in

Top 9 Showdown 2011

‘Malaysian Hip Hop’ dalam Showdown 2011
Lebih cabaran buat Top 9. Apakah nasib mereka minggu ini?

Minggu lepas suasana i-City gamat dengan sorakan dan pekikan penonton SHOWDOWN 2011. Ternyata penyokong kru-kru SHOWDOWN 2011 setia dan tidak henti-henti bersorak dan memberi semangat ketika kru-kru kegemaran mereka membuat persembahan.

Tema ‘Replicate & Represent’ minggu lepas menyaksikan kru-kru menari dengan iringan lagu-lagu serta sedutan video-video dari artis popular! Tugasan minggu lepas bukanlah sesuatu yang mudah kerana kesemua kru perlu mengikut beberapa gerak tari dari penyanyi asal di mana video muzik penyanyi-penyanyi ini turut dipaparkan di skrin sewaktu kru-kru ini melakukan persembahan.

Persembahan pembukaan dari peserta Top 10 dengan iringan video muzik terbaru Beyonce ‘Move Your Body’ ternyata membuat penonton seperti terkena histeria. Gerak tari yang selari serta tenaga yang diberikan menjadikan persembahan pembukaan itu sebagai satu momen SHOWDOWN 2011 yang pasti akan dikenang sampai bila-bila!

Rata-rata persembahan minggu lepas mendapat pujian dari para juri dan mereka bersetuju bahawa persembahan minggu lepas menunjukkan peningkatan yang baik dari kesemua kru. Namun nasib tidak berpihak kepada Dejavu Breakerz kerana telah disingkirkan pada minggu lepas.

Dejavu Breakerz berada di kedudukan 4 kumpulan terendah melalui undian SMS dan terpaksa ke sesi ‘Battle’ bersama-sama dengan Bounce Stepperz, Stepholic dan Borneo Crew. Dejavu Breakerz dan Stepholic yang tewas dalam sesi ‘Battle’ terpaksa berdepan dengan juri dan pihak juri sepakat untuk mengundi keluar Dejavu Breakerz dalam SHOWDOWN 2011 .

SHOWDOWN merupakan program realiti ‘battle dance’ terbitan stesen tv hip 8TV. Program yang cukup dikenali sebagai satu-satunya rancangan pencarian tarian kru jalanan yang tergempak di Malaysia kembali menggegarkan industri hiburan untuk mencari kru terbaik untuk musim ke-dua. Objektif rancangan ini diadakan adalah untuk membawa tarian jalanan ke suatu tahap yang lebih tinggi disamping mengubah persepsi masyarakat terhadap tarian ini.

Sekali lagi kerancakkan melodi dan gerak tari unik dapat anda saksikan dalam sesi uji bakat SHOWDOWN 2011 yang telah diadakan di beberapa lokasi di Malaysia. Lebih daripada 100 kru telah hadir mencuba nasib sewaktu sesi ujibakat di adakan dibeberapa lokasi terpilih di Malaysia dan 12 kru terbaik telah dipilih untuk beraksi di pentas SHOWDOWN 2011.

Kini hanya tinggal sembilan (9) kru meneruskan perjalanan dalam SHOWDOWN 2011 bagi merebut gelaran juara SHOWDOWN 2011 sekaligus membawa pulang wang tunai RM 50, 000!

TOP 9 kru yang akan beraksi di pentas SHOWDOWN 2011 malam ini ialah Panic, Force 136, Bounce Stepperz, Borneo Crew, Elecoldxhot, Blazin Squad, HMC Phlow, Rokusteps dan Stepholic.

Tema untuk minggu ini ialah ‘Malaysian Hip Hop’ dan pastinya minggu ini akan menggamit kenangan dan sejarah muzik Hip Hop di Malaysia. Seperti minggu-minggu sebelumnya, kesemua kru perlu menggunakan kreativiti masing-masing dan memberikan persembahan terbaik untuk untuk meraih undian penonton.

SHOWDOWN 2011 sekali lagi mengalu-alukan penglibatan Joe Flizzow, penerbit album/rapper popular kumpulan Too Phat yang telah memenangi banyak anugerah industri, kembali memanaskan kerusi bersama kareografer/penari Sensasi terkenal – Maple Loo, di samping penampilan khas juri undangan – Lady D
“Persembahan minggu lepas sangat menghiburkan! Kita dapat melihat prestasi kru-kru ini semakin meningkat dan kesemua mereka ternyata mempunyai potensi untuk memenangi pertandingan ini!” ujar Cik Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7.

“Saya berharap penonton-penonton akan terus mengundi kru kegemaran masing-masing bagi memastikan mereka terus berada di gelanggang SHOWDOWN 2011,” tambah Airin.

SHOWDOWN 2011 dengan bangganya dibawakan oleh 8TV dan dipersembahkan oleh Hotlink selaku penaja utama dan Sony sebagai rakan penaja. Kami turut mengalu-alukan kehadiran Vitagen sekali lagi yang turut tampil menjadi rakan penaja. Program ini turut disokong oleh Office Make Up yang menaja tatarias dan juga Snips yang menjaga dandanan rambut peserta-peserta. Manakala stesen radio FlyFM dan majalah Just Dance!, Majalah tarian No.1 di Malaysia diangkat sebagai rakan media tahun ini.

