in ,

Travel Review Sheraton Pattaya Resort

Tersergam indah di atas bukit di tepi pantai yang tenang dan tidak berapa jauh dari pusat kota Pattaya di Thailand, tersembunyi sebuah tempat yang sesuai buat bergembira dan menenangkan fikiran. Sheraton Pattaya Resort tersenarai sebagai salah satu hotel yang paling popular dan berprestij di kawasan ini. Dengan kedudukannya di kawasan pantai Pattaya, ia menepati ajnas citarasa para pengunjung.

Dilengkapi 156 bilik-bilik indah, hotel ini dilengkapi dengan tiga kolam renang yang besar serta dua restoran, dan sebuah lounge, Sheraton Pattaya Resort memenuhi kehendak setiap pengunjungnya yang ingin berehat di tepi pantai sambil menikmati kemewahan hidup yang lain. Bilik-biliknya yang berkonsepkan modern chic setanding dengan hotel-hotel ternama sekitar Malaysia.

Deluxe Pavilion Ocean Front

Mempertaruhkan Infiniti Restaurant sebagai restoran popular mereka yang menyajikan masakan tempatan dan antarabangsa untuk tamu menikmati pemandangan pantai dan matahari terbenam, ia juga mempunyai Elements Restaurant untuk sajian sepanjang hari serta Latitude Lounge untuk bersantai. Tidak hairanlah sekiranya ada pengunjung yang sanggup datang dari Bangkok dann tempat-tempat lain di Thailand semata-mata untuk menjamu selera mereka di sini.

Apatah lagi dengan pemandangan indah di tepi pantai yang lebih peribadi dan tersendiri khas buat tamu hotel, ia merupakan destinasi paling tepat buat mereka yang berkeluarga ataupun yang ingin berdua. Hotel ini mempunyai beberapa jenis penginapan iatu bilik-bilik dengan pemandangan lautan dan taman, bilik-bilik berhadapan kolam renang dan juga dua buah vila khas mewah iaitu Baan Sai Nam dan Baan Sai Chol.

Dengan kawasan yang strategik dan agak ‘tersembunyi’ dari dunia luar yang lebih bising serta sibuk dengan hingar-bingar kota, Sheraton Pattaya Resort juga sesuai buat mereka yang ingin mengadakan acara-acara serta majlis-majlis tertentu. Ini termasuklah mesyuarat-mesyuarat penting, seminar-seminar khas, majlis perkahwinan, sesi latihan korporat dan macam-macam lagi. Tersedia juga perkhidmatan pengangkutan percuma (shuttle bus) dari hotel ke pusat membeli-belah Central Festival Pattaya Beach shopping complex sebanyak 6 kali untuk para tamu hotel!

Pendek kata, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti di sini. Selain itu anda juga boleh memanjakan diri di Amburaya Spa dengan sentuhan para ahli terapi asli Thailand.
Jadi jika anda ingin pergi merehatkan minda serta bercuti dan tidak mahu pergi terlalu jauh di luar Asia Tenggara, singgahlah ke Sheraton Pattaya Resort. Penerbangannya sebentar sahaja dan anda tidak perlu bersusah-payah meredahi hutan belantara ataupun kesesakan lalu-lintas yang menggusarkan!

Ketenangan bayu pantai di Sheraton Pattaya Resort
oleh Shah Shamshiri


Beach Area Theme Party

Spirituality  Pool

Infiniti Restaurant

Latitude

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menang Pass Ke Showcase DeMeises

Review Travel KIES VILLAS di Lombok