in ,

Trailer Youtube Film Naraka 19 Ulasan Filem Naraka 19

Baru-baru ini bertempat di Cathay Cineleisure Damansara telah diadakan preview filem “Psycho Thriller” terbaru dari Hong Kong bertajuk Naraka 19. Filem yang diarahkan oleh seorang pengarah muda, Carol Lai, ini mengisahkan empat orang pelajar dari sebuah universiti yang tinggal sebilik. Cerita ini bergerak dari kisah Eva, yang asyik dengan telefon bimbitnya dan pada satu hari, dia telah meminta bantuan rakan baiknya Rain (Gillian Chung) untuk mengambil gambar di sebuah bangunan berhantu. Selepas itu, Eva, telah menamatkan riwayat hidupnya dalam keadaan yang mengerikan. Rain yang akrab dengan Eva telah mengalami trauma selepas itu sehinggakan dia terpaksa menerima rawatan psikologi dari Dr Yan.

Kejadian demi kejadian yang menakutkan telah berlaku. Kesemuanya akibat dari permainan video dalam telefon bimbit yang dinamakan “Naraka 19′. Selepas kematian Eva, kedua-dua rakan sebilik Rain, menerima nasib yang sama. Mandy dan Violet juga terlalu asyik dengan permainan tersebut, namun akhirnya kedua-duanya telah ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan. Dalam pada Rain cuba mencari angkara siapakah semua ini terjadi, dia bertemu dengan seorang jejaka, Gao, dan telah jatuh hati kepadanya. Namun siapakan Gao, dan kenapakan Gao ingin membantunya. Dapatkah, Rain mencari siapa dalang dalam permainan yang sungguh kejam tersebut? Siapakah lagi yang akan menjadi mangsa dan apa yang terjadi kepada Rain?

Filem yang diadaptasi dari novel popular cina, dihasilkan oleh Choi Tsun ini akan menemui penonton pada 6 September 2007.
 
Rating Sensasi Selebriti = 3.5 bintang.


Trailer Youtube Film Naraka 19

Ulasan Filem Naraka 19
Daripada judul filem “Naraka 19”, mungkin menyebabkan sesetengah penonton beranggapan ini adalah filem daripada Indonesia. Namun, sebenarnya ianya adalah sebuah filem yang dihasilkan di Hong Kong. Dalam ajaran Buddha, Naraka (neraka) hanya mempunyai 18 tingkat, tetapi dalam permainan video bergerak (mobile phone games) yang ada di dalam cerita ini, ianya mempunyai 19 peringkat.

Satu cerita yang agak menarik yang bisa mengajak penonton ke pawagam. Mungkin selama ini cerita seram mesti mempunyai hantu yang rambut panjang mengurai dan jalan mengengsot-ngengsot di lantai, namun dalam Naraka 19 ini unsur-unsur keseraman ini adalah berdasarkan permainan video yang dihasilkan programnya oleh seseorang bagi menyelesaikan kajian berkaitan pemikiran manusia.

Jalan cerita yang agak berat. Namun, saya kira ini tidak memungkinkan penonton terbuai-buai dan jemu dengan cerita yang berat sebegini. Berhati-hati ya kerana anda sesaat tertinggal atau terkhayal, anda mungkin akan tidak faham dengan filem ini. Penonton harus berfikir dan saya nasihatkan anda supaya menonton dengan sepenuh perhatian untuk memahami cerita dan hubung kait di antara satu watak dengan watak-wataknya yang lain. Apa-apa pun, tahniah kepada tenaga produksi yang menghasilkan satu cerita psycho thriller yang lain dari yang lain.
 
[tags]ulasan filem naraka 19, pelakon naraka 19, filem hantu indonesia, gambar pucong, gambat hantu jembalang, video hantu seekers, video budak sekolah 3gp, hong kong destinasi tour, travel agent, nintendo wifi, games mobile content, download games mobile, mobile karaoke download, trailer naraka 19 youtube, video dvd naraka 19 torrent, gillian chung scandal, gossip terkini siti nurhaliza, gambar cathay film, rain photo, choi tsun, veronica mars, britney spears, Kate Walsh Married, wedding kate walsh, Amy Winehouse naked, Britney Hosts LAX Vegas Opening, Gwen Leaves Hawaii, New Britney Album Release Date, ulasan filem naraka 19, ulasan blog filem hantu, filem i’m single[/tags]

naraka 19 movie

naraka 19 neraka

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Showcase Eksklusif Jaclyn Victor di Planet Hollywood

Gambar Boyfriend Noris Ali Pengacara Motor Addict di Astro Ria