in ,

Trailer terbaru Filem MARVEL STUDIOS’ AVENGERS: INFINITY WAR Trending Nombor 1 di Youtube

Trending Nombor 1 di Youtube sekarang ini adalah sebuah trailer terbaru daripada filem MARVEL STUDIOS’ AVENGERS: INFINITY WAR yang dijadualkan akan berada di pawagam mulai 4 Mei 2018.

Sebuah filem yang dinantikan oleh peminat filem Marvel Studios di mana filem mengejutkan banyak pihak termasuklah pengkritik filem. Terdapat beberapa watak tambahan dalam filem ini.

Trailer ini telah ditonton lebih 27 juta tontonan selepas dimuatnaik oleh saluran Youtube Marvel Entertainment 12 jam yang lalu. Dahsyat penangan filem ini. Pencapaian ini sekaligus telah mengalahkan rekod yang dicapai oleh trailer filem JUSTICE LEAGUE yang mana telah memperolehi jumlah 27 juta tontonan dalam masa sebulan. Permulaan yang sangat baik untuk filem ini.

Jom tonton dulu kemudian kita kasi komen di ruangan komentar, boleh?

Rata-rata peminat telah melontarkan komen yang positif di mana mereka tak sabar untuk menonton filem ini.

Jika dapat saksikan, pada penghujung trailer, diberikan teaser di mana ada beberapa watak tambahan daripada filem THE GUARDIANS OF THE GALAXY akan tampil dalam filem ini. Argh! Budiey tak sabar pulak nak menonton filem ni.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Wak Doyok & Myo Berganding Semula dalam KE JEPUN KE KITA

Alif Buat Comeback Lancar Single Baharu BUAT SELAMANYA