Tonton Bijak Wang di TV3 Kendalian Nurin Mastura
RANCANG PERBELANJAAN DENGAN MENONTON
BIJAK WANG DI TV3!
Kemahiran mengurus kewangan peribadi harus ada pada setiap pengguna. Pengguna yang bijak dan peka terhadap perbelanjaan seharian akan mendapat manafaatnya, apatah lagi semasa kegawatan ekonomi yang sedang kita alami sekarang.
Menyedari hakikat ini dan atas dasar tanggungjawab kepada penonton, TV3 mengorak langkah dengan menerbitkan program bual bicara, Bijak Wang yang membincangkan topik-topik berkaitan pengurusan kewangan peribadi. Ia sebagai platform untuk mendidik pengguna dan menambah ilmu pengetahuan mereka mengenai kewangan selain meningkatkan kesedaran kuasa pengguna.

Nurin Mastura
Bijak Wang yang mendapat tajaan dari Maybank Berhad mula menemui penonton pada 23 Mei 2009, setiap Sabtu jam 7.00 malam. Program yang disiarkan secara langsung dari Studio B, Sri Pentas Bandar Utama diterbitkan oleh Primeworks Studios.
Program berinformatif ini dikendalikan oleh Nurin Mastura bersama personaliti yang berpengalaman di dalam bidang kewangan iaitu Azizi Ali, penulis buku ‘Millionaires are from a Different Planet’ yang juga merupakan seorang Perunding Kewangan bertauliah.
Antara topik-topik yang dibincangkan semasa siaran langsung Bijak Wang ke udarakan ialah mengenai wang simpanan, faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli rumah/kereta/hartanah, menguruskan perbelanjaan bulanan, pengurusan hutang dan pelaburan. Para penonton juga berkesempatan mendapatkan informasi dengan membuat panggilan ke studio
ketika siaran langsung disiarkan untuk mendapatkan tips dan nasihat pengurusan kewangan. Tetamu undangan bertauliah turut dijemput ke studio berdasarkan topik-topik perbincangan yang diutarakan setiap minggu.
Menurut penerbit Bijak Wang, Norlizah Yusoff, “Idea untuk menerbitkan program bual bicara berbentuk kewangan ini tercetus selaras dengan keadaan ekonomi negara yang tidak memberangsangkan. Bijak Wang memberi tips dan informasi berguna kepada pengguna terutama mereka yang tidak mempunyai masa lapang untuk mendapatkan khidmat ini di bank-bank. Melalui Bijak Wang ia dapat menjawab pertanyaan pengguna menerusi panggilan telefon siaran langsung ke studio selain daripada penerangan yang diberikan oleh pengacara dan tetamu jemputan mengenai pelbagai topik yang dibicarakan setiap minggu. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai pengantara memudahkan lagi pengguna untuk mendapatkan pemahaman terutama sekali kepada penduduk luar bandar.”
Sidang produksi yang menjayakan Bijak Wang ialah Mazlin Nordin selaku Penerbit Eksekutif, Norlizah Yusoff, Penerbit, Nuraffenda Mohd Ibrahim, Penolong Penerbit/Wartawan dan Azli Aziz, Pembantu Penerbitan.
Mengenai Pengacara Bijak Wang
Nurin Mastura memulakan kariernya dengan TV3 sejak Disember 1999 sebagai Wartawan Penyiaran dan Pembaca Berita Bahasa Malaysia (menerusi Buletin Utama) dan Bahasa Inggeris (dalam Nightline). Sebagai wartawan, beliau pernah mengendalikan liputan siaran lansung dari APEC 2000, Brunei Darussalam di samping dikenali sebagai wartawan isu ketenteraan dan pertahanan. Pada tahun 2001, Nurin diberi peluang mengacara Malaysia Hari Ini, rancangan bual bicara pagi yang membincangkan pelbagai topik meliputi isu politik, sosial dan kebudayaan.
Nurin berjaya memperoleh Ijazah Sarjana (Strategi dan Diplomasi) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2004 dan kembali ke TV3 pada Julai 2008 sebagai penyelidik dan penulis skrip dokumentari TV3 tajaan MTDC bertajuk ‘Winners’. Nurin juga adalah satu-satunya pengacara wanita yang diberi kepercayaan mempengerusikan rancangan ‘Hujah’ pada Febuari 2009, sebuah forum terkemuka temubual politik tanahair di TV9. Selaras dengan cita-cita beliau untuk terus menimba ilmu dalam industri media, Nurin kini bertugas sebagai Penganalisa Penyelidikan dengan Research TV Network, Jabatan Penyelidikan Media Prima yang memantau prestasi kesemua program dan stesyen milik Media Prima di samping mengacarakan ‘Bijak Wang’.
