in

Tipu Muslihat Jim Carrey dalam Lemony Snicketts

TIPU MUSLIHAT JIM CARREY DALAM FILEM LEMONY SNICKETTS: A SERIES OF UNFORTUNATE EVENT DI TV2

Berbagai kisah dan pengajaran yang akan kita pelajari setiap hari dan semuanya berbeza di antara satu sama lain.

Ada yang berbelanja tanpa had hingga menanggung hutang berjela, membuat keputusan tanpa memikirkan risiko yang bakal ditanggung dan ada juga yang terlibat dalam kes penipuan sama ada mangsa sedar atau tidak.

Untuk mengelakkan perkara yang sama berulang, Radio Television Malaysia (RTM) membawa penonton ke alam mistik seakan kehidupan sebenar yang dilakonkan oleh aktor serba-boleh Jim Carrey. Perjalanan filem yang diadaptasi daripada novel cerita kanak-kanak, Lemony Snicketts: A Series of Unfortunate Event menemui penonton pada 30 Disember 2010 hari Selasa jam 1.30 petang di TV2.

lemony-snickets-a-series-of-unfortunate-events-2004

Siapa yang tidak kenal pelakon tinggi lampai yang mampu membuat anda tertawa sehingga kering gusi melihat karektor-karektor jelmaan beliau yang disampaikan begitu santai dan memikat.

Berlainan dengan watak komedi dan serius yang pernah dibawakannya, Jim Carrey sebagai Count Olaf mempunyai sifat berpura-pura baik demi mengaut kemewahan keluarga Baudelaire. Malang bagi keluarga itu apabila kebakaran misteri menimpa rumah ibu bapa mereka.

Tiga anak-anak Baudelaire masing-masing mempunyai keupayaan yang tersendiri. Daya ciptaan Violet Baudelaire, pemikiran genius Klaus dan adik bongsu mereka,Sunny turut mempunyai kebolehan luar biasa dihantar oleh Mr. Poe kepada saudara terdekat mereka, Count Olaf kerana mempercayai kebaikan saudara Baudelaire itu.

Malangnya, Count Olaf hanya berpura-pura baik menerima anak-anak yatim Baudelaire untuk mengaut kemewahan yang akan diperoleh Violet apabila dia mencapai umur 18 tahun. Sebaliknya hilang hak jagaan anak-anak yatim itu kerana gagal dalam usaha jahatnya menghapus keluarga Baudelaire.

Mr. Poe kemudian menghantar kanak-kanak malang ini untuk tinggal bersama pak cik mereka , Dr. Montgomery Montgomery seorang pakar reptilia dan amfibia.

Bersama keluarga baru ini, mereka di bawa melancong ke Peru namun percutian ini terbantut apabila Count Olaf muncul dengan menggunakan nama baru Stephano dan membunuh Dr. Montgomery dengan memerangkap bapa saudara mereka di dalam kurungan ular sawa berbisa. Olaf cuba untuk menjerat anak-anak Baudelaire namun dengan kebijaksanaan Sunny, ular sawa berbisa itu bertukar menjadi ular sawa yang jinak.

Biarpun begitu, pembantu estet keluarga Baudelaire iaitu Mr. Poe menerima maaf Olaf. Dia tidak tahu yang Olaf hanya berpura-pura. Mengambil peluang di atas kebaikan Mr. Poe, Olaf meninggalkan kawasan itu dan melarikan diri.

Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, anak-anak malang Baudelaire dihantar ke Tasik Lachrymose di mana mereka berjumpa dengan Aunt Josephine yang tinggal di sebuah rumah terletak pada kawasan curam.

Mereka bertemu semula dengan Olaf sebagai seorang kelasi kapal bernama Captain Sham. Olaf berjaya mendapat hak penjagaan anak-anak Baudelaire setelah menyelamatkan mereka daripada tragedi puting beliung yang melanda Tasik Lachrymose dan meninggalkan Aunt Josephine yang mati dimakan lintah puaka.

Kekejaman Olaf semakin berleluasa apabila cuba untuk mengahwini Violet demi mengaut kemewahan Baudelaire. Dia berusaha untuk menjadikan perkahwinan mereka sah di sisi undang-undang malah sanggup untuk menjadikan Sunny sebagai tebusan jika Violet tidak mahu mengikut rancangan jahatnya. Dapatkah Count Olaf meneruskan rancangan jahatnya dan mengaut kemewahan warisan Baudelaire? Apakah usaha Klaus untuk menyelamatkan Violet dan Sunny? Mampukah nasib malang anak-anak yatim Baudelaire berubah? Nantikan kesudahan filem Lemony Snicketts: A Series of Unfortunate Event menemui penonton pada 30 Disember 2010 hari Selasa jam 1.30 petang di TV2, Dunia Ria.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Detik 12 Malam Bongkar Kisah Misteri

ADV: Cara Berkesan Tingkatkan Kesuburan Lelaki