Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Tragedi Fasha Sandha Kena ‘Brainwash’ oleh Media di Sunway Pyramid



Budiey pun tak tahu nak cakap macamana lagi. Sebenarnya, semuanya sebab mulut dan lidah. Betullah pepatah ada kata, sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa. Sebahagian perkara negatif yang berlaku adalah berpunca dari hati dan mulut kita. Kalau mulut kita baik, maka baiklah kesannya. Sebaliknya, kalau mulut kita mengeluarkan kata-kata negatif, segala yang negatif akan datang memberi kesan buruk dalam hidup kita.

Budiey dah agak…dan dapat menjangkakan benda ni akan berlaku jugak. Elok jugak Fasha Sandha kena ‘basuh’ dan ‘dicuci’ oleh wartawan. Sekurang-kurangnya, Fasha sedar akan kesilapannya. Namun, mampukah dramatis jelita ini akan mengubah keadaan dan mengubah sejarah?

Segalanya berpunca dari Fasha Sandha yang dikatakan memarahi dan memaki editor hiburan Kosmo (Tengku Khalidah Tengku Bidin) dengan kata-kata mencarut berbaur lucah? membuatkan ramai pihak media berpakat untuk memboikot Fasha Sandha. Dikatakan Akmal daripada B.POP juga pernah dimarahi oleh Fasha Sandha. Bukan mereka berdua sahaja, malah ramai lagi wartawan yang ada masalah dengan Fasha Sandha. Sebanyak 15 orang wartawan telah bersepakat dan bersatu hati untuk tidak menyiarkan berita tentang Fasha Sandha. Budiey ada dengar daripada fotographer dan wartawan lain, gambar Fasha tidak akan disiarkan di mana-mana media cetak buat masa ini, kalau ada pun, gambar Fasha akan dipotong (crop). Begitu juga dengan program TV. Seolah-olah Fasha tidak wujud di dalam sesuatu majlis. Namun, untuk media online atau new media dan blog, gambar Fasha boleh lagi disiarkan.

Yang beruntungnya adalah TV3 kerana acara ‘brainwash’ itu diadakan di majlis pelancaran Drama Terbaru Akukah Tanggang dan Lara Rindu Mahsuri yang diadakan di Ole-Ole Bali, Sunway Pyramid pada hari Khamis lalu. Fasha Sandha adalah antara pelakon utama untuk Drama Akukah Tanggang. Korang jangan lupa tonton ya!

Mulanya, Budiey terkejut juga, wah… berani betul Fasha datang ke majlis ini. Dan apabila Budiey perhatikan… boleh dikatakan semua wartawan bertaraf diva duduk di kerusi restoran berkonsep Bali itu, Budiey rasa mesti ada ‘something’. Sah-sah ada isu besar yang nak diselesaikan.

Setelah majlis berlangsung, Fasha kelihatan ditemuramah oleh wartawan dari portal hiburan Murai dan Portal Gua. Kemudian semasa Budiey asyik bersembang dengan pelakon Drama Renjis, Sherry Ibrahim, Budiey lihat Fasha dipanggil untuk duduk di meja panjang yang dikelilingi oleh semua wartawan. Siap disuluhi cahaya spotlight lagi. Nak kasi terang sikit. Kot tak nampak pulak air mata Fasha, kan.

Di situ, keadaan tegang berlaku sehingga Fasha merayu memohon maaf kepada semua atas segala kesilapannya. Satu demi satu soalan diajukan dan begitu mengasak dilontarkan kepada Fasha. Namun, apa-apa pun, Fasha diberi ruang untuk membela dirinya. Fasha katanya tidak mengaku segala dakwaan yang diperkatakan oleh media. Yang Budiey hairan, kalau betullah Fasha buat, mengapa Fasha sanggup mengeluarkan kata kepada editor itu sedangkan selama ini media banyak membantu dia? Setelah selesai ‘bermuzakarah’, Fasha kelihatan menangis dan mengesat air mata yang jatuh ke pipinya. Ternyata sekarang ramai wartawan marah, geram dan sakit hati dengan Fasha Sandha. Bukan salah faham