Azizi Ali adalah perunding kewangan terkenal menerusi bukunya “Jutawan Dari Planet Jupiter!”, “Pesara Jutawan” dan “Pelita Jutawan”. Beliau sering mengendalikan bengkel pengurusan kewangan di pelbagai institusi terkemuka seperti Securities Commission, Petronas, EPF, PNB Investment Institute, Prudential Assurance, Public Mutual, Takaful Nasional, Malaysia Airlines, HLA Assurance, Am Assurance, LIAM, MIEA, FIABCI, ISM, UTM, UIA dan di beberapa negara di rantau Asia seperti Brunei, Singapura dan Thailand. Hasil penulisan beliau juga dipaparkan di akhbar-akhbar tempatan seperti New Straits Times dan The Star. Azizi juga menjadi kolumnis bulanan untuk Malaysian Business, dan artikel beliau seringkali dipetik dalam majalah Personal Money dan Smart Investor. Azizi mempunyai kelayakan Chartered Financial Consultant (ChFC) dan mempunyai Sarjana MBA dari University of Bath, United Kingdom.

Tags: TV3
Tags: TV3Click on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





June 13th, 2009 at 7:04 pm
Saya ada banyak hutang.Bagaimana cara mengatasi dan disiplin diri dalam berbelanja.
June 13th, 2009 at 7:24 pm
soalan 1 : saya telah membuat pinjaman kat bank rakyat baru-baru ini dan tempoh pinjaman saya adalah selama 7 tahun. Sekiranya saya meninggal dunia adakah baki loan tersebut perlu di bayar oleh ahli keluarga saya yang lain dan perlukah saya membuat daftar hutang?
Lin, Skudai Johor Bahru
July 1st, 2009 at 8:55 pm
Syabas atas program yang memberi inspirasi dan semangat kepada mereka yang prihatin pada pegurusan wang !
Cadangan saya :
July 1st, 2009 at 9:04 pm
Cadangan saya agar apa yang diperkatakan tidak hanya seperti “mencurah air ke daun keladi” bersemangat hanya semasa menonton kemudian lupa dalam sekelip mata.
Jadi dapatlah kiranya pihak yang berkenaan membukukan setiap fakta bagi setiap episod atau lebih mudah lagi setiap episod yang dirakam dikeluarkan dalam bentuk VCD/DVD. Ini kerana fakta dan formula yang dikemukakan amatlah berguna baik bagi mereka yang dewasa atau diterapkan pada pendidikan awal kanak-kanak dalam menguruskan kewangan agar mereka tidak terjebak dalam jerat hutang yang serius.
Kata orang “mencegah lebih baik dari mengubati”.
Saiful, Klang Selangor.
July 11th, 2009 at 11:44 pm
ASKOM. SAYA INGIN MENGETAHUI DENGAN LEBIH LANJUT MENGENAI PANGSAPURI DI DAMANSARA YANG DIBINCANGKAN DALAM ‘BIJAK WANG’ PADA 11 JULAI 2009 DI TV3
July 12th, 2009 at 12:10 pm
bijak wang adalah salah satu program yang amat saya gemari. Bolehkah pihak penerbit menyelitkan kaedah penyimpanan wang/pelaburan yang mendatangkan pulangan yang baik di masa akan datang pada setiap episod agar dapat meyakinkan orang ramai termasuklah diri saya yang kurang info tentang perkara berkenaan.
July 14th, 2009 at 12:48 am
saya ingin megetahui bagaimana caranya untuk membuat perancangn yang sepatutnya di seawal usia 21 thn,,dan saya bercadang untuk membuat pinjaman, untuk membuat pelaburan di ASN dalam jangka masa 10 tahun,,adakah keputusan saya ini wajar dan bersesuaian??
July 18th, 2009 at 7:16 pm
sya ingin bertanya, ada di sediaka salura untuk membeli rumah jikalau sya tidak ada pay slip atau buku bank untuk membeli rumah, tetapi saya mempunyi wang, saya buat pernyagiaan sendiri
July 25th, 2009 at 7:45 pm
apakah yang perlu saya lakukan supaya dapat berbelanja+membayar hutang dengan bijak?saya mempunyai kereta dgn byran RM480 sebln selama 9 tahun, pinjaman peribadi RM15K dgn byran RM179 sebln.saya juga mempunyai tanggungan lain seperti keperluan bagi anak serta isteri saya.gaji saya cuma RM1330 sahaja dan isteri sebanyak RM1100.
