in

Tonton 380 Perlawanan Liga Premier Barclays di Astro

Astro membawakan 380 siaran perlawanan BPL secara ke udara, online dan menerusi telefon bimbit. Astro SuperSport3 (Saluran 817) dilancarkan pada 12 Ogos untuk membawakan lebih aksi dalam sukan bola sepak kepada rakyat Malaysia.

Pelanggan Astro yang melanggan pakej sukan kini mempunyai lebih pilihan menonton sepanjang Liga Premier Barclays (BPL) berlangsung melalui pengalaman skrin-pelbagai – di udara, online dan menerusi telefon bimbit.

Dalam memenuhi permintaan para penonton untuk menikmati pengalaman menonton yang menakjubkan untuk perlawanan liga yang terkenal di dunia, terutamanya untuk siaran perlawanan secara langsung, sebuah saluran sukan yang baru, Astro SuperSport 3 (Saluran 817) akan mula bersiaran pada 12 Ogos 2010 untuk memberi ruang kepada liputan secara langsung bagi kelab-kelab Inggeris.

Lee Choong Khay, Ketua Perniagaan Sukan Astro berkata, “Dengan hak ekslusif untuk BPL melalui kolaborasi kami dengan pihak ESPN Star Sports untuk tiga tahun seterusnya, kami amat komited untuk membawakan kesemua 380 perlawanan untuk tontonan para pelanggan kami, dengan lebih siaran perlawanan secara langsung dan menerusi HD berbanding dahulu. Rata-rata, pelanggan boleh menantikan sekurang-kurangnya 8 siaran perlawanan secara langsung setiap minggu. Selain itu, para pelanggan juga mempunyai pilihan untuk menonton siaran penghantaran secara langsung bagi setiap perlawanan yang terpilih secara online dan juga menerusi telefon bimbit.”

“Piala Dunia yang baru sahaja berlangsung baru-baru ini adalah cubaan pertama untuk mengukuhkan kedudukan kami untuk kandungan baru arena dunia sukan yang mana para pelanggan kini mempunyai lebih pilihan dan kelonggaran untuk mengakses kandungan sukan yang ditawarkan menerusi pendekatan yang berbeza. Tidak kira walau di mana mereka berada – sama ada di hadapan televisyen di kediaman masing-masing, di kafe bersama komputer riba atau menggunakan telefon bimbit sewaktu perjalanan pulang ke rumah, kami menyasarkan untuk membawa seberapa banyak yang mungkin siaran BPL secara langsung kepada mereka.”

Para pelanggan pakej sukan Astro boleh menikmati video penghantaran secara lansung bagi setiap perlawanan yang terpilih menerusi perkhidmatan Astro B.player di www.astro.com.my/stadiumastro dengan membuat pendaftaran secara mudah di halaman sesawang tersebut. Kelak, lebih banyak lagi siaran perlawanan secara langsung akan diperkenalkan secara berperingkat sepanjang musim. Ia boleh didapati tanpa sebarang kos tambahan untuk suatu tempoh yang tertentu.

Para pengguna iPhone juga boleh berasa teruja kerana kini mereka boleh menonton siaran perlawanan BPL secara langsung tanpa sebarang kos untuk suatu tempoh yang ditetapkan dengan hanya memuat turun aplikasi B.player Astro secara percuma.

Selain daripada siaran perlawanan BPL pada hujung minggu, para pengemar sukan bola sepak juga kini boleh menikmati kandungan sukan bola sepak yang turut meliputi acara sukan bola sepak Inggeris, Eropah dan Asia menerusi saluran-saluran sukan di Astro pada hari-hari biasa dengan lebih berita, program dan paparan terkini yang turut menampilkan pengacara sukan terkenal, pakar-pakar sukan dan pengkritik sukan jemputan.

Sebagai tambahan kepada BPL, Astro juga membawakan lebih aksi untuk sukan bola sepak dengan menyiarkan siaran langsung liga premier yang lain dari seluruh pelosok dunia, termasuklah Spanish Primera Liga, German Bundesliga, Italian Serie A, French Ligue dan J-League.

“Selain daripada liga-liga tersebut, kami juga membawakan UEFA Champions League, UEFA Europa League, English FA Cup, Carling Cup dan kelayakan Euro 2012. Ini akan menjadikan pengalaman menonton sukan bola sepak yang paling hebat khusus buat para pelanggan kami yang imana kami akan mempunyai lebih aksi siaran langsung sukan bola sepak dengan pelancaran Astro SuperSport 3 (Saluran817),” kata Lee.

Dengan pelancaran Astro SuperSport 3 (Saluran817), para pelanggan pakej sukan Astro akan mempunyai akses kepada 9 buah saluran sukan dengan tambahan kepada 2 saluran sukan HD. Para pelangan boleh menghubungi talian 1 300 82 3838 atau layari www.astro.com.my untuk melanggan pakej sukan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Erin Malek Histeria Gara-Gara Durja Ningsun

Phua Chu Kang The Movie