in

Tonton Membawakan Imbasan Kisah Cinta

Tonton Membawakan Imbasan Kisah Cinta!

12 Sept 2011 – Terbaru di Tonton Premium, Tonton menampilkan pakej eksklusif ‘Imbasan Kisah Cinta’ mulai 15 September! Mempersembahkan 5 drama cinta terbaik yang pernah disiarkan di stesen penyiaran TV3 sebelum ini, pakej ini menawarkan harga langganan serendah RM10 sahaja untuk kesemua episod drama.

Drama-drama menarik antaranya Chinta, Tari Tirana, Seribu Kali Cinta, Tiramisu dan Adamaya pastinya menggamit memori suka-duka percintaan. Konflik percintaan tiga segi, tawa-gurau perkenalan disulami cabaran permainan cinta menjadi taruhan dalam pelbagai ‘genre’ drama yang pastinya memenuhi citarasa penonton kini.

Paling menarik, pelayar Tonton berpeluang menonton kesemua lima buah drama terhebat ini tanpa had selama sebulan selepas langganan.

Imbasan Kisah Cinta_TontonPremium

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Marsha Kini Dalam Keadaan Stabil

Zarina Ann-Julie Hina Awal Ashaari di Twitter