July 26th, 2009 at 9:15 am
salam, mohon pihak tn emailkan slide contoh pengiraan hutang untuk sy bt rujukan.terima kasih
July 27th, 2009 at 8:34 am
salam.Saya nak slide episod yang lepas 25-7-09.Sekian terima kasih.
August 8th, 2009 at 7:29 pm
salam. sy tertarik ttg kad perubatan. di mana kata hajjah kad perubatan yg terbaik adalah kad perubatan shj. adakah kad perubatan jenis yg pertama itu perlu diperbaharui setiap tahun. apa perbezaan antara kad perubatan yg perlu diperbaharui dengan tidak perlu diperbaharui. sekian, terima kasih
September 9th, 2009 at 8:05 am
bagaimana saya ingin mendapatkan slide bijak wang
katanya boleh di dapati dengan meng email ke bijakwang@tv3.com.my
tp email tersebut tidak sampai. TQ
September 26th, 2009 at 7:26 pm
salam..email kan sy slide pelaburan
September 26th, 2009 at 7:27 pm
harap boleh emailkan slide show asas-asas pelaburan yang disiarkan dalam bijakwang pada 26/09/2009. sekian terima kaseh
September 27th, 2009 at 1:35 am
saya ada rm20000..apakah pelaburan yang berisiko kecil dan dlm masa yg singat saya oleh mendapatkan pulangan?
September 27th, 2009 at 6:36 am
salam..email kan sy slide pelaburan
September 28th, 2009 at 10:23 am
Salam,
Saya inginkan slide untuk siaran 26 September 2009 yang lalu. Terima kasih.
September 28th, 2009 at 10:40 am
salam,
bolehkah emailkan saya slide bagi slot 26 september 2009 yang lalu?
terima kasih
September 29th, 2009 at 11:18 am
Salam,
Harap dapat emailkan kepada saya slide bagi slot 26 Sept 2009.
Terima Kasih.
September 29th, 2009 at 3:48 pm
saya amat berharap agar pihak tv3 dapat emailkan slot pada 26.9.2009 kerpada, ini disebabkan saya tidak dapat mengikuti slot tersebut kerana bertugas pada masa itu…
October 2nd, 2009 at 4:52 pm
saya adalah salah seorang mahasiswa berumur 25 tahun yang baru bekerja selama 6 bulan di ipts. Adakah sesuai bagi saya membeli rumah pada tahap yang baru bekerja sekarang?
October 3rd, 2009 at 8:07 pm
saya tertarik dengan rancangan “Bijak Wang” yang di siarkan oleh TV dan tertarik dengan topik berkaitan dengan pengurusan pelaburan yang disiarka pada 3 okt 2009. bolehkah jika saya ingin mendapatkan maklumat berkaitan dengan topik tersebut? di mana saya boleh “download” rancangan ini?
October 5th, 2009 at 12:45 pm
SAYA TERTARIK DENGAN RANCANGAN ‘BIJAK WANG’ DAN MINTA EMELKAN TOPIK PADA 3 OKT 2009 PADA SAYA,TERIMAKASIH
October 5th, 2009 at 2:17 pm
Saya berminat untuk belajar mengenai unit trust yang dibincangkan pada 3 okt 2009 yang lepas. Minta emailkan kepada sy slide yang ditunjukkan.
Terima kasih.
October 5th, 2009 at 5:21 pm
Bagaimana nak dapatkan kesemua slide dari episod awal hingga yang terkini
October 5th, 2009 at 9:47 pm
salam.cik nurin boleh saya dapatkan slide 3.Okt.09.topik Unit Amanah
October 6th, 2009 at 8:53 am
mohon emelkan kepada saya program bijakwang dari episod awal hingga yang terkini
October 6th, 2009 at 8:06 pm
salam cik nurin ..boleh saya dapatkn slide tentang simpanan dalam unit amanah saham minggu ini dan yang lepas tq
October 8th, 2009 at 10:53 am
Salam Cik Nurin…Mohon kerjasama cik untuk emaikan Slide Presentation mengenai Unit trust (saham amanah) yg ditayangkan pada 3 Okt 09 lepas.
Terima kasih.
