in ,

Trailer dan Sinopsis Drama Laila Sari Lakonan Liyana Jasmay

Drama Laila Sari, sebuah lagi drama yang dihasilkan oleh blogger dan penulis skrip terkenal lagi kreatif, Nizam Zakaria akan menemui penonton pada 1st August 2009 di Astro Ria (CH 104) jam 10.00 malam. Lakonan dari Liyana Jasmay, Erry Putra dan Chomell. Menggunakan bahasa orang bunian yang ‘unik’ tapi korang jangan panik sebab ada sarikata disediakan. Tapi gambar dan latar sinematografinya memang lawa giler sebab guna grafik dan penata cahaya yang mantap.

Sinopsis
This story is about Laila (Liyana Jasmay) who is a princess of Buni, was asked by her father to marry a prince of Jati. Laila was willing togrant her fathers wishes but was stopped by her sister Sari (Chomell) who then sent Laila to earth by force because scared of an evil powerthat will conquer Laila as told by the palaces Shaman. The storycontinues until Laila find her true love on earth.

Percintaan seorang puteri bunian dengan lelaki biasa di bumi menjadi tema cerita bagi telemovie menarik, Laila Sari yang akan ditayangkan di Astro Ria, Sabtu ini jam 10 malam melalui slot Layaria.

Telemovie komedi romantis dan fantasi ini lakonan Liyana Jasmay, Erry Putra, Tam Suhaimi dan Chomel Fana. Ia arahan Ghaz Abu Bakar yang diangkat dari skrip tulisan Nizam Zakaria. Kedua-dua mereka sebelum ini pernah menghasilkan telemovie Ponti Anak Remaja dan Anak Aku Artis.

Laila dan Sari mengisahkan 2 puteri bunian dari kerajaan Buni Tujuh yang memiliki jurang perbezaan dan kerap bercanggah pendapat. Berbanding dengan Laila yang agresif dan sanggup melakukan apa saja untuk mencapai cita-citanya, Sari lebih rasional dan tidak rakus.

Satu hari Sari telah dikejutkan dengan berita ayahanda mereka yang mahu mengahwinkan Laila dengan Maharaja Jati dari kerajaan Buni Tiga. Sari cuba menasihati Laila agar tidak terburu-buru berkahwin dengan lelaki yang tidak pernah dikenalinya. Namun Laila langsung tidak pedulikan kebimbangan Sari.

Kerana risaukan Laila, Sari telah bertemu dengan ahli nujum istana bagi mendapatkan tilikan. Ahli nujum mendapati Laila bakal dikaburi dengan sikap gila kuasa dan akan bertukar menjadi seorang Maharani yang kejam. Demi kesejahteraan rakyat dan rasa sayangnya pada Laila, Sari bersetuju dengan cadangan ahli nujum untuk membuang Laila ke bumi.

Di bumi, Laila telah bertemu dengan seorang lelaki, Izwan yang mempunyai impian untuk menjadikan rumahnya sebagai pusat perlindungan bagi anak yatim. Namun Izwan sering dihimpit kesusahan kerana diganggu oleh Ah Long. Apakah yang berlaku seterusnya? Untuk mengetahuinya, anda harus menonton drama ini di Astro Ria.

Sementara itu, Tam Suhaimi berkata telemovie terbitan Mediahustler Sdn. Bhd. ini memang menarik kerana terselit babak lucu.

“Ia turut menggunakan CGI bagi menggambarkan istana bunian. Dialog rekaan dalam drama ini juga memang melucukan kerana ia gabungan Bahasa Inggeris, Tagalog, Latin dan Melayu Klasik. Semua pelakon cukup gembira ketika menjayakan pembikinan telemovie ini,” kata Tam yang memegang watak ahli nujum.

Difahamkan, telemovie ini diilhamkan daripada filem Walt Disney, Enchanted yang mengisahkan puteri dongeng termasuk ke dalam dunia moden. [sumber]
 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Menghargai Michael Jackson di Mutiara Damansara

Kejutan Reunion Kejutan Aidilfitri Bersama Zaiton Sameon & Nona TV3