“Saya minta maaf jika ada perkara yang saya lakukan tanpa sedar. Jika ada perkara yang tidak benar ditulis tentang saya, memanglah saya akan marah. Tapi percayalah, saya tidak pernah mengeluarkan kata-kata kesat kepada wartawan. Dengan adik-beradik sendiri pun saya tidak pernah maki mereka, inikan pula saya ingin memaki wartawan. Apa yang sangat ingat, sepanjang empat tahun dalam industri ini, hanya seorang saja wartawan yang pernah saya maki hamun sebelum ini kerana menulis perkara buruk tentang saya. Saya harap dengan penjelasan pada hari ini, perkara ini sudah selesai.” – dipetik dari Mstar Online

Budiey harap, tangisan dan kemaafan itu datang dari hati sanubari Fasha yang luhur ikhlas. Bukan drama dan sandiwara yang direka. Kita tahulah, Fasha seorang pelakon dan pandai berlakon…

Budiey rasa ini satu kes yang sangat berat bagi Fasha kerana selama ini wartawan banyak memberi sokongan dalam menaikkan nama Fasha. Inikah balasan Fasha kepada wartawan yang sentiasa menyiarkan berita tentang dirinya?

Bayangkan apabila tidak ada lagi cerita dan berita tentang pelakon kontroversi ini di media. Bayangkan tiada lagi fotografer yang sudi mengambil gambar Fasha… apa yang akan berlaku pada Fasha selepas ini?

Kemungkinan besar ini yang akan berlaku:

  1. Nama Fasha Sandha akan tercemar dan merudum jatuh.
  2. Peminat Fasha akan lari dan tidak lagi meminatinya. Malah, kemungkinan besar, namanya akan hilang dalam pencalonan Anugerah Bintang Popular pada tahun hadapan.
  3. Peminat rasa meluat dan tidak akan melihat drama atau filem yang dilakonkan oleh Fasha.
  4. Apabila peminat Fasha tidak mahu menonton drama dan filem lakonan Fasha, secara tidak langsung ini menakutkan pengarah atau penerbit filem untuk mengambil Fasha berlakon. Mahukah mereka mengambil risiko kerugian yang besar setelah tiada orang yang akan ke panggung untuk menonton filem Fasha?
  5. Apabila pengarah dan penerbit tidak mahu lagi Fasha berlakon dalam produk mereka, maka ni akan menjejaskan pendapatan Fasha. Budiey dapat tahu yang bayaran Fasha antara yang paling tinggi berbanding dengan pelakon lain.
  6. Bayaran untuk Fasha akan lebih sedikit berbanding di zaman kegemilangan Fasha. Dalam kata lain, kalau satu drama telemovie, Fasha boleh dapat RM13 ribu, kemungkinan besar, harga dah jatuh ke RM5 ribu sahaja. Itu hanya contoh ya.
  7. Fasha tidak lagi digelar ratu drama atau filem Malaysia. Segalanya akan tinggal sejarah. Yea, akurlah Fasha, dunia ini ibarat roda. Sekali kita berada di atas, ingatlah suatu hari kita pasti akan berada di bawah juga. Tiada yang kekal di dunia ini pun.
  8. Nama Fasha akan jatuh dan nama Lisa Surihani, Fazura, Nora Danish, Dynaz dan Fouziah Ghouse akan mengambil tempat.

Fasha sepatutnya belajar daripada kesilapan, mendengar nasihat orang yang berpengalaman dan lebih berhati-hati di masa akan datamg. Apa yang Fasha Sandha patut buat sekarang ialah tampil dan buat sidang tertutup bersama wartawan, berbicara hati ke hati. Semoga Fasha cepat-cepat berubah. Moga-moga…

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Fasha Sandha di Karpet Merah Anugerah Skrin 2011
  • Photo of the Day: Manjanya Fasha Sandha Eh Yang Anggun
  • Gambar Fasha Sandha di Karpet Merah Anugerah Skrin 2010
  • Fasha Sandha Menang Pelakon TV Wanita Popular ABPBH2010
  • Gambar Seksi Fasha Sandha
  • Gambar Fasha Sandha di Sidang Media Drama Dia Atilia
  • Betulkah Ini Gambar Kekasih Sebenar Fasha Sandha?
  • Gossip Fasha Sandha & Farid Kamal Merendek?
  • Gambar Fasha Sandha Berkemban Dalam Filem Skrip 7707
  • Gambar Fasha Sandha Hisap Rokok?



