Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Tomok Shah Indrawan Dapat Imuniti OIAM



Budiey nak ucapkan tahniah buat Tomok atau nama mahu dikenali sebagai Shah Indrawan kerana dikurniakan IMUNITI sekaligus menyelamatkan dirinya daripada penyingkiran minggu hadapan. Juga menjimatkan duit penyokong Tomok untuk minggu ini. Korang boleh simpan untuk Vote YES Tomok minggu hadapan ya. Nampaknya, kalau kita lihat persembahan Tomok semalam, satu lagi petua atau tips yang perlu diamalkan oleh para peserta OIAM untuk dapatkan anugerah imuniti iaitu mencipta sesuatu yang kreatif dan me’revamp’ atau mengolah semula melodi asal lagu. Tetapi perlu diingat juga, melodi asal tak boleh sewenang-wenang ditukar.

Namun, mungkin juga peserta lain tidak berapa mengancam, jadi show Tomok semalam kelihatan menyerlah dengan irama fresh bernafas baru. Dengan intro yang begitu lain dari yang kita dengar, Lagu La La La Kerjalah naik seri dengan gaya funky dan kalau nak lebih cantik kena suntik elemen glam rock dalam persembahan Tomok. Namun, dengan gaya bersahaja dan santai pun, Budiey kira Tomok boleh menambat hati juri.

Dan begitu menyeluruh sekali penghayatannya hinggakan telah dibiarkan misai dan janggutnya tumbuh kerana ingin kelihatan seperti seorang yang tidak mempunyai pekerjaan, tidak terurus walaupun masih berpakaian cantik.

“Saya cuba buat yang terbaik untuk malam ini. Saya tidak sangka akan mendapat imuniti kerana kesemua peserta telah memberikan persembahan yang bagus. Saya perlu berterima kasih kepada Taja kerana memberi kebebasan kepada saya untuk melakukan apa yang saya inginkan dengan lagunya. Malah dia juga menasihatkan saya untuk membawanya lain dari yang dilakukan oleh Lan.”

Ditanya jika seperti Nine, Simon dan Amylea, dia juga merancang untuk menunjukkan bakatnya dalam memainkan alat muzik, jelas Tomok, pada sesi ujibakat dulu dia telah dikritik Paul Moss yang mengatakan dia kelihatan seperti seorang ‘busker’ dengan gitarnya.

“Saya fobia sebenarnya main di atas pentas. Kini, saya mendapati saya lebih selesa dengan penampilan sebegini kerana dapat melakukan lebih banyak pergerakan di atas pentas.” [sumber]

Bagaimana pula persembahan Tomok minggu hadapan? Bisa kekalkan imuniti lagi?

Tags: ,

none

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Video Tomok Nyanyi Lagu Rindu Terhenti di OIAM Final
  • Tomok Juara One In A Million Musim Ke 3
  • Tomok Bakal Jadi Juara OIAM 3?
  • Tomok & Rahayu Selamat Bernikah
  • Tahniah! Esther Kembali Merebut Imuniti Dalam OIAM
  • Amylea Tersingkir Dari One In A Million
  • One In A Milion Season 3 Top 12 Finalists Roadshow
  • Gambar Ayu OIAM di Anugerah Juara Lagu 26
  • Nine Vokalis Band Coco Tersingkir Dari OIAM
  • Gambar IZ OIAM di Red Carpet Anugerah Juara Lagu 25



    • ntahla….

      …Wah!, cayalah Tomok…dah xde ‘sengau’ New Boyz lg ye…hehe…

    • june

      bagus lah skrg tomok..sore pun bleh tahan…

    • http://mirazin.blogspot.com mirazin

      since last week masa dia perform beyonce-crazy in love tu dah terkejut tgk dia nyanyi tak sengau.he better keep it up gaya dia skrg ni.baru la org take serius on him.h0h0h0~

    • fruitsquash

      nak tarik rambut tomok. feeling Rihanna sangat.

      yang penting, persembahan dia sangat best!

    • safafina

      tomok!!! tomok!! tomok!!!…
      Buat yg terbaik.. Mungkin ini masanya untuk dia buktikan kemampuan..

    • zaa_ikram

      u r talent..



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK