, Natasha hampir berputus asa kerana sedih dengan tuduhan yang dilakukan oleh Diana tetapi Walid tetap menyokong isterinya itu meneruskan perniagaan Walit.

Natasha hampir patah semangat apabila suaminya mengalami kemalangan jalan raya dan mengakibatkan Walid lumpuh. Walid juga telah merahsiakan penyakitnya yang mengalami barah otak tahap ke empat daripada Natasha kerana tidak mahu menggangu kerjaya Natasha yang kian berkembang. Walid hanya berehat di rumah tetapi Natasha masih mendapat sokongan daripada suaminya itu selepas keputusan Natasha untuk berhenti dari menguruskan perniagaannya ditentang oleh suaminya.

Dugaannya datang apabila adik iparnya menggaji seorang pembantu rumah untuk menguruskan hal-hal rumah dan Walid yang tidak boleh berjalan tetapi pembantu itu cuba merosakkan rumah tangganya. Apabila Diana mengetahui akan semua tipu muslihat pembantu rumahnya itu, Diana meminta maaf kepada Natasha kerana menggaji pembantu rumah tanpa kebenaran Natasha. Diana turut memberitahu rahsia penyakit Walid ketika Walid dimasukkan ke hospital.

Dengan segala dugaan dan cabaran untuk berjaya dalam perniagaan sendiri, akhirnya Natasha di anugerahkan Usahawanita Cemerlang di peringkat Kebangsaan. Segala dugaan dan cabaran yang dihadapi oleh Natasha mampu memberi inspirasi kepada masyarakat untuk turut berjaya.

watak suami isteri dalam Walit Walid

Walit Walid

Walit WALID
“Jika di sebalik kejayaan seorang lelaki, pasti ada seorang wanita,
Apakah di sebalik kejayaan wanita juga ada seorang lelaki yang sentiasa menyokong?”

TX : 12 Mac 2013 / Selasa
Chanel : TV2
Masa : 10.00 malam
Slot : Slot Citra

Penerbit Eksekutif : En.Ibrahim Hj Ismail
Penerbit Penyelaras : En.Kamaruddin Ambak
Penerbit : Cik Nurfadilla Kamal Shah
Penulis Skrip : Tommy Ct Loh
TARIKH PENGGAMBARAN : 2-13 Februari 2013
LATAR LOKASI PENGGAMBARAN

Sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Sekitar rumah penternakan/ sarang burung walit buatan yang bersesuaian, di Merbok, Sungai Petani, Kedah.

SINOPSIS
Natasha seorang yang bercita-cita tinggi untuk pencapaian diri sendiri sejak di bangku sekolah sehingga setelah berkahwin dengan Walid, lelaki yang banyak menyokongnya dari sekolah menengah sehingga berjaya membina kerjaya sendiri. Sebelum berkahwin dengan Walid, Mak Salma tidak setuju dengan keputusan anaknya untuk berkahwin dengan Natasha yang dirasakan lebih bijak berbanding anaknya. Akhirnya Natasha dan Walid berkahwin dan Natasha mendambakan pekerjaan sendiri daripada bekerja di pejabat suaminya sendiri.Akhirnya Walid menghadiahkan Natasha sebuah rumah burung Walit.

Walid sendiri mahu melihat kejayaan isterinya menjalankan perniagaan itu. Ketika sibuk dengan pernigaan baru yang dibina Natasha, Mak Salma jatuh sakit dan Diana menuduh Natasha tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang menantu. Natasha hampir berputus asa kerana sedih dengan tuduhan yang dilakukan oleh adik iparnya itu tetapi Walid menyokongnya meneruskan perniagaan itu.Kerjaya yang baru dibina itu hampir mematahkan semangat Natasha selepas suaminya kemalangan jalanraya , tidak boleh berjalan dan Walid merahsiakan penyakitnya yang mengalami barah otak tahap ke empat daripada Natasha kerana tidak mahu mengganggu kerjaya Natasha yang kini makin berkembang.