    • mok

      aku rasa wartawan patotnyer boikot senyap2 je.. x yah nak brainwash macam tu.. ape kesan nye kalo wat macam tu.. setakat meleleh air mata.. dia dah selalu buat.. kalo boikot diam2.. baru dia terasa dia dah tak diperlukan dlm industri ni..

      nama dia naik dulu pon sebab belakon ngan apek.. apek yang meletupkan filem.. bukan dia.. evolusi KL drif pon org tgk sbb citer kete.. bukan sebab dia.. kalo x ade pelakon yang mmg popular dalam filem dia.. tak bape nak laku la filem dia tu..

      aku rindu zaman erra.. filem erra fazira dulu org nak tgk sebab cerita dan sebab nak tgk erra fazira belakon.. erra memang primadona..

    • http://www.e-rafa.com Honeybee

      mmg lh rezeki d tgn tuhan, tpi kna lh usaha.. ingt dtg gedebuk gitu ke?
      wrtwan seumpama org tgh .. ingt org tau psl fs tu kut tgkap mna? x ke mlalui media massa- cetakan n elektronik? n media massa tu dpt dr mna? c fs tu yg war2 kn diri sndiri ke? x de apa nk dengki/ jeles kt fs dgn ti tu ler…

    • zadin

      ..orgnya cantik..manis ada bakat apa la salah klu berkelakuan lebih sopan
      ..kan mudah menimpa nama dan rezki..pls la..jgn keterlalaun

    • http://www.e-rafa.com Honeybee

      I’m sure kmi kt sni yg bgi komen ni x pnh aggp diri ni perfect but da most importnt thing .. we’re x plastic! Lpas ni x ada wrtwn p kt fs tu n tgok cmna jdi nya.. nk tgok fs kuar kt pintu @ tingkp mna lak yg dia leh dkenali wthout press .. ok wendy?

    • wendy

      halo honeybee..ko terasa ekk?? ada aku tulis ko tu plastick??? dan aku tak kater pun semua org yang kasi komen sini plastick..
      baca balik apa aku tulis tuh…
      aku tak kutuk ko dan aku tak kutuk org kat sini..

      kalau ko kat tempat fasha, apa ko rasa bila ko kena brainwash?
      mesti rasa sedih, malu dan segala macam perasaan yg ada..

      pasal rezeki ada ke takder, tu ko sendiri kena fikir..
      yes..mmg betul press tolong upkan FAsha..tp adil ke bagi dia kalau dia kena hentam mcm tuh??

      aku tanya balik..ADIL KE FASHA KENA HENTAM CAM GITU????

    • http://www.e-rafa.com Honeybee

      eh .. x de lak aku kta aku trasa.. ko pun klau leh .. baca lik apa yg aku n org lain bgi komen kt sni .. ada faham???? apa lak prasaan ko bla ko kna maki pdhal slama ni ko tolong org tu? itu lh prasaan wrtawan.. brani tggung le kalau wat salah .. apahal press x de mslah dgn artis lain yg lagi top drp pujaan hati ko tu? dynaz n fazura .. apa yg x de brita yg press tulis psl depa.. ada fazura pp hayun kasut dia kt press? skali dua, org leh maafkn .. klau dh byk kali? ok lah klau ko tu mmg punyai thp ksabaran yg mlangit- p la apply jdi press trbaikkkkkk lps ni!

    • mrs s

      menangis ke si fasha ni??? dlm murai.com tu nampak angkuh aje…siap 3 4 kali sebut dia masih sebuk…banyak tawaran.. klu tgk video dlm murai tu..mmg plastik sungguh dengan main rambut memanjang…senyum pun sumbing..jwab psl abg tentera dia tu pun naik kembang tengkuk..
      elok le kene boikot..dah banyak sgt dia lukakan hati pompuan2 kat malaysia ni…dah kene ketulah kot…doa org teraniaya kan dimakbul Allah..

    • fatin 99

      ada sesapa ke yg jeles TI ngan fasha ni… manusia bernama lelaki kat m’sia ni mesti pkir 100 kali nak kat fasha ni…… ntah-ntah TI pun pkir 101 kali beb…….

