in

TV2 Siar Siri Penyiasatan Inggeris The Following

Penggemar siri penyiasatan Inggeris usah ketinggalan untuk menyaksikan antara ejen-ejen FBI terbaik ini beraksi dalam slot drama Inggeris yang bakal menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM). Menjanjikan plot kisah penyiasatan terbaik, siri bertajuk “The Following” ini bakal menemui penonton mulai 19 Mac depan, setiap Rabu, pukul 12.30 tengah malam di TV2.

Dibintangi oleh Kevin Bacon sebagai ejen FBI bersara, Ryan Hardy dipanggil untuk berurusan dengan pembunuh bersiri dikenali sebagai Joe Carroll lakonan James Purefoy yang telah ditangkap sembilan tahun lalu.

1682265-inline-inline-1-new-tv-shows-cult-the-following-fueled-by-anti-social-media

Walaupun Carroll terperangkap di dalam penjara, dia telah menghabiskan sembilan tahun yang lalu menggunakan internet untuk ‘merekrut’ tentera pembunuh seperti yang difikirkannya. Begitu pun hasrat dan impian untuk menjalankan seperti yang dicitakan itu tidak semudah yang disangka kerana dia perlu berdepan dengan satu-satunya halangan iaitu Ryan.

[pullquote]Siri thriller psikologi yang diarahkan oleh Kevin Williamson ini bermula dengan watak utamanya Kevin Bacon bintang sebagai bekas ejen FBI Ryan Hardy, yang dibawa keluar dari persaraan apabila pembunuh bersiri terkenal Joe Carroll (James Purefoy), yang sebelum ini telah ditangkap oleh Hardy berjaya meloloskan diri daripada kawalan.[/pullquote]

Hardy tidak lama kemudian mendapati bahawa Carroll yang sangat berkarisma telah berjaya mengumpul pengikutnya iaitu sekumpulan individu yang telah berjaya dipengaruhi menerusi laman internet ketika dia berada di dalam penjara.

Apabila anak Carroll Joey (Kyle Catlett) dilarikan oleh pengikut bapanya, FBI mendapati bahawa ia adalah langkah pertama dalam pelan yang lebih luas untuk Carroll untuk melarikan diri daripada tahanan, menghina dan akhirnya membunuh Hardy dan menyatukan kembali Carroll dengan bekas isterinya Claire (Natalie Zea).

Luangkan masa mengikuti 15 episod siasatan demi siasatan penuh mendebarkan lakonan pelakon hebat ini hanya di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pengunjung Protes Pembatalan Future Music Festival Asia 2014?

Judika Teruja Mahu Penonton Puas di Konsert Judika Mencari Cinta