in , ,

Jangan Lupa Ikuti Travelogue Budiey di Jom Santai Bersama Amaris di Pulau Redang

Tak sabar pulak rasanya untuk bercuti di Pulau Redang bersama Amaris! You gais, jangan lupa ikuti perjalanan kami di sana ya!

Esok, 8 Oktober 2015… Budiey dan Cyrill Hassan akan ke Pulau Redang bersama selebriti Amaris Amran Ismail untuk buat liputan program JOM SANTAI BERSAMA AMARIS & SAVE THE TURTLES. Pastinya, esok juga adalah tarikh yang ditunggu oleh peminat Amaris yang dah tak sabar untuk melancong makan angin bersama selebriti kesayangan mereka.

Travelogue BudieyBuddies di Jom Santai Bersama Amaris

Program ini disertai oleh peminat setia Amaris Fans Club dari Malaysia, Brunei dan Singapura. Dengar khabar, ramai peminat yang berminat untuk join program ini. Amaris berharap agar program ini akan berjalan lancar di mana perjalanan bas kami akan bermula dari Masjid Wilayah Persekutuan pada jam 9 malam. Keesokan paginya, kami akan sampai di Pulau Redang dan kami akan bermalam di Laguna Beach Resort.

Tidak ramai selebriti yang pergi makan angin ke pulau dengan peminat yang menetap matlamat untuk menyelamatkan penyu.

Menurut Amaris, program ini sikit sebanyak memberi kesedaran kepada orang ramai tentang spesies penyu yang semakin pupus dan terancam. Selain dapat berkongsi masa dan ruang bersama peminat untuk menghirup udara yang lebih segar.

Amaris akui dia memang suka dengan haiwan dari kecil lagi di mana beliau suka membela kura-kura. Sekarang ni, apabila beliau membaca sikit sebanyak mengetahui dengan kepupusan yang melanda spesies penyu, membuatkan Amaris sedar betapa pentingnya kita memelihara spesies ini agar tidak terus pupus sebelum waktunya. Kita perlu ada rasa kesedaran dan rasa kasihan dan kita perlu buat sesuatu untuk melindungi spesies ini.

Selain aktiviti bersama peminat, Amaris juga akan melepaskan anak penyu ke laut bersama peminat. Yang penting, Budiey kira, program seperti ini memang menyeronokkan dan rata-rata peminat akan lebih enjoy.

Budiey.com ingin berterima kasih kepada Amaris dan team kerana sudi menjemput Budiey dan Cyrill Hassan untuk bersama mengikuti trip ini. Semoga segalanya berjalan dengan lancar. Jumpa esok ya!

Travelogue BudieyBuddies di Jom Santai Bersama Amaris

Travelogue BudieyBuddies di Jom Santai Bersama Amaris

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ada Sebab VAPEFEST 2015 Diadakan

Telemovie Najwa Najiha & Munajat Terhenti Sempena Maal Hijrah