    • azrul

      rase cam kenal ar cik honneybee nie?bkn budak muar ker?haha….mgutuk fs yek?well done…wa pun x suker die!! gedix yg teramat!!! haha…aper2 pun…semoga die berjaya lah menepis maki hamun dari semua pihak
      !!!

    • wendy

      minta maap bebanyak la honeybee ekk kalau komen aku tu tak memuaskan hati ko dan sekufu ko..yelah sbb ko baca aku mcm sokong si fasha kan..

      ada banyak artis lain yg buat sengal ngan wartawan tetapi wartawan tak pernah plak mention nama dorang..tup..tup..si fasha buat hal, satu dunia bagaikan nak bergegar nak sebar…kesian..

      kalau yer pun lepas ni dia tak kuar paper lagi, tu nasib dia la…nasib kiter jer kiter tak tahu lagi kann…

    • Syazleen

      Eleh, kalo kita pun difitnah teruk-teruk pon kita MESTI MARAH kan ? Kdg-kdg benda yg ditulis dlm akhbar pon bkn betul sgt pun. Lebih-lebih lagi kalo bab artis nih. MAkin TERRKENAL ssorg artis tuh, makin byk yg dengki. Benda sekecil kuman pon bleh jadi besar buah durian (Kiasan jer-Sajer pakai buah).
      Kalo FASHA tak benda tu pun, adakah anda semua pasti dia akan BEBAS dari FITNAH? Xder jaminan jugak kan?

      So xpyhlah nak ngutuk org lebih-lebih. Cermin-cerminlah muka anda sendiri. Kalo beginilah sikap media dan peminat, Industri perfileman kita akan masih akan berada ditakuk lama. Mentaliti masih kekal di kelas 3.

      Bagi sokongan kat artis tempatan. Kalo artis barat buat mcm-mcm kes, xder pon kita nak sibuk kan? Makin sokong ada la.

      Lu pikir lah sendiri……..xxxxxxxxxxxxxx.

    • Odah onasis

      odah fikir …. Fasha lik aje penang jual nasi kandar….

      odah … tak berkenan sgt dengan fasha…

      cermin kata fasha tu plastik jd ….plastik sampah….tau…

      Fitnah amenda …. dah perangai gedik tentulah kena….

      masalahnya artis lain ok je….. buat hal sendiri tak kacau pun hak orang lain….

      suka kecoh sgt macam le semua laki berkenan sgt kat dia tu….

    • aka

      insaf2 la sume…dunia dah nak kiamat…akhir zaman…

    • repoter BodoBangang!!

      from my opinion, reporter ni,kalu dia tulis too much bole pulak, bila artis mengamuk, tahu plak marah..ajak geng boikot..citer lama diungkit2.. fedup tul ngan tulisan korang..aku ni x le minat sgt ngan fasha ni..tapi sbg manusia..kita ada tahap kesabaran..so reporter pun kena la sabar gak..tahu pun marah..bila kena carut..mentang2 artis xde platform utk bela diri..senang jer nak boikot artis bila kena btg idung..fasha popular dan pelakon bagus..that’s why ramai org dengki. termasuklah reporter.

    • zf

      ak lg ske maya karin dr pasha panda ni

    • http://earncent.com/blog titan

      hidup ni memang macam roda pun..

    • http://n jogap

      akurasa elok kau jg lupa sembayang 5 waktu……………………korang sume………………………………………………………………………………….

    • http://n kau memang mama

      mungkin ada sebab fasha melatah,bila ibunya dikait sama………aku rasa korang pun marah bila ibu korang dihinakan……….to fasha kalo ko read tiz…………….kau usah pdulikn brg camgini….yg pting kalo ko ada buat salah cptla btulkan,ada bt silap ubahla,belajarla dari ksilapan.jgn sia siakan apa yg kau ada skrg,,,jgan lupa hidup ini byk cabaran n dugaan tak putus2,so sediakan dgn bekalan agama n ingat tuhan……….harap u renungknla jdikn kata2 insan yg tak suka kt u sbg iktibar buat u bubah walo u buat k tak buat……………………i tak nt sgt u tp i rasa tak adil bg u juga coz i tau u bgtu koz bsebab……….kau pcinta ibumu……………………..