Semoga program bijak wang terus maju….
October 10th, 2009 at 5:22 pm
askum… saya berminat dengan rancang “bijak Wang” so kalau boleh saya nak cik. Zurin email kan show budget “open house” pada bulan ogos 2009 sbb saya x sempat tgok show tq…!
October 10th, 2009 at 7:46 pm
Salam,
Tahniah pihak TV3 kerana menyiar program yang penuh berinfomasi dan maklumat-maklumat yang terkini mengikut keadaan ekonomi sekarang. Saya mencadangkan agar program ini dilanjutkan menjadi 1 jam dan masa adalah antara pukul 9.00 -10.00 mlm atau 10.00 – 11.00 mlm setidak-tidaknya pukul 11.00 mlm. Pada pandangan saya rakyat malaysia masih cetek bagaimana untuk menabung, melabur atau bagaimana mendapat duit pelaburan paling selamat dan cepat.
Sejak ia disiarkan dari episod pertama hingga sekarang saya sentiasa mengikuti siarannya. Saya amat berharap kiranya pihak pengurusan dapat emailkan kesemua slide yang telah disiarkan oleh bijakwang.
Semoga program ini akan mendapat rating yang paling tinggi oleh penonton TV3.
Terima kasih
October 14th, 2009 at 10:16 am
Salam dan salam sejahtera semua,
sy baru sahaja mendapatkan slide bijak wang ini melalui laman blog http://tips-kewanganperibadi.blogspot.com/ anda boleh download disini. Terima kasih pihak Tv3 memberikan info terbaik untuk kita.
October 15th, 2009 at 11:38 am
Saya nak dapatkan kesemua slide dari episod awal hingga yang terkini…
October 15th, 2009 at 11:40 am
saya nak dapatkan semua slide bijak wang sejak awal rancangan sehingga sekarang… harap dapat emailkan terus..tq
October 20th, 2009 at 10:34 am
assalamualaikum w.w…
program pengurusan wang berhemah merupakan rancangan yg saya nantikan sebelum ini. TV3 realisasikan penantian ramai penonton. saya yakin itu.
ingin saya keluar dari segala belenggu hutang dan membuat pelaburan bijak serta dapat menikmati percutian bersama keluarga insyaAllah! oleh itu,
saya amat berharap untuk mendapatkan SLIDE BIJAK WANG dari episod pertama hingga 17 oktober ini dari pihak BIJAK WANG & TV3.
terima kasih
tahniah media prima mendapat tempat pertama penonton 1 malaysia!
November 4th, 2009 at 2:04 pm
mohon slide bijak wang dr awal rancangan hinnga sekarang… bagus utk buat rujukan/panduan… tq
November 7th, 2009 at 4:08 pm
hasilkan cd dan dvd untuk memudahkan penonton menonton episod yang terlepas
November 7th, 2009 at 8:07 pm
Saya baru menonton rancangan bijak wang di TV3. Saya dapati rancangan amat menarik. Saya cadangkan rancangan ini dibuat dalam tempoh satu jam sebab setengah jam tu terlalu singkat
November 8th, 2009 at 1:25 am
(01) Segmen berkaitan dengan pelaburan emas yang disiarkan dalam Bijak Wang pada 07.11.2009 sangat menarik dan harus dipuji. Tahniah kerana membawa pengetahuan dan maklumat berguna kepada para penonton.
(02) Dicadangkan agar dibuat penyiaran berkenaan dengan pelaburan emas versus pelaburan hartanah.
(03) Dicadangkan juga agar nombor telefon dan email untuk soalan dibiarkan tertera di sebelah bawah skrin tv agar mereka yang ingin bertanya dapat membuat pertanyaan terus tanpa menunggu nombor telefon dan alamat email disiarkan semula atau disebut semula.
November 9th, 2009 at 12:58 pm
Saya adalah penonton setia bijak wang. Saya ingin memohon kepada pihak tv3 sekiranya dapat menukar waktu siaran bijak wang dari pukul 7.00 mlm ke 7.30 mlm kerana waktu yang disiarkan sekarang adalah waktu maghrib. Terima kasih.
November 14th, 2009 at 7:06 pm
syarikat tersebut juga menberi perkhidmatan konsutansi dlm unit amanah dan insuran dlm pelbagai jenis
November 25th, 2009 at 12:22 pm
saya nak melabur dlm bidang hartanah reit. Macam mana ye. Apa lagi pelaburan selain amanah saham.emas,unit trust