Tragedi Mas Stress & Mengamuk di Balai Polis Ampang
Berita tergempar, penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 2 (AF2), Asma Ghani atau dikenali sebagai Mas yang berasal dari Sabah kini ditahan di Wad Neurologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana mengalami tekanan jiwa. Ketua Pegawai Operasi Maestro Freddie Fernandez memaklumkan, Mas ditahan di hospital tersebut selepas mengamuk dan ditangkap di sebuah balai polis semalam.

Mas AF ketika melalui red carpet Anugerah Era 2007
Kata Freddie: “Saya tak pasti sangat tentang sebab dia mengamuk di balai polis itu. Saya akan cuba membantu Mas untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapinya. Saya harap semuanya akan berakhri dengan baik.”
Freddie akan melawat penyanyi dan pelakon kelahiran Tawau, Sabah itu di HKL pada pukul 1 petang esok.
Pihak Maestro akan mengadakan satu sidang media tergempar berkaitan dengan kes yang dialami oleh Mas. Dalam pada itu, sumber yang sahih mengatakan berita mengenai seorang bintang realiti mengamuk di Balai Polis Ampang heboh diperkatakan pada awal minggu ini.
Bintang realiti berstatus janda serta mempunyai anak itu mengamuk di balai polis gara-gara disaman selepas memandu tanpa lesen dan membuat pusingan U di tempat yang dilarang.
Mas memberi alasan kepada polis yang dia membuat pusingan semasa sedang bergaduh dengan kekasihnya namun polis tidak dapat menerima alasannya lalu dia mengamuk kepada polis, kata sumber itu.
ini merupakan kali kedua Mas membuat hal dan mengamuk di balai polis. Mas adalah ibu tunggal kepada Nurfadilah, 10, dan Mohd. Fadzil, 8.
Mas pernah memberitahu bahawa kehidupannya di Kuala Lumpur agak susah, kehabisan wang dan tertekan dengan ketiadaan show dan job. Nasib baik Azwan Ali ambil dia jadi orang gaji dalam Amboi Amboi Amboi. Pernah Mas berputus asa untuk pulang kembali ke Sabah untuk meneruskan bisnes satenya. Azwan Ali mesti sedang susah sebab orang gajinya sedang dalam kesusahan sekarang ni. Hehe…
Tags: Berita
Tags: BeritaClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





February 5th, 2009 at 7:40 am
budiey ni,last statement x sensitif langsung..org ygh susah wat lawak pulakk…
February 5th, 2009 at 7:51 am
Apa dah jadi MAS??
February 5th, 2009 at 8:17 am
Betui ker gambar tu gambar MAS Sate… ko biar betui… lawoo tu
February 5th, 2009 at 8:44 am
tu la, masa kt af2 dlu tknk amik peluang blaja vokal btul2. Asyik nk memain ja, pdhal sora dia unik & lain dr lain. Skrg kn dh susah!
February 5th, 2009 at 8:59 am
tu la, masa ada peluang dulu di sia-siakan..
sekarang baru tahu asam garam realiti hidup sebagai artis, lelagi kalau hidup di KL.. banyak dugaan tu..
February 5th, 2009 at 10:03 am
Budeiy bahasa tu biar lah sensitive skit…
orang tu tgh susah bukan nak tolong, perihatin tapi mengejek pulak..
U ni biase lah budi… bila Ct u puji lambung2…
U ni makan suap ke ?
Nak kutuk biar bertempat nanti dagu tu makin panjang mcm dagu firaun..
Teringat aku dialog pendekar mustar ….
OH MENTANG2 AKU MISKIN KO PANDANG HINA YA….
KO SEMUA PENGAMPU… PENGAMPU ORANG KAYA !!!!!!
wahahahahaha!!!!!
February 5th, 2009 at 11:34 am
kesian mas
February 5th, 2009 at 12:00 pm
fikirlah inisiatif lain nak idup..takkan nak arap kat duit show je…yg selama ni hidup tak jadi artis ok je kan?jgnlah dok dlm kotak je…dan sori to say..kalau dah tak berapa nak berduit tu,rasanya takyah nak panjang2kan dagu sume tu..baik simpan duit untuk benda lagi berfaedah..bukan tak kesian tapi fikiran sempit sgt dok harap kat duit show je…dah 4 tahun jd artis kalau dah agak2 kurang show tu buatlah benda lain..takkanlah nak harap kalau ada nama sikit wat kesalahan undang2 boleh lepas kot…takkanlah polis nak bagi lepas setiap kali artis wat salah…karang kata makan rasuah plak…apa2 ajelah diorg ni..