    • http://deleted Nana_Ratna

      Kasihanlah kat Fasha Sandha….
      Harap Fasha sentiasa tabah menghadapi dugaan hidup. Jangan perdulikan kata-kata orang yang sememangnya cemburu sebab Fasha memang cantik,cun lagi menawan.
      Suka sangat dengan Fasha….

    • lady_carlorino

      What around goes around…. mungkin ni salah satu balasan untuk si Fasha.. kacau bf ngan laki org… aku tak penah dengar lagi ada artis kena sental macam ni… it means apa yang fasha buat memang melampau… kalau tak takkan kena sampai macam tu sekali… reporter pun just jalankan tanggungjawab dia.. diorang pun nak cari makan.. kalau apa yang diorang tulis tu tak betul, cakaplah baik2…tak perlulah nak maki hamun…jangan ingat mentang2 baru dapat award sekali dua, boleh dijadikan lesen untuk maki hamun orang!!!!!

    • http://www.e-rafa.com Honeybee

      Azrul .. ‘rasa cam knal’ tu .. salah le bro .. Upss .. talian hayat pn dh habih ..

    • ramopili

      Fasha sandha tu ok je, biasalah budak nakal sikit tapi
      hati baik

    • escall

      uiks korang ni…dasyat gak ehh…
      aku ni pun tak suke fs tu… (kes nora danish laa nie..)
      n pada pendapat aku if she didnt do anything wrong taklaa jadi macam ni..btul tak…
      but kita ni beragama Islam..besar dosanya kutuk2 org ni…
      maki2 org….
      ingatlahh…everything we have right now..bebiler jer Allah boleh tarik balik..
      maka…berpada2 laa nak mengutuk or nak memaki org tu yerrr…
      peace!

    • lady pirate

      FASHA SANDHA………….
      Nama yg x kan pernah sy hormati & sanjungi.

      Lakonan – hampeh (suara mcm katak puru sakit tekak, eksen, gerak badan mcm org kurang vitamin). 1 thg apasal FS slalu pakai sluar putih & menonjolkan “bhgn depannya’ yg kelihatan kembang semacam?

      Muka – Cantik tak, cute pun tak. Biasa jer. Takde yg menari

      Cakap – Byk kuah dari isi.

      Sikit2 libas rambut, belai rambut. Ingat cantik ker?

      Person like her never learn wat SHAME means. Lepas nangis tu mesti gelak sakan coz berjaya mperbodohkan org lain.

    • mama

      agaknye klw fasha ni x jd artis ramai yg wat pulut kuning kn…hahahaha

    • Kyra

      Reporters in Malaysia not all are professional. They rather being emotional than rational when comes to writes about top celebrities. For them the agenda is to be ‘same level’ with top celebrities and by doing that their names ‘appears’as glamours as celebrities, kira2 cam ‘tumpang popular’ gitu. and they can make their paper ‘boom’. But when agenda not turn as theirs planned. Celebrities will be the victim plak. Poor to those celebrities that have much talent. Come on Malaysian Reporters show your truth ethic as one! Doubt that am one of Fasha fans but this comment are not totally for back her up. She got to pay the price if she is really done those ‘hanky-panky’ things. p/s; nowadays reporters likes to writes sensational issues in orders to get notified, but artist has no platform to voice out their frustration or disappointment towards reporters, is that FAIR???? I guess most artist in Malaysia must have that kind of feel towards reporters but they have no choice or not brave and strong enuf to stand … but FS prove she did it!!!! baru bertemu buku & ruas

    • norizan

      Sorry Fasha, Memey dah rampas takhta Ratu Controversi dari awak tahun ni.Tapi, awak blh lawan dia blk sbb masih ada harapan lagi.Awak kawin je dgn siRizal ex-Nora tu dlm tahun ni gak. Nescaya, awak akan digelar Ratu segala Ratu.

    • cici

      ermm fasha 2 kan mmg gedik tp pura2 x ngaku..
      klo boikot trus pn x pe…
      poyo je lbh….
      klo takat nangis,snua leh wt..
      klo nk brubah, brubah btl2..
      jgn ske kcau umh tangge org..

    • farra

      Aku tak suka Fasha. Aku tahu cerita AKUKAH TANGGANG tu best. Tp disebabkan ada Fasha berlakon, aku sanggup tak tengok. BOSAN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK