in

Traxx FM Muncul Dengan Slot Menarik Tahun 2011

TRAXXFM MUNCUL DENGAN SLOT-SLOT MENARIK SEPANJANG TAHUN 2011

Permulaan Januari 2011 bakal menyaksikan satu-satunya radio berbahasa Inggeris Radio Televisyen Malaysia (RTM), Traxx FM yang dinobatkan sebagai Penerbitan Radio Terbaik menerusi Anugerah Media Terbaik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang berlangsung November lalu muncul dengan slot menarik untuk diikuti oleh pendengar setianya.

Popular dengan tagline Travel n Music, lima program tersebut termasuklah The Morning Zoo setiap Isnin-Jumaat, 6.00 – 9.00 pagi yang menampilkan dua orang DJ iaitu ’Gary, the Scamboy’ dan ’ 1 Singh’.

Segmen dipenuhi dengan gelagat dan celoteh menarik serta kelakar kedua-dua DJ di samping mengajak pendengar berfikir secara santai. Persembahan yang mantap dan meninggalkan kesan dengan pilihan lagu yang popular dan maklumat berguna yang diisi dengan pengajaran menyentuh pelbagai aspek kehidupan; kisah binatang, cerita menarik dan dijadikan teladan dalam dan luar negara, temu ramah dengan orang ramai, interaktif dengan pendengar.

Manakala menerusi slot Traffic setiap Isnin – Jumaat, 4.00 petang – 8 malam pula mengetengahkan dua DJ, iaitu ’ Double D’ dan ’Roundhead’. Segmen ini dipenuhi dengan cerita menarik artis dan personaliti serta perkembangan dalam dunia hiburan, berita yang menarik dan pelik untuk dikongsi bersama pendengar. Turut disentuh ialah laporan trafik jalan raya dan setiap hari Jumaat, pukul 6 hingga 7 malam, tetamu istimewa akan memberi panduan penjagaan kenderaan.

Sesi ini amat popular kerana telatah tetamu istimewa yang dinamakan ”Che Mat”. Segmen memberi banyak informasi dan kuiz untuk tiket tonton filem terbaharu, pertunjukan artis luar negara dan juga album penyanyi.

Menyusul slot Stylus (setiap Sabtu & Ahad, 6 hingga 9 pagi dipenuhi dengan pengisian lagu-lagu bakal menyentuh jiwa dan mengimbau memori dari tahun 1960an – 1970an. Lagu-lagu nyanyian The Beatles, Julio Iglesias, ABBA, Bette Davis, Nat King Cole, Elvis Presley dan Cliff Richard antara artis yang bakal dipilih menghiburkan pendengar. Turut diselitkan lagu-lagu instrumental dari filem seperti ‘Gone with the wind’ dan “Hawaii Five 0’ sebagai pengisian slot instrumental dari pukul 7.30 – 7.45 pagi.

Peminat lagu-lagu rock pula usah ketinggalan mengikuti program Rock It yang ke udara setiap Ahad, 11 malam hingga 2 pagi yang mengetengahkan lagu-lagu rock dari zaman 70an hingga terkini. Pendengar pastinya teruja untuk menikmati lagu-lagu yang pernah menjadi ’hits’ dalam genre rock. Segmen ini turut dipenuhi dengan maklumat perkembangan dunia hiburan.

Malam minggu pula pendengar diajak berhibur menersui slot Alternation (Sabtu, 11mlm – 2 pagi dengan mengenengahkan lagu-lagu daripada kumpulan indie. Sesi temu ramah diadakan dengan kumpulan dipilih. Menariknya slot ini turut diisi dengan maklumat terkini perkembangan dunia hiburan Indie tempatan.

Kepada pendengar setia TRAXX fm pastikan anda terus setia mengikuti frekuensi 90.3 / 100.1 Mhz di sekitar lembah Klang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Perubahan Jadual Siaran TV1 Mulai 1 Januari 2011

Program Menarik di MinnalFM, AsyikFM & AlFM 2011