in

Tonton KRU TV di Portal TONTON

KRU TV KINI DALAM PORTAL TONTON

Tonton yang telah dilancarkan pada 6 Ogos 2010 lalu kini menerajui penyiaran secara maya melalui platform pintar Media Prima Berhad (MPB).

Dengan gabungan maklumat demografik, tabiat, lokasi dan maklumat peralatan; Tonton berupaya menyaran dan menyedia dengan tepat, kandungan serta pengiklanan yang sepadan dengan butir pengguna.

Malah, kesemua video dalam portal ini adalah yang terpilih dan berkualiti selain daripada kandungan tempatan oleh empat stesen TV Media Prima Berhad iaitu TV3, ntv7, 8TV dan TV9. Tonton turut membenarkan penonton menyesuai sesi tontonan, menyusun kandungan video menurut pilihan serta memberi elemen tontonan yang elegan, konsisten dan visual menarik.

KRUTV_screenshot1

Selari dengan perkembangan media digital dan bilangan pengguna internet yang semakin bertambah, Alt Media Sdn Bhd yang bertanggungjawab menyelia pembabitan dunia komunikasi serta penyiaran digital mengorak langkah cemerlang dengan memperkenalkan satu lagi saluran baru melalui portal ini iaitu KRU TV bermula 11 Januari 2011.

KRU TV bakal menjadi saluran baru yang menampilkan kandungan terbaik dengan gabungan pengisian yang diterbitkan secara eksklusif serta khazanah filem, konsert serta video muzik popular terbitan KRU Studios serta produk-produk edaran United Studios. Kerjasama strategik diantara Alt Media Sdn Bhd dan KRU Media Sdn Bhd menjanjikan suatu pengalaman baru untuk pelayar Tonton.

Kandungan yang menyeluruh bagi KRU TV bakal dinikmati pelayar Tonton mulai 1hb Mac 2011 termasuk filem-filem popular seperti Cicakman, Duyung, Magika serta drama bersiri dalam format “Webisode” apabila dilancarkan secara rasmi nanti.

Walau bagaimanapun sebagai persediaan awal, KRU TV telah menyediakan beberapa rancangan hiburan pada bulan Februari 2011 sebagai ujian untuk maklum balas dari para pelayar Tonton. Diantaranya ialah:

  1. Paparazzi – klip berita hiburan dan temuramah bersama selebriti Malaysia dan Indonesia
  2. Di Sebalik Tabir Filem Hikayat Merong Mahawangsa
  3. Di Sebalik Tabir Video Muzik “Sedetik Lebih” Anuar Zain
  4. Video-Video Muzik popular

Norman Abdul Halim, Presiden Eksekutif KRU Studios berkata, “Kami optimis untuk menjadi saluran pilihan utama dalam jangkamasa 12 bulan beroperasi menerusi platform Tonton. Dengan segala kemudahan yang ada di KRU Studios di Cyberjaya, kami berharap kami akan mampu mencapai matlamat kami membekal rancangan berkualiti tinggi untuk saluran KRU TV.”

“Kami juga turut menjangkakan peningkatan jumlah pelayar web ke Tonton khususnya segmen Melayu melalui kerjasama pintar bersama KRU TV mulai tahun 2011 ini,” ujar M. Zulkifli Pengurus Besar Kandungan, Jenama dan Pemasaran Alt Media Sdn Bhd.

Mulai 1hb Mac 2011, KRU TV akan memperkenalkan pelbagai rancangan menarik melalui segmen:

  1. Blockbuster – Filem, Di Sebalik Tabir, Trailer
  2. Jukebox – Di Sebalik Tabir Video Muzik, Video Muzik
  3. 24-7 – Artis Pilihan Mingguan
  4. Paparazzi – Berita Hiburan secara Harian dan Mingguan
  5. Webisode – Drama Bersiri
  6. X-Travanganza – Konsert dan Persembahan Pentas
  7. Anime – Animasi Bersiri berdasarkan Komik Popular

“Kami percaya pelan pemasaran KRU TV bakal membantu mengembangkan perkongsian landasan Media Prima dengan lebih mendekati penonton di kalangan generasi Y dan Z kelak,” demikian menurut Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Alt Media Sdn Bhd.

Paling menarik, kesemua perkhidmatan yang ditawarkan ini adalah percuma.

Pelayar hanya perlu mendaftar sebagai pengguna terlebih dahulu di portal Tonton sebelum menikmati segala kelebihan di saluran KRU TV. Memorandum Persefahaman antara Alt Media Sdn Bhd (anak syarikat Media Prima Berhad) dan KRU Media Sdn Bhd (anak syarikat KRU Capital) bakal menjanjikan pengalaman TV maya menakjubkan di tahun 2011 ini!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Metrowealth MIG Kongsi Rezeki Agih Bonus

Tune Talk 1Malaysia Lion Dance Chinese New Year