Walid hanya duduk dirumah tetapi Natasha masih mendapat sokongan daripada suaminya itu selepas keputusan Natasha untuk berhenti dari menguruskan perniagaannya ditentang oleh suaminya. Dugaannya datang lagi bila adik iparnya Diana menggaji seorang pembantu rumah untuk menguruskan hal-hal rumah dan Walid yang tidak boleh berjalan tetapi pembantu rumah itu cuba merosakkan rumahtangganya. Diana meminta maaf kerana menggaji pembantu rumah tanpa kebenaran Natasha dan kini telah mengetahui semua tipu muslihat pembantu rumahnya itu dan Diana juga memberitahu rahsia penyakit Walid ketika Walid dimasukkan ke hospital. Dengan segala dugaan dan cabaran untuk berjaya dalam perniagaan sendiri, Akhirnya Natasha di anugerahkan Usahawanita Cemerlang di peringkat Kebangsaan.

PELAKON

ERY PUTRA sbg WALID
SHARIFAH ANIS SYED ZAINAL AL IDRUS sbg NATASHA
AZNAH HAMID sbg MAK SALMA
MAS MUHARNI sbg DIANA
LIVONIA sbg NINA
ADAM SHAH sbg EFFENDI

LOGLINE

Di sebalik kejayaan Natasha sebagai usahawan sarang burung walit, terselit seribu satu kisah penuh pengajaran dan berinspirasi, terutama yang melibatkan perhubungan dengan suami tercintanya, Walid.

MESEJ & OBJEKTIF PENERBITAN

Masyarakat kita pada hari ini dambakan kejayaan ‘serta-merta’ dan lebih suka mencemburui kejayaan lain, tanpa melihat usaha dan pengorbanan yang harus dilalui seseorang yang telah berjaya dalam bidangnya. Justeru, objektif penerbitan telefilem ‘Walit Walid’ ini cuba menyampaikan mesej ini dengan memberikan penekanan yang sama di samping menyediakan hiburan penuh berpengajaran :

• Kejayaan seseorang bukan hanya bergantung kepada kebolehan diri sendiri, tetapi sistem sokongan daripada orang tercinta, terutamanya ahli keluarga.

• Kejayaan tidak datang bergolek, tetapi setiap langkah menuju ke arah kejayaan yang lebih besar, pasti ada cabaran besar yang menanti.

• Kejayaan seseorang tidak seharusnya dicemburui. Sebaliknya, kejayaan setiap individu, pasti ada pengalaman penuh berinspirasi yang boleh kita teladani bersama.

• Kejayaan perniagaan, penternakan, dan pembinaan sarang (buatan) burung walit memberikan satu latar belakang yang realistik dan unik untuk Malaysia, di konteks antarabangsa.

• Dengan menyelitkan penternakan sarang burung walit ini, kita berharap, ia akan mampu menimbulkan minat, sekaligus memberikan semangat kepada para penonton untuk terlibat secara langsung dalam bidang ini yang memberikan pulangan yang lumayan, serta mendapat sokongan penuh agensi kerajaan.

KREW PRODUKSI
WALIT WALID

PENERBIT EKSEKUTIF
Ibrahim Hj Ismail

PENERBIT PENYELARAS
Kamaruddin Ambak

PENERBIT
Nurfadilla Kamal Shah

PENGURUS PRODUKSI
Sobri Mansor

DOP
Aslah Assuan

PENOLONG PENERBIT/ PEMBANTU SKRIP
Siti Norazleen Abd Razak

PEREKA SET
Nae’mah Hassan

JURUFOTO
Huzairi

JURUMEKAP
Ismawardi

JURUPAKAIAN
Chot

JURUKAMERA
Mohd Adzam Jamaluddin

PEMBANTU JURUKAMERA
Khairi Ismail

JURUAUDIO
Muhammad Hassan Arsad

PEMBANTU JURU AUDIO
Karthigeshan Marithai Muthu
Asrull Aidri Md Deris
Suzaimi Sukiman

erry putra ... lakon watak utama dalam Walit Walid

babak dalam Walit Walid

antara babak dalam Walit Walid

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Acara Mencari Harta Karun LEGOLAND Malaysia Pertama di Asia

Drama Bersiri Geng Bas Sekolah Lakonan Mia Sara Nasuha