February 5th, 2009 at 12:00 pm
@tabuan
WHY SSSSSSSSOOOOOOOOO SERRRRRRRIOUSSSSSSSSSSSS?
mas should go back and sell sate. she cant sing…… cant read.. cant remember lyric due to het dylexia.. hey.. she cant drive too coz she cant bloody read the question in undang2.. saman…… saman…… jgn tak saman! MIAHAHAAHHHA
February 5th, 2009 at 1:23 pm
hai mas,mas, kalau ye pun stress, xkan nk mngamuk lak kot, nnt x psl2 kena anta kt tg rambutan plak, x kesian ke kat anak2 kau tu, juallah sate blk, lg bnyk untung!….
February 5th, 2009 at 1:27 pm
Masyaalah Budiey bukan main mempermainkan kesusahan orang,mentang mentang si Mas tak bagi itu ini isi poket tak harap la nak bagi komen mengupgrade mas tapi kalau dato siti ko angkat cam bagus jew walau dah melonngok malaysiana tak gemar sikap ala tipu media kiri kanan ngn lagak sopan manja versi org buta je dobodohkan tu….mas tu apala nasib dari af till kat real world asyik dibuli hanya sbb kejujuran dia dlm idup..kalau suka dia suka kalau xsuka dia cakap jew..walau diperbodohkan pun dia tak ambik pusing demi nak besarkan anak..setakat jual sate brapa sangat dia dapat..tapi dah style org malaysia suka artis propa kuat bedal duit rakyat tapi dia bergaya beg mewah dgn sikap hipokrit..nak cam mana..nak kate mas tak de rupa tak le burok sangat muka lebih kurang siti je ..cuma si mas ni x pintar lagi selok belok dunia yang nak org hipokrit dlm sgala hal..dia patut berhenti jadi jujur dan berlakon di luar sana sambil tu jaga kulit bia licin putih ..kan peminat kat malaysia ni suka putih2 je jadi artis..walau bakat tahap biasa je..pr je kasi polish sure lagu best kat dia je lah..mas tu berbakat tapi tak de sape nak polish dia..invest bagi dia groom ..dia dgn ning ala lebih kurang si Mila af tu idung lagi out penyek..tapi buat lembut ok jewlah!Mas ni pulak janda sape la nak hempah sgt tambah tak suka gilap jantan can stgh artis janda ky mesia ni!Hingat biar miskin tapi tak jual body sana sini.Mas mesti ade sebab dia naik angin satu badan ngn polis mayn polis pon boleh tahan gak kalau ngn artis yg xtop nih…so dia peduli ape polis tak polis..mas kan suka jujur ngn hidup…suara dia leh ganti Ella tapi marketing tak de..ella pun dah tua dek non perlu diganti tu yang ella hipo ngn perangai merengek nak tunjuk still chick muda leh comercial nak survive..tapi mas tak bijak cari peluang sbb org sekeliling dunia artis perbodohkan mas yang jujur bendul tu..kat us tu muka missy elliot pon leh jual whopi golberg tu lagi mulut jujuj gaban tapi leh gak bjaya,sbb bakat count there baby!
February 5th, 2009 at 5:10 pm
pjgnye komen si antiartishipokrit ni..hehe..betullll tu… tsgt la betulllllllllllllllllllllllllll..sy sokong anda!!
February 6th, 2009 at 12:56 pm
Salam…x fhm dgn feel artis skrg. Mmg btl pn alasan dia x logik…nk mengamuk pehal plk?? X fhm…
February 7th, 2009 at 2:53 am
Wow cayalah at least ade gak peminat speak up yang tepat telus…kalah wartawan yang propa ..yang betul tetap betullll.. …bior panjang komen tapi komen bernas tuh membina..cayalah antiartishipokrit u r superb!!!!!