Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Tonton Phat Rides di 8TV



Phat Rides
Light Hearted Local Look at Cars

TX Date/Day: 10 June 2009, Wednesday
Time: 9.30pm

Phat Rides, sebuah program baru yang mempunyai elemen campuran ‘Top Gear’, ‘Pimp my Ride’ dan ‘Overhaulin’ akan menemui anda tidak lama lagi. Bagi peminat-peminat kereta anda pasti tidak sabar-sabar untuk menyaksikan program baru yang sarat dengan info ini.  Rancangan ini akan disiarkan secara eksklusif di 8TV dan dibuat khas untuk peminat-peminat kereta di Malaysia.

Phat Rides akan mula disiarkan setiap Rabu bermula 10 Jun 2009 jam 9.30 malam hanya di saluran hip 8TV!

Phat Rides terbahagi kepada lima bahagian iaitu ‘Car–Toons’, ‘Phat Chat’, ‘Phat Rider’, ‘Dream Drive’ dan ‘Phat Facts’. ‘Car–Toons’ merupakan sebuah lakonan pendek tentang dunia otomotif yang disampaikan dengan cara yang cukup menghiburkan.

Phat Chat pula memuatkan temubual dengan selebriti-selebriti terkenal dalam dunia otomotif tentang isu-isu terkini yang berlaku dalam industri otomotif. Antara selebriti-selebri yang ditemubual ialah Tg. Djan (Raja ‘Drift’ Malaysa), Alex & Philipa Yoong, Gunaseelan Rajoo & Karamjit Singh (Pelumba Kereta Malaysia) dan ramai lagi!

Bagi segmen ‘Phat Rider’ pula anda dapat menyaksikan proses pengubahsuaian sebuah kereta Ford Escort pada setiap minggu. ‘Dream Drive’ pula memberikan peluang kepada penonton untuk membawa kereta idaman masing-masing.  Jika anda ingin mendapatkan tips-tips menarik tentang kereta, anda perlu menonton segmen ‘Phat Facts’ untuk berkongsi tips-tips yang berguna.

“Rancangan ini dibuat khas untuk penonton-penonton yang gemarkan kereta dan peminat otomotif di Malaysia,” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

Bagi peminat fanatik kereta, anda boleh menyaksikan gambar-gambar di belakang tabir dan mendapatkan pelbagai tips-tips menarik di www.8tv.com.my.

Phat Rides merupakan sebuah rancangan yang cukup menghiburkan dan inovatif. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan Phat Rides setiap Rabu bermula 10 Jun 2009 hanya di saluran hip 8TV!

Anda juga boleh menyaksikan siaran 8TV di saluran 708 Astro.

Kini, anda juga boleh menonton rancangan 8TV kegemaran anda dengan melayari www.mobile.8tv.com.my melalui telefon bimbit anda!

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Anak Malique Too Phat dan Melissa Maureen Rizal
  • Malique Too Phat Keluar Album Baru Solo?
  • Inca Medina Anak Malique & Melissa Maureen Genap 1 Tahun
  • Amanda Imani Bakal Lancar Single CEMBURU
  • Malique Cuba Lagi Dengan 2010 Masih Hip Hop
  • Hong Kong Disneyland
  • KIMORA LIFE IN THE FAB LANE
  • Gambar Karpet Ungu di One In A Million 2 Grand Finale
  • Tonton Membawakan Imbasan Kisah Cinta
  • Tonton Dapat Anugerah Rakyat Untuk Portal Hiburan Pilihan



    • sani

      boleh siarkan gambar ford escort yg telah diubahsuai tu tak?saya selalu mengikuti rancangan ni tapi rancangan ni hanya separuh jalan je…plzzzz
      i’m begging you..



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK