in ,

TV2 Siar Drama Bersiri Korea HER LEGEND

Menceritakan dua orang wanita yang mempunyai takdir yang berbeza dan seorang pemuda yang mempunyai segalanya, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengajak peminat setia siri Korea menyaksikan drama bersiri Korea bertajuk “Her Legend”.

Telah pun bersiaran mulai 29 April lalu, setiap Isnin dan Selasa, pukul 5.00 petang di TV2, siri mengisi slot Kristal ini dibintangi oleh Choi Jung Won memegang watak sebagai Eun Jung Soo, seorang pereka tas tangan. Ketika berumur 7 tahun dia kehilangan ibunya yang meninggal dunia kerana sakit. Situasi itu memaksa dia tinggal bersama pak cik saudaranya, Eun Ki Jung, pembuat tas tangan. Namun kesempitan wang memaksa Jung Soo berdikari sendiri kerana keluarga pak ciknya juga hidup susah di samping menyara dua anak sendiri.

Siri 30 episod ini turut memperkenalkan pelakon Kim Jeong Hoon sebagai Do Jin Hoo, anak orang kaya, pewaris tunggal Shinwa Group.

drama korea Her Legend

Pada masa sama muncul Eun Kyung Hee lakonan Son Eun Seo, sepupu Jung Soo, gadis yang sangat pintar dan banyak mengumpul sijil penghargaan ketika dia bersekolah. Namun kemiskinan orang tuanya membuatkan cita-citanya melanjutkan pengajian ke luar negeri terganggu. Dia begitu marah dengan situasi tersebut dan masa sama cemburu kepada Jung Soo yang bertuah dijadikan anak angkat oleh keluarga kaya raya yang melayan Jung Soo seperti anaknya sendiri.

Plot kisahnya turut dibantu dengan watak Park Yoon Jae sebagai Kang Min Gi, ketua reka bentuk di Shinwa Group. Hakikatnya dia pernah menjalinkan hubungan rapat dengan Eun Kyung pada masa lalu.

Bebanan hutang memaksa Eun Ki Jung mahu menjual Jung Soo kepada pemiutang. Namun dalam perjalanan Jung Soo sempat melarikan diri dan tanpa diduga dia bertemu dengan Woo Do Young. Sewaktu ia berniat membawa Jung Soo ke rumah dan menjadikannya anak angkat, dia mengalami kecelakaan dan menderita kematian otak. Melihat keadaan suaminya, Kim Jong Wook berniat membawanya tinggal di Amerika.

Sementara itu pembantu rumah keluarga itu mulai bimbang kerana pastinya mereka bertanggungjawab menjaga Jung Soo sepanjang ketiadaan majikannya yang ke Amerika. Begitupun Kim Jong Wook tidak mengabaikan tanggungjawabnya terhadap Jung Soo. Dia mengirimkan wang bulanan untuk Jung Soo melalui pembantunya itu. Tetapi sebaliknya pembantu rumahnya itu menyalahgunakan wang tersebut untuk perluan anaknya sendiri.

8 tahun berlalu setelah kecelakaan Woo Do Young terbangun dari koma tapi ia menderita amnesia dan meminta agar Jung Soo dihantar ke Amerika agar dia dapat mengingat masa lalunya.

Pembantu dan pak cik Jung Soo sepakat mengirim anak mereka sendiri ke Amerika untuk menyamar menjadi Jung Soo. Mereka beranggapan lapan tahun sudah berlalu pasti tidak akan ada yang mengenali Jung Soo sebenar apatahlagi Woo Do Young mengalami amnesia. Akhirnya dengan berat hati pak cik Jung Soo mempersetujui rancangan isterinya itu.

Ketika itu juga Jung Soo sudah menjadi pereka tas tangan yang menjual hasilnya dijalanan. Sedangkan Eun Kyung Hee juga telah kembali ke Korea karena ayah dari ibu angkatnya sakit. Kyung Hee merubah namanya menjadi Kim Seo Hyun kerana sudah dijadikan anak angkat oleh keluarga Do Young. Takdir mempertemukan mereka di Shinwa Group yang saat itu sedang mencari pereka tas tangan yang berbakat.

Bagaimana kisah mereka selanjutnya? Apakah nanti Jung Soo dapat mengenali Kyung Hee, lalu bagaimana kisah Do Jin yang jatuh cinta pada Jung Soo?

antara babak

babak romantik

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Album Baru Wali Band Berkonsep Dangdut Koplo

Filem dan Telemovie Raikan Hari Ibu di RTM