in

Tonton Tersenarai Dalam Carian Google 2011

Tonton tersenarai antara Tangga-10 Peningkatan Terpantas dalam Carian Google 2011

Alt Media dengan bangganya mengumumkan satu lagi pencapaian terbaru kami di arena siber. Tonton (di tangga ke-9) telah tersenarai antara tangga ke-10 teratas yang mencatatkan peningkatan terpantas dalam carian Google bagi tahun 2011 di Malaysia*. Keputusan ini membuktikan rakyat Malaysia kini lebih cenderung dan berminat terhadap tawaran saluran TV secara maya.

Kepelbagaian ‘catch up’ drama tempatan oleh Rangkaian Televisyen Media Prima (TV3, TV9, ntv7 dan 8TV) merupakan pilihan ramai namun tawaran drama Korea serta Filipina tetap menarik perhatian pelayar. Mengutamakan permintaan penonton setia, Tonton kini menawarkan drama Naughty Kiss (Korea) dan Dangerous Love (Filipina), secara PERCUMA eksklusif hanya di Tonton.

Naughty Kiss menampilkan bintang terkenal Kim Hyun Joong dan aktres Jung So Min. Diadaptasi daripada manga popular, Oh Ha Ni (Jung So Min) merupakan seorang pelajar pelik yang telah jatuh hati kepada seorang yang begitu mementingkan kesempurnaan, Baek Seung Jo (Kim Hyun Joong). Walaubagaimanapun, Seung Jo menyedari ketidakserasian mereka dan menolak cinta Ha Ni.

Manakala dalam Dangerous Love, pasangan selebriti Dingdong Dantes dan Marian Rivera memegang watak pasangan bercinta. Watak Proserfina Valdez, yang dilakonkan oleh Rivera muncul secara misteri dalam kehidupan Homer Alcaraz (Dantes). Semenjak kehadiran Proserfina, emosi Homer mulai terganggu selain terpaksa menempuhi pelbagai bahaya yang muncul secara tiba-tiba.

Saksikan episod baharu kedua-dua drama ini eksklusif di TonTon mulai Isnin – Khamis. Memenuhi peningkatan jumlah pengguna dan permintaan video melalui Tonton Mobile (http://m.tonton.com.my), kedua-dua drama kini turut boleh ditonton melalui platform mobile.

Untuk pertanyaan lanjut tentang Tonton & Tonton Mobile, sila hubungi AskTonton di:
Emel: [email protected]
Facebook: AskTonton
Twitter: @AskTonton
No. Tel.: 03-77266333 (samb. 3011/3121)
(Dari hari Isnin hingga Jumaat, jam 9pagi – 2pagi, kecuali hari cuti umum)

*Sumber: Senarai tahunan Google Zeitgeist untuk Malaysia (7 Disember 2011).

Tonton on Laptop

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

New Blackberry Bold 9790 Smartphone Comes To Maxis

Drama Gemersik Kalbu Ganti Tentang Dhia