in

Tips Kesihatan Detoks dan Vitamin C Untuk Ceria di Hari Raya

Hargai Diri Anda Serta Orang Yang Teristimewa pada Hari Perayaan Ini Dengan Detoks dan Vitamin C. Ramadan ini, lengkapkan proses detoksifikasi tubuh anda dengan InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu dan dapatkan juga sedikit bantuan untuk menghidratkan diri anda.

Untuk tempoh terhad, InnerShine® kini menawarkan gelas Allura dalam warna merah jambu atau ungu yang menarik secara percuma untuk membolehkan anda menikmati minuman kegemaran anda dengan setiap pembelian pek istimewa 12 x 42gm InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu. Pek edisi terhad ini baik untuk penggunaan sendiri atau pun sebagai buah tangan kepada orang yang teristimewa dalam hidup anda.

InnerShine

Dirumus khas daripada prun California premium yang sangat tinggi kandungan serat pemakanan digabungkan pula dengan Resistant Maltodextrin, sejenis larutan serat pemakanan tambahan. Satu dos harian InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu selepas berbuka puasa melancarkan sistem penghadaman yang menyihatkan dan membantu tubuh untuk menyahtoksik bahan pencemar secara semula jadi, sekali gus membuatkan anda tampil menarik pada Raya ini.

Pada masa yang sama, vitamin C yang berkhasiat pada kulit dan tubuh akan disalurkan menerusi prun dan Camu Camu, sejenis buah yang padat dengan khasiat yang hanya tumbuh di hutan hujan Amazon. Buah hebat ini dicatatkan sebagai sumber botani vitamin C terkuat di dunia, manakala beberapa kajian melaporkan kekuatan khasiatnya sebanyak 30 hingga 50 kali ganda daripada buah oren!

Vitamin C bukan sekadar menguatkan sistem ketahanan tubuh, ia juga mempunyai khasiat anti-penuaan yang penting disebabkan antioksidan yang dimilikinya malah ia membantu tubuh untuk menghasilkan kolagen, salah satu asas kulit untuk kelihatan muda dan lembut. Gabungan bahan-bahan utama yang penuh khasiat dalam setiap botol InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu menyediakan dalaman yang sihat membuatkan kita sentiasa segar sepanjang hari untuk menjalani ibadah puasa.

InnerShine

“InnerShine® memberikan ganjaran perayaan untuk para pengguna menerusi promosi terkini kami. Minuman kecantikan semula jadi tanpa sebarang bahan pengawet, InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu adalah minuman yang berkhasiat dan menyegarkan yang membantu penghadaman dan menyahtoksik dengan berkesan, sekali gus membuatkan tubuh anda sihat dan kulit berseri,” kata Encik Koh Joo Siang, Naib Presiden dan Pengurus Besar Cerebos (M) Sdn. Bhd.

Pek edisi terhad ini berharga RM57.90 dan boleh didapati di Watsons, Guardian, Aeon, Aeon Wellness dan kedai terpilih lain di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, hubungi Talian Khidmat Prihatin Pelanggan BRAND’S di 1-300-228-300, layari www.innershine.com.my atau InnerShine Club di Facebook.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

NTV7 Siar Program Istimewa Sempena Aidilfitri

Zimi, Wan & Dynda Bergabung Dalam Numerus