in ,

TV2 Siar Filem Gnomeo And Juliet & The Tale Of Despereaux

Khas mengisi cuti penggal persekolahan ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengambil kesempatan mengajak penonton setia saluran TV2 berhibur dengan dua filem animasi Inggeris yang menonjolkan plot kisah menarik penuh warna-warni.

Luangkan masa menonton filem animasi berjudul “Gnomeo and Juliet” (11 November ini, pukul 10.00 pagi) menggunakan suara James McAvoy, Emily Blunt, Jason Statham, Ozzy Osbourne, Michael Caine, Patrick Stewart, Matt Lucas, Stephen Merchant, Jim Cummings, Seth Green dan Seth MacFarlane ini menghidupkan kembali kisah klasik “Romeo and Juliet”, tetapi dengan gaya dan cerita yang berbeza, sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

Holiday Special, Filem Animasi “Gnomeo And Juliet” dan “The Tale Of Despereaux” Di TV2

Filem ini bercerita tentang patung-patung orang kerdil yang menghiasi taman. Patung-patung kerdil yang menghiasi taman itu pada mulanya hanyalah patung biasa namun ketika penghuni keluar dari rumah, bermulalah kehidupan mereka yang boleh berkomunikasi dan juga melakukan aktiviti seperti manusia biasa.

Ketika pemilik rumah tiada makan bermulalah masa untuk mereka berpesta sesama mereka. Situasinya sama seperti golongan muda yang berpesta, begitu juga dengan mereka. Mereka juga menimbulkan kekacauan ketika sedang berpesta. Situasi rumah yang bersepah tidak seperti keadaan yang asal sewaktu mereka menimbulkan rumah mula menimbulkan tanda tanya di kalangan manusia yang juga tuan rumah.

Di tengah kekacauan yang berlaku, dua mahkluk tersebut saling jatuh cinta. Gnomeo (James McAvoy) sangat mencintai Juliet (Emily Blunt) dan begitu juga sebaliknya. Sayang Gnomeo dan Juliet berasal dari dua keluarga yang berbeza. Bukan hanya berbeza, mereka sebenarnya berasal dari dua keluarga yang saling bermusuhan. Cinta mereka tak disetujui dan hubungan mereka punya potensi menimbulkan pergaduhan di antara dua keluarga orang kerdil ini. Namun pasangan tersebut gigih mempertahankan cinta mereka.

Diikuti esoknya filem menarik “The Tale Of Despereaux” (12 November ini, pukul 10.00 pagi) mengisahkan perjuangan seekor tikus pemberani, Despereaux yang melakukan kesalahan dengan masuk ke dunia manusia dan berbicara dengan seorang puteri kerajaan, Princess Pea. Akibat perbuatan Despereaux ini, dia dihukum dengan diasingkan dari Mouseworld ke Ratworld.

Di Ratworld dia berkawan dengan seekor tikus iaitu Roscuro. Misi Despereaux bagi menyampaikan permintaan maaf Roscuro kepada Princess Pea. Masalah menjadi rumit kerana ternyata puteri raja ini tidak boleh memaafkannya membuatkan Roscuro berdendam dengan puteri dan menculiknya ke Ratworld.

Filem ini meminjam suara Matthew Broderick, Dustin Hoffman, Emma Watson, Tracey Ullman, Kevin Kline, William H. Macy, Stanley Tucci, Ciaran Hinds, dan Sigourney Weaver.

Usah ketinggalan berhibur dengan dua filem animasi mencuti hati ini hanya di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Muzik Video Justin Bieber SORRY Trending di Youtube Malaysia

Apa Ada Pada Malam Mesra MACP 2015