SHOWDOWN 2011 juga sekali lagi akan memperlihatkan kelincahan Hafiz Hatim penyampai FlyFM untuk menjadi pengacara bagi rancangan paling hip ini. Bersedialah untuk menyaksikan persembahan oleh kru penari jalanan Malaysia di dalam SHOWDOWN 2011 di mana aksi tarian sebenar berlaku.
SHOWDOWN 2011 telahpun ke udara pada 6 April 2011 yang lalu, setiap hari Rabu jam 9.30 malam secara eksklusif hanya di stesen hip 8TV. Bermula pada 4 Mei 2011 SHOWDOWN 2011 akan bersiaran secara LIVE dari Ruang Terbuka (bertentangan dengan Snowalk) di i-City Shah Alam dan di sinilah segala-galanya bakal bermula.

Setiap minggu penonton akan dapat berkongsi rasa suka duka perjalanan kru-kru ini dan mengalami debaran akan pengumuman empat (4) kru yang mendapat undian SMS paling bawah yang ditentukan sendiri ditangan rakyat Malaysia. Empat (4) kru ini akan berhadapan dengan situasi BATTLE, di mana mereka perlu bertarung dengan skil tarian masing-masing untuk memenangi hati juri. Kru yang lemah akan dihantar pulang.

Untuk mengundi kru kegemaran, anda boleh menghantar SMS dengan menaip SD KOD KRU ke nombor 33399. Jika anda ingin mengundi secara pukal, taip SD 5 or SD 10 KOD KRU ke 22299.

Untuk mengikuti kisah-kisah sebalik tabir dan mengenali kru TOP 12, mendapatkan gosip-gosip dan info-info terkini, jangan lupa menonton SHOWDOWN 2011 Diaries…From the Streets yang akan disiarkan setiap hari Selasa, jam 11.30malam bermula 3 Mei 2011.

Jika anda ingin menyaksikan dan mengalami sendiri trauma bagaimana kru-kru ini beraksi di hadapan anda, dapatkan tiket masuk ke persembahan `LIVE’ setiap minggu di sekitar seri jelajah untuk tujuan promosi di tempat-tempat berikut di bawah:

28/5/2011
1pm-3pm
Top 8 # Mall Show @ Melaka Mahkota Parade
(Sat)

4/6/2011
3pm-4pm
Top 7 # Mall Show @ Sungei Wang
(Sat)

17/6/2011
1pm-2pm
Top 5 # School visit @ TARC
(Fri)

25/6/2011
2pm-4pm
Top 4 # Mall Show@ Pavilion
(Sat)

30/6/2011
1pm-2pm
Top 3 # School visit @ Segi College
(Thu)

1/7/2011
12pm-2pm
Top 3 # School visit with 8TEAM @ LimKokWing
(Fri)

Anda juga boleh mendapatkan tiket SHOWDOWN 2011 dari kumpulan bergerak 8Team, dengan menonton 8TV Quickie ataupun melawati laman Facebook SHOWDOWN 2011. Selain dari itu, anda juga boleh datang sendiri ke Pondok Pengawal di Sri Pentas, setiap hari Isnin hingga Jumaat. Tiket-tiket boleh didapati dari jam 10.00pagi hingga 12.00 tengahari atau 2.00 petang hingga 5.00 petang bermula pada 30 April 2011.

Saksikan kehebatan gerak tari energetik, teknik `spin’ dan stunt yang akan mereka pamerkan khas buat peminat-peminat dan mereka yang ingin mengenali mengenai tarian jalanan. Semua ini dapat anda saksikan hanya di 8TV atau menerusi Astro di saluran 708.

Interaktiviti dan isi kandungan laman sesawang SHOWDOWN 2011 juga menunjukkan perubahan yang besar tahun ini. Peminat-peminat berpeluang mendapatkan info-info terkini mengenai program, peserta dan muat turun dengan melayari laman sesawang SHOWDOWN2011 di http://www.8tv.com.my/showdown/2011/ .

Apakah yang menarik dan terbaru tentang laman ini? Anda bukan sahaja dapat mengenali dengan lebih dekat kru TOP 12 anda, bahkan peminat juga berkesempatan mendapatkan tip-tip tarian melalui video dari pakar tarian seperti Byron Carter dari Amerika dan BBoy China dari Thailand.

Hanya tekan `LIKE’ di laman muka Facebook kru penari kegemaran anda, seterusnya anda akan memperolehi laman Galeri Video dengan meluasnya (video yang tidak pernah dipaparkan di TV sebelum ini, episod program SHOWDOWN 2011, episod-episod terbaru SHOWDOWN 2011 dan juga diari mingguan) dan Galeri Gambar (sesi ujibakat, `Meltdown’ & kisah-kisah belakang tabir) serta banyak lagi. Satu lagi yang pasti bakal menarik perhatian adalah pengenalan aplikasi interaktif `The Flippin Tournament’ dan anda berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik!

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan program-program 8TV kegemaran anda dengan melayari laman sesawang www.8tv.com.my. Apa yang lebih menarik lagi SHOWDOWN 2011 boleh ditonton oleh peminat dari luar negara menerusi www.tonton.com.my. Anda juga boleh mengikuti perkembangan terkini di www.facebook.com/8TVshowdown. Kini anda juga boleh menonton program-program kegemaran anda di m.tonton.com.my menerusi telefon bimbit anda! Pastikan anda menjadi saksi kepada gerak tari baru yang kreatif dan teknik luar biasa peserta-peserta SHOWDOWN 2011.

Andakah anda seberani mereka?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelajar SK Magandai Terima Bangunan Hostel Baru

Sinopsis Drama Ana Lu’Lu