in

TV AlHijrah Umum 10 Peserta Program Realiti Solehah

PERSAINGAN 10 PESERTA KINI BERMULA
SOLEHAH BAKAL MENEMUI PENONTON MULAI 23HB SEPTEMBER 2011

Mengambil kira akan kekurangan penerbitan program realiti televisyen berkonsepkan Islam dan berkisar tentang wanita, TV Alhijrah tampil dengan SOLEHAH, di mana kewujudannya dijangka mampu menjadi program pendidikan Islam tidak formal yang mengiktiraf peranan dan sumbangan wanita terhadap agama, bangsa dan negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (B) berkata, “SOLEHAH merupakan sebuah program realiti televisyen yang berhasrat untuk melahirkan barisan muslimah yang mempunyai ciri-ciri dan sifat seorang muslimah solehah dan mampu menggalas tanggungjawab sebagai “role model” kepada wanita masa kini.”

Sesi ujibakat yang berlangsung selama 3 bulan bermula dari Kuala lumpur, Kedah, Terengganu, Pahang, Johor, Sabah dan berakhir di Sarawak membabitkan penyertaan Lebih 600 orang peserta dengan pelbagai latarbelakang telah menghadiri ujibakat yang diadakan. Mereka kebanyakannya graduan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia termasuk Universiti Islam Jambi Indonesia di dalam pengkhususan seperti Bioteknologi, Sarjana Muda Syariah, Sarjana Muda Komunikasi, Ijazah Sarjana Undang-Undang Sivil dan Syariah dan juga Kejuruteraan Elektronik. Tidak kurang juga yang sudah bekerjaya seperti Guru Bahasa Arab, Pegawai Operasi dan lain-lain.

Solehah

Namun begitu, hanya 10 orang peserta sahaja yang diperlukan bagi meneruskan pembelajaran di dalam madrasah SOLEHAH. 10 wanita yang dipilih sebagai peserta akhir ini merupakan antara mereka yang terbaik , mampu dan berupaya menyampaikan dakwah secara lisan atau tulisan dan mempunyai daya ketahanan fizikal dan mental yang kuat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri di dalam ucapannya menegaskan bahawa ,

Atas dasar tersebut, SOLEHAH mengambil pendekatan berbeza di dalam menampilkan keunikkannya. Kesemua 10 peserta Madrasah SOLEHAH akan dikekalkan hingga ke akhir episod siaran. Tiada penyingkiran akan dilakukan sebagaimana yang lazimnya dipraktiskan oleh mana-mana program berbentuk realiti. “Kesemua peserta akan melalui sesi pembelajaran dan akan keluar serentak sebagai barisan muslimah yang baru diiktiraf”. tegas Dato’ Seri Jamil Khir.

Solehah

Untuk mencapai matlamat melahirkan wanita yang bukan sahaja berintegriti dan berpengetahuan luas di dalam perihal agama, format penyiaran program realiti sulung TV AlHijrah ini akan dibahagikan kepada dua penerbitan utama iaitu Penerbitan Lokasi dan Penerbitan Secara langsung. Penerbitan lokasi membabitkan kapsul diari Madrasah Solehah dan Tugasan Solehah . Kedua-dua penerbitan ini sudah dirangka dan disusun secara sistematik bagi menguji keperibadian dan kemahiran mereka sebagai individu dan dalam perkumpulan.
SOLEHAH akan bersiaran secara langsung selama 13 episod mulai 23hb September 2011 di Dewan Muktamar , Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur. Bagi mengikuti perkembangan terkini peserta SOLEHAH, TV AlHijrah akan menyiarkan kapsul harian selama 2 minit khas untuk penonton setia TV AlHijrah.

Menyentuh perihal juri dan musyrifah yang akan bertanggungjawab mendidik dan mengadili kesemua peserta sepanjang program ini, beliau berkata , “seramai 4 orang musyrifah (tenaga pengajar) telah dipilih khas untuk membimbing mereka. Mereka terdiri daripada Ustazah Norsalehah Bte Mohd Saleh ( Pensyarah di Jabatan Dakwah dan Pengurusan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor), Ustazah Norhafizah Bte. Musa ( Pensyarah Pengajian Islam Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur) Ustazah Suriani Bte. Sudi ( Pensyarah di Jabatan Al-Quran & Sunnah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor) Puan Hajah Haslina Bte. Mohd Ali ( Pengarah Pemasaran & Korporat Sri Munawwarah Design )”.

Solehah

Sementara itu, barisan juri yang akan mengadili, menilai serta memberi pemarkahan kepada peserta terdiri dari 3 tokoh akedemik terkenal iaitu Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati Binti Syed Ismail (Pensyarah di Akedemi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Mariani Binti Md Nor (Pensyarah di Fakulti Pendidikan Psikologi dan Kaunseling Universiti Malaya), Puan Isfadiah Bt Mohd Dasuki (Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa).

Tidak ketinggalan, 4 Rakan Penerbitan SOLEHAH yang turut sama memainkan peranan bagi menjayakan penerbitan SOLEHAH.
1. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang menyediakan dewan siaran langsung,
2. IKIM.fm sebagai Radio rasmi,
3. INTEKMA Resort & Convention Centre yang menyediakan tempat penginapan peserta SOLEHAH serta
4. T JETS Sdn Bhd yang menyediakan pengangkutan untuk tugasan peserta

Lain-lain rakan penerbitan adalah:-
1. Sri Munawarrah Design – grooming dan busana
2. Bobbi Brown –Tajaan tatarias dan
3. Tajiri Spa – Tajaan kecantikkan

Solehah

Solehah

Solehah

Solehah

Solehah

Solehah

Solehah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Good Wife, Downton Abbey & Hot in Cleveland Win 8 Emmy Awards

Lisdawati, Almy Nadia & Yatt Hamzah Dalam Telemovie 3 Mawar Dara