Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Tipu Kanan Tipu Kiri



Siang tadi, jam 4 petang telah berlangsung majlis pra tonton filem Tipu Kanan Tipu Kiri di TGV, The Mines, Seri Kembangan. Sebuah filem arahan Sharad Sharan yang dulunya pernah mengarah filem DIVA. Lakonan mantap dari Natasha Hudson dan Hans Isac yang digandingkan dengan pelakon dari Indonesia iaitu Christian Sugiono, Titi Kamal dan menampilkan juga Azwan Ali dan Sazzy Falak.

SINOPSIS TIPU KANAN TIPU KIRI

Rudy (CHIRISTIAN SUGIONO), seorang jejaka kacak dan tampan, memiliki segalanya termasuk seorang isteri yang jelita, Wulan. Wulan (TITI KAMAL) seorang penyanyi terkenal di Indonesia dan seluruh Asia. Malangnya, di dalam syarat-syarat kontrak Wulan dengan syarikat rakamannya, dia tidak dibenarkan berkahwin.

Untuk menyembunyikan perkahwinan mereka, Rudy dan Wulan berpindah ke Malaysia. Apabila semua gadis di pejabat barunya terpikat dengan Rudy, Rudy dengan tidak sengaja berkata yang dia sudah beristeri. Remo (HANS ISAAC), boss Rudy yang cerewet bersama isterinya, Lina (CATHERINE WILSON), yang suka jaga tepi kain orang ingin bertemu isteri Rudy. Mereka menjemput Rudy bersama isterinya ke satu majlis. Akhirnya Rudy tidak dapat mengelak dari menghadiri majlis tersebut.

Dengan bantuan rakan kerjanya Mr. Fix (AZWAN ALI), Rudy ‘menyewa’ seorang penari dan penyanyi yang baru mencari tapak untuk menonjolkan dirinya, Sarah (NATASHA HUDON) untuk berlakon sebagai isterinya buat satu malam. Tidak lama kemudian, Rudy terperangkap dalam jerat penipuan di mana dia terpaksa menyorokkan kebenaran dari semua orang dalam hidupnya. Terjadilah kekeliruan, suasana kelam-kabut dan situasi lucu.

Tipu Kanan Tipu Kiri akan menemui penonton seluruh Malaysia bermula 16 Oktober 2008.

Budiey kasi 2.5/5 bintang untuk filem. Sebuah filem ala hindustan yang berunsurkan komedi romantis yang menghiburkan. Ada babak yang Budiey suka dan ada beberapa babak yang begitu sweet… sukar untuk diperkatakan di sini. Jadi, jangan lupa nonton.

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Trivia: Nur Fatimah & Datin Natasha Hudson
  • Duit Raya RM500 Dari Tayangan Unggul Astro Shaw
  • Hans Isac Bercinta Dengan Gadis Biasa?
  • Natasha Hudson Pelakon Tipu Kanan Tipu Kiri Hamil 4 Bulan
  • Gambar Natasha Hudson di Sidang Media Muzikal Ibu Zain
  • HOTLINK Sponsor Budiey Melancong Ke Bali Bersama One Nation Emcee
  • PROFILE THEWANS
  • Filem Senario The Movie Episod 1 Berjaya Pecah Rekod
  • Jawapan Trivia: Natasha Liana Hudson & Beg Balenciaga
  • Dr. Rozmey Dakwa Skim Wajib Tayang Tak Memajukan Industri Filem?



    • NUR

      Tak ada siapa komen lagi ?? siannya…Tak ada perasaan le nak tengok fiem ni…:-(

    • bizcoat

      boleh explain kenapa budiey kasi 2.5 bintang out of 5?
      tak best sgt ker? even filem diva dulu pon tk berapa best.
      maybe this film is dedicated to die hard fans of christian sugiono & TiTi kamal kot?

      storyline pn cam biase2 je. hmmm

    • titot

      aku rase citer ni x best la..

    • kiss

      lakanon mantap dari natasha hudson dan hans menhidupkan jalan cerita. gandingan kempat empat pelakon membuatkan menarik. tahniah semua. mesti tonton

    • jat jasman

      not bad cerita ni masa press preview hari tu..lakonan natasha hudson n hans mantap sangat..ada bakat gak natasha ni boleh nyanyi n menari very well..something different la cita tktk..

    • eQa

      HaLuu… BezT gak cTe nE. swEeT . hUhU . aDa sepa2 taw pa tajuk LaGu yg c NataSha nyaNyi di fiLem nE ?
      BezT taW . ada yg taw kaR ?

    • puteragaruda

      citer ni aku rasa tak der kelas. dari 5* aku kasik 1 * jer. Lakonan nangis2 yg terover, ngada2 yang dibuat2. Aku rasa Hans silap kerana berlakon dalam citer ni kerana menjatuhkan “Status” dia yang sudah tinggi kepada yang begitu (ala-ala citer murahan). Azwan Ali lakonan yang plastik dan di buat-buat.(sakit ker dia-kesian aku ngk). Aku kuar dari GSC 3/4 dari filem sebab meluat. Penonton on that day cuma 10 org. Nasihat aku…tak yah la nengok citer Indonesia(walaupun kerjasama gan Malaysia) sbb aku rasa filem ni sebagai them mereka “dump” filem yg tak berapa ada kualiti. Anyway, this is only my opinion. Jangan marah nyer..ikhlas

    • http://www.yahoo.com.my ida

      hem………..best gak cta ni flem klakar gler tpi da gak brunsur pnipuan antra 2 psangan but i lke it this story…………..

    • http://panjangakal.com/blog emme

      cerita ni best la… memang ada beberapa situasi yang membuatkan cerita ni buruk… tapi keseluruhannya menghiburkan.

      tajuk lagu yang natasha hudson nyanyi Mask Party ditulis oleh Arwah Loloq

    • june

      hans punya eh ni..dah cam filem indon plak huhu…

    • sabrina

      cite ni best la. dgn pelakon yg ok dan mantap membantu filem ni berjalan dgn lancar. tapi 1 je yg x kena dgn azwan ali sebagai mr fix. nmpak mcm x prnh berlakon. but anywhere best gile……….

    • http://erinaputeri@gmail.com Nur Masturina 96

      Cerite nie lgi ok,dri yg lain…Filem nie sngt best dan mantap..

    • ika

      ok juga ceritanya…aku suka banget ceritanya..

    • mas

      cerita nie best giler2….
      cerita yg lain boring c-kit…
      but i like it this story…
      hak3..

    • http://pinkgild biela

      cerita nie best sngt… n wulan pemint aku pndai nyer awg malay pandai cakp indo plk best….?? x puas tngk tau…………



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK